Showing posts with label Jalan- jalan : makan-makan. Show all posts
Showing posts with label Jalan- jalan : makan-makan. Show all posts

Saturday, October 28, 2017

Sharil & Sherina 26082017

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Penyayang

Dah lama rasanya tak update blog.
Jangan tanya napa tiba2 rajin, walaupun hakikatnya I teramatlah bz haha.

Khas buat my bro Sharil & kakak ipar I, Sherina.
Selamat Pengantin Baru.
Semoga rumahtangga kalian dilimpahi dengan mawaddah, sakinah & rahmah dariNya.

 26082017.

Hari ini bertolak ke Bagan Lalang sorg2. Takda sapa teman. eh, ade! En. Waze haha. Terima kasih jadi peneman time sesat kat sana. Pusing banyak kali jalan yang sama. Dah la hutan. Takut gak actually. Terbayang bukan2 dah. haha.

Alhamdulillah selamat tiba di homestay area Bagan Lalang. Yang lain tak sampai lagi. Tengah otw dari rumah Pak Ngah. My bro tersangatlah relax. Hmmm. Memang dia relax pun.. huhu. Nasib baik la abang fizi sampai awal.. time tu la baru nak p cari kasut or sandle nak pakai time akad nikah. ewahhh~ bertuah punya abang.

Actually majlis abang I ni banyak benda nak cerita tapi takpelah..kita pendekkan.

Alhamdullillah, selamat bergelar suami isteri dengan sekali lafaz. Barakallah!

Selesai ja majlis akad, kami semua pakat cari makan. haha. almaklumlah.. perjalanan yang jauh ngee.

Dah lama tak rasa suasana camni. Berkumpul ramai- ramai.. waktu ni memang terkenang kt arwah Maklong. Tak sangka maklong takda dah time ni. Bila sembang ngan mak2 sedara, semua masih terkesan. huhu. Yelah, selalu kalau ada apa2 majlis.. arwah maklong la yang pertama dicari.

Kami g pantai Bagan Lalang lepas asar. Tak bape syok sebab air tak pasang. Malam tu kami makan mee goreng. Anak2 dara yang masak haha tapi masih dalam pantauan mak2 sedara la ...



















27082017.

Majlis sanding belah perempuan.

I nak komen satu je. Warna baju lebih kurang sama ngan time akad nikah haha. Samping abang I sama kaler ngan baju. Tak naik seri bila tengok depan2. Kakak ipar I cun dah.. baju smua okay. hoho.

Lepas majlis belah pengantin perempuan, kami patah balik p Nilai. yezza! Pakat nak p nilai 3 cari barang2 persiapan kahwin.

I dah tak larat waktu ni. Ajak mama balik esok.. singgah bermalam umah kakak kt Putrajya tapi mama kata balik terus jelah. Esok boleh terus berehat.

I tak tau nak kata apa time ni. Mood memang kelaut dah.. puncanya, sakit kepala yang teramat sangat. Apatah lagi, perjalanan nak ke Manjung mengambil masa yang lama.huhu. Haaiihhh... bila la jambatan teluk intan ni nak siap.. sobbbb..

kami dari nilai turun gopeng dulu .. baru ke manjung. Jauhnya takyah kata la. Asyik tanya adik je bila nak sampai. huhu. Adik I la peneman setia waktu tu. Gigihkan juga tuk terus bawa..tak berani nak bagi dia bawa sebab dia dah lama tak bawa kereta.

Alhamdulillah safely arrived. Sampai2 tak buat apa dah.. nek atas, terus lena.

Dah jadi cerita lain dah haha.
Banyak nak kena cover.. tu yg cita len tu.

Majlis Belah Lelaki ^.^

Majlis belah lelaki berlangsung pada 16 sept. hoho. ermmm. Nak bagi tau satu ja.. mula2 memang kemain relax lagi kami haha. Last2 minit baru nk prepare macam2. Tapi nak kata, saya pun try buat bajet sendiri untuk majlis sendiri. Cuba kurangkan kos hoho. eh, dah lari cerita... Kebanyakan buat sendiri je..cuma kami tak masak sendiri la.. ambik catering tapi ada juga masak sendiri. Lauk pengantin kami sendiri .. ade tambah laksa, nasi lemak huhu. Mama masak dengan bantuan mak2 & pak2 sedara yang lain. Waktu ni memang rasa sedih sangat  sebab teringat sangat kt arwah mak long. Selalu arwah maklong datang awal, tido kat rumah & bantu siapkan apa yang patut.Kali terakhir jumpa arwah maklong sebelum balik nilai, time tu nak pinjam dulang tuk wat hantaran sharil.  huhu

Waktu ni saya bersyukur sangat sebab keluarga belah kedah datang gak. Gembira tul bila dapat jumpa adik-beradik papa(belah kedah). Semua datang la.. alhamdulillah. Semoga ikatan persaudaraan ini terus erat. ameen.
Belah kedah hoho























budi yang comel.. lepas ni mama x jaga dh sobb






SELAMAT PENGANTIN BARU SHARIL & SHERINA!

Tuesday, August 02, 2016

Raya Terbuka

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Penyayang

First time  buat sambutan raya di rumah untuk kawan kawan sepejabat serta jiran jiran terdekat. Semuanya hasil tangan mama. Saya tak mampu nak bantu sangat memandangkan waktu tu hari persekolahan.  Terima  kasih kerana sudi bertandang ke rumah saya. Haip! Kiranya jamuan perpisahan la ye.. Semoga yang masih berkhidmat di Sridar terus cekalkan hati demi anak anak sridar. Doakan saya yang bakal berjuang di medan master ini.


Hari Ahad yang lepas, Iman(kerani sekolah) buat jamuan raya dirumah dia. Iman berhenti dah kerja kat situ sebab nak sambung belajar bulan 9 ni.. Terima kasih Iman kerana mengundang kami. 




Monday, December 22, 2014

Berkumpul semula. Syok!

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Penyayang

Semalam ada majlis tahlil arwah Tok kat rumah Pak Ngah. Kami bertolak ke rumah Pak Ngah ari Sabtu, lepas papa abih kerja. Dah lama x wat kumpul2 macam ni. Last kumpul time raya dulu tu la. Semua orang rindu nak borak sama sama. Saya? Suka sangat dok antara mak mak sedara sebab boleh tengok cmna riuhnya mulut dorg bercerita hehe. Kebetulan plak, malam sabtu tu ada final bola. Lagi lah riuh. Yg lelaki semua pakat tengok bola. Lepas bola abih baru dorg potong daging ngan tolong apa yang patut hehe. Adik saya pun jeles sebab yelah kan.. Memang riuh bila semua adik beradik mama kumpul hihi.

Cik Ana sekeluarga tak da time nie sebab Pak cik Fuad dan Cik Ana tak bapa nak sihat. Pak Tam pun xde sebab nak kena jaga Tok Embun tapi Mak Tam ade hihi. Gembira dengar :)

Erm. Sedih gak waktu ni sebab satu kerja ape pun saya tak dapat nak tolong sebab jari jemari saya sensitif sangat. Masalah kulit tiba tiba ada. Saya tolong ambil barang barang yang dorg perlukan dan kemas kemas apa yang patut. Serba salah gak waktu ni. X senang duduk saya di wat nya huhu.

Dah lama tak jumpa sepupu. Ramai takde time nih. Dorg keje. Hmm. Bila saya nak keje? :'( huhu

Haip!
Bila dah kumpul ramai ramai nih, soalan kahwin memang tak lari la.

Irwan sepupu saya, anak Mak Teh, tiba tiba duduk sebelah saya sambil tanya soalan.

Pegang hp ni mesti dah ada kan?

Saya jawab, kerja dulu.

Hah, mesti dah ada kan? Tanya dia lagi.

Adoi! Pening.

Doakan ye dik.

Korg tau tak?
Makanan yang dorg masak sedap sangat. Jiran jiran Pak Ngah pun x sempat nak tolong sebab biasalah, adik beradik mama kan ramai dan semuanya pandai masak. Anak anaknya tak pandai mana tapi boleh la juga. Kan? Kan? Hehe

Saya berborak ngan Amir, anak Mak Tam yang sama umur ngan adik saya. Dia tak sambung belajar lepas spm. Dia kerja kilang. Macam macam soalan saya tanya dia. Dia kata gaji dia Rm 1300. Pastu, saya tanya dia duduk mana. Dia cakap la dia duduk rumah sendiri sebab keje ulang alik balik malam dan kadang kadang pagi. Nak sampai rumah plak jauh. Dia kata, dia sewa rumah 600 sebulan. Rumah dua tingkat. Dia duk berdua je. Huhu. Mahalnya kan? Saya tanya dia pasal simpan duit kat bank setiap bulan brpa. Dia kata 500 dan lagipun dia jenis jimat :)

Saya kata kat dia, baguslah. Nanti hujung tahun dpt kumpul Rm 6000. Dia tergelak je dan suh kawin plak. Haaaih. Tak de soalan lain ke. Akak x keje lagi la amir.. Huhu

Ada lagi cita dari Mak Uda pasal Zatul. Dia sekarang dah hamil dekat 8 bulan. Due date awal bulan 2 or hujung bulan 1. Mak Uda kata, semalam dia g rumah Zatul. Mak Uda tanya dia, nak belikan lauk ka?. Zatul kata tak yah sebab dia nak masak. Dia memang beriya sangat nih. Sekali Mak Uda sampai umah dia, dia baru nak masak. Ayam masak halia tapi ayam dia makan seorang satu ja. Punya Mak Uda dan Pak Uda gelak. Suami dia Lufti geleng kepala je. Hee. Memang kelakar aih. Ibu mengandungkan.. Banyak kerenahnya hihi.

Lepas siap kemas semua, kami duduk rehat sambil bincang nak wat hari keluarga. Ada yang kata wat kat The Lost World of Tambun la, Pulau Pangkor, Teluk Batik dan ada yang kata kt Sunway Lagoon. Ngeee.. Macam macam. Hasil kata sepakat, dorg pilih tarikh 31 Januari 2015 dan bertempat di Pulau Pangkor. P tempat tempat yang dekat je dulu katanya. Bermalam sehari je kat sana. Tapi semua ni rancang je dulu. Ape ape bincang balik.

Semoga ukhwah yang terjalin terus erat.
Semoga Allah jaga semuanya.

Sayang sangat!

:)

abih bola je, terus pakat potong daging :P


Mak Uda & Mama

Mama & Saya yang makin tembam :P

Aina, Mama, Zatul & Mak Uda :D
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
ღ Hak Milik Nurliyana Adnan ღ