Tadi saya buka kotak misteri. Kotak tu saya simpan barang barang yang saya terima daripada orang terutamanya surat. Tahu? Saya terbaca satu surat. Ia berkenaan soal jawab. Rasa malu sangat dengan diri sendiri dan kelakuan pada masa dulu. Rasa serba salah sangat.
Maaf.
Hanya itu yang dapat saya ungkapkan.
Kesilapan yang datangnya daripada diri sendiri. Maaf sungguh sungguh. Terlupa! Semua akibat kemarahan yang ada dalam diri sendiri. Maaf.
Daie Maiesyati?.
Ingat lagi tak surat yang ditulis dulu.
Dah terang lagi bersuluh. Kita cuba belajar memahami tetapi pada masa yang sama kita terpengaruh dengan keadaan, sampai rasa marah itu bermukim dihati.
Arh, menyesal! Itulah ungkapan yang ingin ku ucapkan sekarang. Blog ini ada menceritakan apa sahaja yang hati rasa. Sampai perasaan marah terungkap begitu sahaja.
Qasru Qalbi.
Maaf. Takda kata yang mampu ucap selain perkataan itu.
Kalaulah surat itu dibuka semula, pasti akan belajar memahami lagi tetapi sayang sungguh, masa tak mampu berpatah balik dan nasi dah menjadi bubur.. kemarahan yang ada menjarakkan sebuah perhubungan. Maaf.
Alhamdulillah. Sekurang-sekurangnya, kita bergraduasi dengan perasaan baik baik sahaja. Ukhwah tetap terjalin. Berapa kali nak kahwin, cerai dan rujuk kan? :P
Nasib baik berstatus rujuk hehe.
Maaf sangat sangat. Semoga kita tidak mengulangi kesilapan lalu.
Sayang sangat!
Semoga Allah jaga tiap masa dan ketika.

No comments:
Post a Comment
Ulasan :")