Nak menconteng la..
tapi blog ni takleh di conteng plak.
mood: K.O
Mazyyah selalu pesan, "akak.. janganlah meluah kat blog or Fb sebab semua orang leh baca."
Haip.haip.
bila teringat ayat Mazyyah nie, terus sejuk hati ini.
Hilang rasa nak meluah kat blog or FB.
Betul kan?
semua orang boleh baca.
Memanglah blog or Fb tue kita yang punya tapi cuba kita fikir, kita meluah kat sana. Lepas tue, orang ada orang yang akan membacanya dan MUNGKIN salah seorang yang membacanya akan TERASA dengan luahan kita.
Itu bukan lagi menambah baikkan hubungan tapi merosakkan hubungan kan?.
Saya pernah fikir macam tue dulu sebab tau apa rasanya meluah di blog or FB, lepas tue ramai plak yang membacanya. Kalau meluah bab baik- baik xpa. tapi lau meluah mood yang tengah marah, sakit hati... tentulah yang membaca akan tidak senang.
Kawan saya pernah wat dulu dan saya pernah tegur dia &
sekarang, saya pula yang membuatnya.
Semuanya sebab nak MELUAH lah konon...
Terus-terang, meluah dalam blog or Fb bukannya bagus.
Saya pernah buat sahabat-sahabat saya seperti Mazyyah terasa
dengan apa yang saya tulis kat Blog dan Fb.
Bila dorang kata kat saya, "akak terasa ya dengan ktorg"
but sebenarnyya "SAYA DAH BUAT MEREKA TERASA DENGAN TINDAKAN SAYA".
"Daripada akak meluah dekat blog or Fb lebih baik akak meluah
kat kitaorg je".
ya Allah.
waktu tue memang rasa serba salah kot.
Sejauhmana pun saya terasa dengan mereka, saya tetap tak suka bila
mereka terasa dengan saya.
Maaf sangat-sangat atas tindakan saya yang meluah kat Fb or Blog
ni.
insyaAllah,
selepas entri ini.. apa2 je perkara yang menyakitkan hati,
melukakan hati..
saya takkan luah di Fb or Blog.
Saya tak nak mereka TERASA dengan apa yang saya tulis.
Moga-moga mereka boleh mengingatkan saya tentang ini kembali.
sebelum saya akhirkan entri saya ni, saya nak kata..
#saya jenis mudah sapa orang even bergaduh.
tapi bila saya sapa & no respon berulang kali.
so,
saya mula bertindak tak menegur.
saya minta maaf sebab itu.
#saya juga ada sahabat-sahabat yang menjadi pendengar setia kepada luahan hati saya.
#saya tak suka orang bertindak melakukan begitu sebab saya pun melakukan macam tue dulu. Seolah-olah saya menjadi penjadi penyebab napa dia macam tue.
#saya jenis berkawan dan saya boleh berkawan dan rapat dengan orang itu walaupun pada awalnya saya kenal melalui FB.
# ego saya tinggi tapi saya mudah berlembut hati. (kelemahan saya)
#saya cepat jeles tapi saya masih boleh kontrol & saya juga cepat naik marah dengan mudah. (kelemahan)
#Saya mudah berubah muka walaupun sebabnya kecil. Saya dah tak tau camna nak buat supaya muka cepat tak berubah supaya orang tak terasa dengan saya. (kelemahan)
#saya tak suka bergaduh sebab bergaduh hanya meresahkan saya.
#saya mudah ambil berat pada seseorang walaupun orang tue tak nak saya ambil berat. (kelemahan)
# saya mudah sayang kat orang. (kelemahan juga nie... aiyooo~)
# saya ada twitter. Twitter saya macam diary saya. Maaf kalau ada yang saya unfollow sebab dah macam diary kan?. Saya privatekn twitter saya dan hanya orang yang saya follow boleh baca apa yang saya tweet. Ohya, tak ramai budak USIM follow saya.. yang ada 2, 3 org je. Kebanyakannya kwn sek Menengah saya.
# saya ada twitter. Twitter saya macam diary saya. Maaf kalau ada yang saya unfollow sebab dah macam diary kan?. Saya privatekn twitter saya dan hanya orang yang saya follow boleh baca apa yang saya tweet. Ohya, tak ramai budak USIM follow saya.. yang ada 2, 3 org je. Kebanyakannya kwn sek Menengah saya.
dan banyak lagi la yang saya sendiri tak tahu macam mna saya nak jelaskna siapa saya sebenar.
Jom berkawan.
lama-lama nanti kenallah saya macam mana :')
No comments:
Post a Comment
Ulasan :")