Showing posts with label Ukhwah : Kawan : Sahabat : Teman. Show all posts
Showing posts with label Ukhwah : Kawan : Sahabat : Teman. Show all posts

Tuesday, December 01, 2015

Wanna meet too!

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Penyayang

Guys jom la jumpa 12/12 nih.
Blah blah blah.
Semalam bila baca wasap dorg,
Mak aih.. berjela jela 😝

Tak dapat nak join.
Tak dapat nak elak.

Alah akak,
Datanglah tarikh sebelum tu.
Aigooo.

Serba salah plak.

Kalau datang awal bukan dapat jumpa mira & najah, dapat jumpa zul je la.

Hah, tapi dapatlah hadiah dari UK hihi 🤔

Minggu depan rasanya Sridar dah panggil berkhidmat.

Kot?

Rindu kalian.
Geng study,
Geng jalan,
Geng makan,
Geng buat hal,
Geng errr..

Ngee.

InsyaAllah takda aral kita jumpa ye adik adik sayang 😘

Banyak cerita ni nak kongsi.
Lagipun kita plan nak jumpa sama sama lepas zul balik dr UK kn?
InsyaAllah





Tuesday, January 20, 2015

Hb Fiza!

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Penyayang

18 Januari 2015.

Selamat Hari Lahir buat sahabatku,
Norhafizah Azizan.

Psst!
Maaf sebab tak berkesempatan nak bagi something.
Perancangan yang dirancang pun tidak berjalan dengan lancar.
Takda rezeki untuk menyambut sama-sama sekali.

May Allah be with U at every step U take and guide U in each decision U make and help U when life gets rough.

 La ni dah tua dah.. Umo 25 tahun :D

Eh, gambar kek dulu-dulu.
Kali pertama sambut hari jadi Fiza di Usim.

Love ya~

:)

Saturday, December 27, 2014

Barakallah Nieja & Suami.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Penyayang

Selamat Pengantin Baru Nieja!
Mabruk alaik :)
  بارك الله لكما و بارك عليكما وجمع بينكما في خير
السعيدة كلها إن شاء الله  ♥

Selamat bercinta sampai syurga. Pertesma STPM 2009 buat rombongan ke walimah nieja. Heh, jeles oke! Huhu

Seronok tul bila duduk dekat dgn kawan kawan kat Sabah. Bila dah pindah kat Perak, memang makin susah nak jumpa. Nak calling pun bukannya selalu.

Ini gambar dorg. Setakat ni je gambar dorg send kt wasap.

Pengantin baru ni sangat cantik!
Manis!






Thursday, December 25, 2014

em? Tidak memahami ?

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Penyayang


Tadi saya buka kotak misteri. Kotak tu saya simpan barang barang yang saya terima daripada orang terutamanya surat. Tahu? Saya terbaca satu surat. Ia berkenaan soal jawab. Rasa malu sangat dengan diri sendiri dan kelakuan pada masa dulu. Rasa serba salah sangat.

Maaf.
Hanya itu yang dapat saya ungkapkan.

Kesilapan yang datangnya daripada diri sendiri. Maaf sungguh sungguh. Terlupa! Semua akibat kemarahan yang ada dalam diri sendiri. Maaf.

Daie Maiesyati?.
Ingat lagi tak surat yang ditulis dulu.
Dah terang lagi bersuluh. Kita cuba belajar memahami tetapi pada masa yang sama kita terpengaruh dengan keadaan, sampai rasa marah itu bermukim dihati.

Arh, menyesal! Itulah ungkapan yang ingin ku ucapkan sekarang. Blog ini ada menceritakan apa sahaja yang hati rasa. Sampai perasaan marah terungkap begitu sahaja.

Qasru Qalbi.

Maaf. Takda kata yang mampu ucap selain perkataan itu.

Kalaulah surat itu dibuka semula, pasti akan belajar memahami lagi tetapi sayang sungguh, masa tak mampu berpatah balik dan nasi dah menjadi bubur.. kemarahan yang ada menjarakkan sebuah perhubungan. Maaf.

Alhamdulillah. Sekurang-sekurangnya, kita bergraduasi dengan perasaan baik baik sahaja. Ukhwah tetap terjalin. Berapa kali nak kahwin, cerai dan rujuk kan? :P

Nasib baik berstatus rujuk hehe.

Maaf sangat sangat. Semoga kita tidak mengulangi kesilapan lalu.

Sayang sangat!
Semoga Allah jaga tiap masa dan ketika.

Tuesday, December 23, 2014

Throwback. InstaMira.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Penyayang

image 

image

Dari insta Mira. Sebelum Mira padam. hihi.
Sempat Print Screen. ^^

Sunday, December 21, 2014

Bahagia :)

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Penyayang
 
Saat aku bertemu dengan mereka,
ada bahagia disana.
Ukhwah di antara mereka terlalu erat,
kadang-kala cemburu dengan kebaikan yang ada pada mereka.
Aina si princess,
Siti si doktor,
Kinah si ketenangan,
Moga Allah limpahkan rahmat ke atas mereka.
Love them bcoz of Allah.  :)





Rantaian Cinta

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Penyayang.



Bersahabat tak semestinya perlu berkasih!
Peganglah ayat itu sehingga meniti usia.
dan kata-kata itu dah sebati dijiwa ini,
tak rela cagarkan sebuah persahabatan,
demi sebuah percintaan
yang hala tujunya tak pasti untuk dikemudi.

Biarpun si A tidak meluah rasa,
biarpun si B hanya mendiam kata,
namun kisah mereka diketahui semua,
ada rantaian cinta telah menyemai seketika.

Tatkala langkah menginjak dewasa,
ada yang masih setia menyemai cinta,
ada yang berpaling ke arah yang sepatutnya,
dan yang berpaling masih ingin menuntut kata,
tiadakah cinta sepanjang bersahabat?

lantaran itu,
pendamlah bicara.
biar dia menuntut kata,
jangan sesekali ia terluah.
biar Allah sahaja mengetahui tentangnya,
cukup mencintai ia dalam diam.

cinta itu terlalu istimewa,
cara menjaganya menyebabkan ia istimewa,
mengadulah padaNya yang mengurnia CINTA,
insyaAllah kelak, kemanisannya dapat dirasa,
kerana dah terluah pada yang UTAMA,
iaitu DIA.

Nota Hati:

Ingin ku ulangi masa lalu..tapi ku tahu,ia takkan berulang kembali.
Kelemahan lalu harus ku perbaiki.
dan inilah saatnya untuk ku perbaharui.
^___^

Saturday, December 20, 2014

E-day Pipi!

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Penyayang

Tahniah buat sahabatku yang sorg nih, Nur Farehah Endily.

Dah bertunang jua akhirnya!

Ingatkan masih kecil lagi, rupanya dah besar panjang dah. Cepat je masa berlalu kan?

Saya tak dapat datang sebab jauh tapi sepanjang majlis saya ambil tahu. Al-maklumlah, Daya & Along ada kat sana. Daya la jadi mangsa saya. Hihi.

Ohya, korg nak tau?. Rupanya baru saya tau. Adat orang sabah lepas tunang, orang lelaki tinggal di rumah orang perempuan selama 3 hari. Kononnya nak perhati orang perempua. Tu la. Pipi tak nak buat tapi nenek dia suh juga sebab dah adat hoho. Aprpun, jaga diri yang penting :)

Gambar E-day pipi....











Saturday, December 06, 2014

Perak. Kedah Part 4 :)

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Penyayang

The Lost World of Tambun!
Here we are.

Menikmati masa yang ada di Ipoh. Kami merancang untuk menghabiskan masa bersama- sama pada hari sabtu. So, macam macam yang kami rancang. Ada yang kata nak ke sini, ke sana tetapi apepun semuanya bergantung kat Mak Kinah. Atas izinan dia.

Kami diberi 3 pilihan,
1) Gunung Lang
2) Bukit merah
3) Lost world of Tambun

Kami semua pakat nak pilih no. 3 memandangkan Gunung Lang takda apa apa aktiviti sangat dan perjalanan ke bukit merah mengambil masa yang agak lama. Takut balik nanti penat nak bawa kereta.

Alhamdulillah, now kami kat sini! :)

Macam tak sangka dapat ke sini sama sama.

Waktu sampai, kaunter tiket bahagian depan penuh dengan orang.  Manakala, yang kat luar masih tak siap dibaiki. Kami disuruh membeli tiket kat bahagian hadapan sebab tak tahu bila kaunter luar akan siap dibaiki. Saya terserempak dengan keluarga Ustaz Lah kat sana. Saya nampak Kak Tiqah dulu, kemudian baru perasan kak Cha. Kak Cha sebut nama saya. Baru semua perasan. Saya jumpa Ustaz & isterinya juga. Berborak sebentar.

Tiket dah siap beli oleh Kinah. Kami nak beli satu loker untuk letak beg. Cuba nak sumbat semuanya tapi tak boleh juga sampai orang yang berdekatan dengan loker kami pandang semacam hehe. Tup tup kami beli loker lagi satu memandangkan semua pakat tak nak pegang barang.

Google image

Google image
Kami ada naik benda alah nih. Nadia tak naik sebab nak bagi peluang saya naik bersama Yah sebab dua dua kan? Kinah ngan Mazyyah naik terowong yang takda penutup, manakala saya dan Yah naik tempat yang ada penutup. Saya tak tahu apa yang dorg rasa tapi saya dan Yah dah berteriak dalam tu. Masing-masing jerit nama masing masing hehe. Nak tahu? Kami sewa pelampung kembar dua tu memandangkan ada satu lorong untuk laluan pelampung dan ada ombak. Kami berlima naik pelampung tu sekali. Memang jimat! haha. Orang pun pandang pelik hee. Tapi bila macam ni memang syok. Xtau nak gambarkan perasaan tu macam mana. hihi

Kami keluar dari Lost World of Tambun dah dekat jam 5.30 pm. Malam tu plak, kami keluar beli tiket tren dan bas. Mazyyah dan Nadia beli tiket tren, saya dan kinah tunggu dalam kereta sebab susah nak parking kereta. Saya dan kinah bercerita macam macam waktu nih. Feeling feeling gtuh. huhu. Tiket tren dorg jam 5 pagi sebab dah takda tiket yang paling awal masa tu. Tiket bas saya beli on d spot je.

Selamat jalan sahabat!
Semoga ada waktu kita keluar bersama sama lagi.

:)


Gambar kami,

































































Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
ღ Hak Milik Nurliyana Adnan ღ