
Lagi beberapa jam saat lafaz ijabkabulkan terlafaz. Lepas solat asar esok hari katanya.
Heh, sahabat sorg nih dah nak bergelar isteri orang rupanya!
Selamat bercinta sampai syurga sahabat.
Semoga majlis pernikahan yang bakal berlangsung esok hari berjalan dengan lancar.
Jangan gelabah na!
Banyakkan berselawat.. Aku tak da time majlis nikah hg tapi insyaAllah, time kenduri aku datang. Sekali ngan dorg Mazyyah, Kinah, Nadia dan Yah. Ktorg kiranya wakil kelas la.
Teringat time praktikal dulu, terdengar or curi dengar hg bincang pasal kahwin dengan mak ayah hg hehe. Lepas tu usik hg bagai la. Baru aku tau, kawan aku sorg ni dah besaq rupanya wlpn orangny kecil molek je hehe.
Lepas ni, dah takda masa nak kacau hg. Geng jalan- jalan makan pizza. Lepas ni, hg boleh dah ajak suami hg keluar makan Pizza hihi.
Sahabat,
Selamat melayari bahtera baru sampai syurga tau!
Dengar kata suami na..
بارك الله لكما و بارك عليكما وجمع بينكما في خير
السعيدة كلها إن شاء الله ♥
Firman Allah S.W.T, “Dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu, dan orang-orang yang soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya kerana Allah Maha Luas (rahmatNya dan limpah kurniaNya), lagi Maha Mengetahui.” Surah An-Nur ayat 32. (at
Throwback at Pesta Buku Kelantan)
No comments:
Post a Comment
Ulasan :")