Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Penyayang
dup dap dup dap dup dap.
Alhamdulillah result semester 5 dah boleh cek. :)
yeah!
Penantian satu penyiksaan.
Dari semalam dok risau pasal result. Keluar jg akhirnya kan?.. *_*
Sepatutnya result semester 5 keluar pada keesokan harinya bersamaan 14 Feb sebab 13 hb baru nak diluluskan Senat. Saya seperti biasa lah.. memang dah agak result akan keluar pada 13 hb selepas jam 12 tghari. Seperti sem-sem lepas.. hehe.
So, bangun je pagi dah sedia online. Setiap masa buka eStudent USIM tue tapi still tak berjaya gak.
Jam 2 lebih tue.. saya try lagi. Eh ! Terus-terang, saya tak
perasan pun tue subjek-subjek yang saya ambil sem lepas. Saya pelik.. napa ada linguistik?. al-maklumlah, nampak Linguistik dulu. Ingatkan semester lepas-lepas tapi subjek Linguistik macam baru je belajar. Boleh plak kan fikir cmtu?.
Blur sekejap.. imbas kembali. Ternampak Principle of Journalism. Time tue baru perasan.. itu result untuk semester 5. Allahu Allah.
Gapo dia ni Liyana?. Awat tak perasan?. -Gelakkan diri sendiri-
 |
| subjek untuk semester 5. |
Alhamdulillah..alhamdulillah..alhamdulillah..
result semester ini takda subjek yang dapat C. Percaya tak?. Saya pun seakan tak percaya, lagi-lagi untuk subjek Nahu(2). al-maklumlah, Nahu (1) saya dapat C+ dan Subjek Saraf pun saya dapat C+ huhu~
Saya nekad, Nahu(2) kali ini .. saya mesti memperbetulkan kesalahan yang saya buat sewaktu mendapat C+ untuk subjek Bahasa Arab. Saya kan kos Arab?. Sampai bila, saya nak dapat C+ untuk subjek Bahasa Arab?.
Walaupun kurang yakin dengan diri sendiri tetapi niat itu perlu ada.
Perubahan mesti dilakukan !.
Semua orang tahu saya lemah untuk subjek yang melibatkan Bahasa Arab. Rasanya, orang sekeliling saya pun perasan akan kelemahan saya nie. huhu. Di Sekolah mungkin orang nampak saya hebat tapi di Universiti... tentulah saya paling tercorot.huhu~
apepun, saya bersyukur sangat sebab saya dapat B untuk subjek Nahu. Saya fikir gak.. Kalau B ni, nilai gred dia bape?. nak dekat C ke?.erm.
Saya pun cek la dekat e-Panduan FPBU tuh..
alhamdulillah. nilai gred 3.00. Allahu Akhbar!
Takda lafaz yang mampu digambarkan dengan perasaan ini.
Orang pertama yang muncul dalam fikiran saya pada waktu ini tentulah sahabat saya, Mazyyah Osman. Dialah guru saya. Dialah yang banyak membantu saya. Terima kasih Mazyyah.. Akak xtau cmna nak balas jasa Mazyyah.
Subjek lain?
nak saya berterus-terang ke.. tapi nanti tak rahsia lah kan?. Saya rahsiakan pointer saya ye sebab result saya lebih kurang macam tue juga macam sem-sem lepas..
erm. satu lagi yang saya target mesti A.. subjek mandarin sebab lepas ni tak belajar mandarin dah. Lagipun, mandarin(2) ari tue dapat A-. Alhamdulillah ^^
Secara keseluruhan, saya dapat
4 A & 4B (2 A, 2 A-, 2 B+, 2 B). Cantik plakkan?. tetapi lagi cantik kalau A bulat menghiasinya. :")
Esok dah boleh daftar kos untuk semester 6.
ohya, tahniah untuk mereka yang dekan & tahniah untuk kak Faiqah Mawardi sebab bakal bergelar ibu tak lama lagi.
(。◕‿◕。)
p/s: Lagi seminggu bakal menjejakkan kaki ke Umrah. Semoga Allah
permudahkan urusan kami sekeluarga. Rabbi yassir lana wala tu'assir
a'laina.
Terima kasih atas dosa yang tidak putus-putus dari kalian samada secara langsung mahupun tidak. Hanya Allah yang dapat membalasnya.
Sujud syukur padaMu Ya ALLAH