Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Penyayang
sebelum tue,
saya nak mengucapkan salam imtihan buat sahabat-sahabat saya yang bakal menduduki exam final tak lama lagi. Semoga berjaya dengan cemerlangnya. :)
Minggu ni start cuti study week.
maka, disinilah bermulanya cerita saya...
al-kisahnya bermula begini.
satu hari diwaktu hujan tengah turun..
Ain: Kak Yana,meh la kat sini. Berteduh bawah payung.Nanti demam plak.
Saya: xpelah.. kalau nak demam pun, time study week jua.
masyaAllah..
Allah makbulkan kata-kata saya..
Sudah menjadi kebiasaan, saya akan berdoa sewaktu hujan turun membasahi bumi.
Antara doa mustajab, sewaktu hujan turun.
"Kata-kata yang keluar daripada mulut pun satu doa" Terngiang- ngiang kata-kata ini sewaktu Allah berikan ujian sedikit kesakitan kepada saya.
Malam tu, saya demam.Rumah tak da orang. Hanya saya seorang.Agak takut jua andai apa-apa berlaku memandangkan antibodi saya memang tak kuat.erm.
Saya tak nak menyusahkan sahabat saya dgn memanggil mereka ke rumah saya diwaktu mereka tengah persiapkan diri untuk final exam.
Kepala dah mula berat. Seharian kipas dibilik tidak dipasang kerana saya dah tak tahan sejuk. Hanya dipasang ketika sahabat datang melawat bilik.
Tup-tup.. badan dah rasa lain. Rasa dah tak mampu nak teruskan pembacaan. Saya mengambil inisiatif untuk tidur awal. Tuala dibasahkan untuk diletak diatas kepala.--> Sleep.
Terjaga.
Demam masih tak kebah.Jam menunjukkan jam 11 pm. Akhirnya, 2 biji panadol saya telan. Saya perlu pastikan demam saya kebah esok pagi.
Alhamdulillah..
Demam dah kebah.Cuma masih terasa aura-auranya. Lidah terasa pahit. Kipas still ber- off. but still, Alhamdulillah..
::Nikmat sihat & sakit.::
sesekali kita perlu berfikir akannya..
muhasabah bersama.
Pesanan buat diri: Berhatilah tika berkata-kata.











































