Showing posts with label Diari hati : Bicara Hamba. Show all posts
Showing posts with label Diari hati : Bicara Hamba. Show all posts

Wednesday, August 19, 2020

Bersarang @_@

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Penyayang

Rasa seperti ingin menaip.

Hampir 3 tahun tidak update.

Bersarang dah blog dibuatnya.

Kenapa kembali?

Tengah sedih.

Stress.

I dont know what to do.

Bila nak contact someone..

oh, dia dah berkahwin.

oh dia pun..

oh dia pun...

oh.. kami dah x rapat.

Hopeless!

 Tuhan,

ajarkan aku untuk kembali berpaut padaMu.

Im gonna change my website link.

Just for good.

edit: cannot change it! sobbbb (x boleh tukar huhu_

Harap2 orang yang dikenali xda yang kembali menjenguk blog ni.

Wednesday, October 04, 2017

Why I cant decide something on my own?

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Penyayang

Saya tak reti wat keputusan. Bila dah buat keputusan, saya akan menyesal. Dari dulu sampai la sekarang...

Ingat lagi waktu duk asrama, kolej.. time nak pilih baju tuk diiron pakai esok, duduk depan almari..termenung! haha.

Bukan fikir nak bergaya ka apa.. memang tak reti decide la.

so. kalau bab makan.. saya akan pilih yang dah familiar. Walaupun rasa nak cuba benda tu, last2 saya akan pilih taste yang sama juga.

Hari ini layan RM ep 337. Members week special episode: Haha







Act, episode ni kena kat diri sendiri. Saja tengok sebab tengah blur.. xtau nak tangguh sem depan atau teruskan. Ada masa sampai minggu depan je tuk fikirkan.. Dah bincang dengan family, dengar pendapat akasha & ust mukhlis.. tapi masih ragu ragu nak buat keputusan. Hakikatnya dah tekad nak tangguh sebab fikir, persediaan sem ni masih kurang dan munaqasha ilmiah bulan 11 ni. Memang tak sempat la.. setakat ni yang pernah siap tepat masanya beberapa org je. Tajuk saya masih dalam dilema. Sv tak confirm lagi. Kalau teruskan, dapat status TL(tidak lengkap) dan pointer akan jatuh. huhu. Dah la pointer tak bape nak tinggi sebab sem 1 tak bape nak skor. huhu. Kalau saya tangguh, teruskan sem depan (bulan 2) insyaAllah sempat juga konvo tahun depan dan munaqasha ilmiah ada bulan 3, 5, 7 & 11. insyaAllah, lebih terjamin.

Erm, tapi tu laa.. akasha suruh tanya kat diri sendiri.. berani jaminkah kalau tangguh boleh dah siap separuh jalan? tetap berjalan?. huhu. What should I do?

Saya tak yakin dengan kemampuan sendiri. Rasa macam nak cari kerja cepat2 pastu tangguh terus. Sedihnya bila fikir camni. Ikutkan plan diri sendiri, nak sambung PhD lepas ni. Walaupun bukan jarak masa yang dekat. Nak bagi menguasai dulu baru sambung. huhu. Tapi....

Ntahlah.. saya tak yakin dengan diri sendiri. Akasha & Taki selalu cakap, saya kena yakin.. sebab saya bukannya tak boleh. Sedihnya rasa...Hopeless.

Saya tau mama kecewa dengan saya sebab tak dapat siapkan pada masanya tapi ....

Tak tau nak rasa apa dah.

Saturday, August 27, 2016

30072015 - 26082016

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Penyayang

Im going for good.. insyaAllah

Terima kasih!

Alhamdulillah, perkhidmatan saya di Sekolah Rendah Islam Dar al- Abrar berakhir hari ini. Pergi untuk yang lebih baik. insyaAllah.

Banyak perkara yang saya belajar selama berkhidmat di sini. Terima kasih.

Tak sampai hati nak tinggalkan anak- anak murid , lagi - lagi bulan ni je dah 4 orang guru tinggalkan sekolah tu. Semoga kalian mendapat guru yang jauh lebih baik dari kami. Mudah-mudahan Ustaz Ustazah yang masih kekal di sana mampu terus bertahan untuk anak-anak Sridar. Sedih bila memikirkan keadaan Sridar yang tak terurus. Entahlah.. Hanya mampu berdoa. Semoga Allah mudahkan semuanya.

Kelas yang pernah saya ajar;

5 Hanafi, 3 Hanafi, 3 Maliki, 2 Hanafi, 2 Maliki, 1 Maliki & 1 Hanafi (:

















Untuk calon- calon UPKK 2016,

Ustazah doakan kalian berjaya dan dipermudahkan urusan. Jawab jangan nak main cepat je tau...

Akhir kalam, ustazah sayang korang semua! Belajar rajin rajin tau.... Jangan malas- malas lagi. Mohon dengar cakap ye hehe.

L.O.V.E
 

Friday, August 12, 2016

我的朋友! H啊。 放 i。咋好

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Tadi ada interview di Sekolah Fiza.
Saje mencuba nasib.
Lagipun kelas master hanya pada hari Jumaat je.

Waktu tengah keliru, pening, sakit kepala.. Sakit hati?? Ehh.. Xde kaitannnnn...
Time tu, dah rasa tak mahu cari kerja ape. Nak sambung full time plak. Tak nak buat dua kerja dalam satu masa. Macam macam yang bermain difikiran.

Lagi lagi bila dengar cerita ade orang berhenti ditengah jalan sebab tak mampu bawa.. Tapi die tak leh bawa tu sebab degree dulu die kos Quran Sunnah bukan Bahasa Arab. Waktu tu memang rasa down semacam. Siap cerita kat U.M pasal ni... Huhu.



Doakan ya^^


Hari Rabu tu saya call fiza. Minta pendapat. Nak tahu sekolah die macam ne.. Haha. Ape taknya.. Saya bawa kereta ke sekolah sampai lupa tutup rapat pintu belakang. Nampak tak keserabutan saya masa tu??? Huhu. Alhamdulillah takde ape yang berlaku.

Haip! Yana yana yana..

Al- kisah saya sampai tapi pengetua takda.. Its okay. Saya boleh sembang sembang dengan fiza dan geng. Balik tadi lupa nak salam.. Terkejut kot huhu. Maaf na! Macam tak beradab plak.. Sorry. Huhu

Time interview..

Tiba tiba kena perkenalkan diri dalam Mandarin. Saya mmg x jangka la die nak suh cakap mandarin. Dalam resume takde pun bagi tahu saya pandai mandarin. Huhu. Ni semua sebab die tengok result degree.. Adoiii.

Blur!

Memang terus tak ingat ape yang pernah belajar. Saya cakap la saya tak ingat. Kalau tengok buku semula, insyaAllah boleh. Pastu bile dah lama lama sembang, sebab die asyik sbut pasal mandarin.. Sy pun kluarkan bunyi mandarin yang saya ingat. Wo shi... Pastu die pun angguk2 je haha. Konfius pun ade oooo... Huhu.

Orang atasan sekolah tu  baru pesan, tak mo ambil  orang yang nak sambung belajar. Saya tegaskanlah.. Dapat atau tak pun takpe, cuma berharap pihak sekolah boleh bagi tahu jawapan secepat mungkin. Saya nak atur masa saya.. Haha. Pandai plak naa! Kiki

Yang selebihnya tu xmo cite la.. Hmm. Sebab tadi kami sembang2 je. Takda pa pun.

Dapat atau tak, saya ok je mana mana.
Saya cuma ikut apa yang ada didepan mata saya je buat masa ini.
InsyaAllah, mana mana pasti ada hikmahNya.

Balik tuuu.. saya merempit dengan Fiza. Yehaaa! Lama x nek motor dengan die. Terima kasih fiza sebab sudi hantar yana. Take care of urself❤️
我的朋友 !
我爱你。。写写您🙂



بعد مقابلة..

I merempit dengan Fiza ke rumah kakak di Putrajaya. Tak jauh pun.. Dekat je.. Almaklumlah p sekolah fiza kena hantar sebab x biase jalan lagi. Huhu.

حتى نلتقي مرة أخرى، يا أختي المحبوبة

Master ?

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Penyayang

Sambung master?
Betul ke pilihan yang saya buat ni...

Semuanya tak dirancang.
Tiba tiba terdetik dihati nak sambung..
Kebetulan plak dua orang ustaz kat tempat kerja ni nak sambung juga.

Waktu mohon tu macam macam masalah. Tak dapat nak transfer duit ,pastu tempoh bayaran adalah hari tu juga. Memang kelam kabut la jadinya huhu. Akhirnya tak pasal pasal minta bantuan Ustaz Mukhlis.. Guna bank die.. Dan dijadikan cerita juga, pihak Usim tak terima plak bayaran tuu..  Sistem bermasalah. Resit tak keluar. Kebetulan plak waktu tu kami ade mesyuarat antara guru guru dan Guru Besar. Memang kelam kabut.. Rasa serba salah plak kat die sebab die sampai p jumpa pihak Bank tuk keluarkan resit berkaitan dgn transaksi duit tu. Huhu. Nasib la time tu bank tak tutup lagi huhu.

Kak Sara PPS pun banyak tolong saya.. Allah mudahkan.. Alhamdulillah.. mungkin sebab saya pernah keje kat sana dulu.

2 minggu lepas tuuu...

Alhamdulillah.. Keputusan dah dapat. Saya diterima untuk menyambung pengajian sarjana di USIM dalam bidang Bahasa Arab dan Komunikasi.

Kenapa Bahasa Arab?
Kenapa..

Tu bincang lain naaaa..

Dilema..

Ya, sangat!

Start saya terima tawaran sehinggalah tarikh 29 Julai 2016, saya dah berniat untuk membatalkan hajat saya memandangkan ade masalah yang tak dapat dielakkan.

Terima kasih bagi yang tidak putus putus memberi sokongan. Hanya Allah yang dapat membalas jasa kalian.

Semoga langkah ini bukan penamatnya..
Biar terasa payah, moga dapat saya lewati saat saat ini dengan tabah.

Terima kasih!

Mohon doanya.^^







Saturday, August 06, 2016

Langkah ini..

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Penyayang

Langkahan kedua,
semoga bertambah baik dari yang sebelumnya.

Dengan restu kedua orangtua,
semoga jalan yang dipilih ini adalah yang sebaiknya.

insyaAllah, kheiir bak kata dia.

Doakan saya.

Master. 25 Ogos 2016. USIM
Kembalinya aku ke sana sekali lagi,
insyaAllah untuk menjadi yang lebih baik.

Mohon doakan.

Semoga Allah beri kekuatan.
الحمحد لله على كل حال
^^,

Tuesday, August 02, 2016

Raya Terbuka

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Penyayang

First time  buat sambutan raya di rumah untuk kawan kawan sepejabat serta jiran jiran terdekat. Semuanya hasil tangan mama. Saya tak mampu nak bantu sangat memandangkan waktu tu hari persekolahan.  Terima  kasih kerana sudi bertandang ke rumah saya. Haip! Kiranya jamuan perpisahan la ye.. Semoga yang masih berkhidmat di Sridar terus cekalkan hati demi anak anak sridar. Doakan saya yang bakal berjuang di medan master ini.


Hari Ahad yang lepas, Iman(kerani sekolah) buat jamuan raya dirumah dia. Iman berhenti dah kerja kat situ sebab nak sambung belajar bulan 9 ni.. Terima kasih Iman kerana mengundang kami. 




Friday, July 22, 2016

Raya Sridar di Maahad Abrar

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Penyayang

21 Julai 2016.

Pihak sekolah mengadakan sambutan Hari Raya Aidilfitri di sekolah Maahad Tahfiz. Kiranya kami bergabung la ni.. Rendah & Menengah..

Saya? AJK Makanan la ape lagi. Bawa kereta sendiri ooo nak ke sana. Alhamdulillah, pemandu yang berhemah walaupun hampir je langgar motor sebab tak nampak waktu die datang. Huhu. Maaf ya Encik Motor huuu.

Bab makanan tak leh nak kata apa la.. Macam macam ada. Tak habis, kami tapau bawa balik rumah hehe. Bagus kan? Ngeee.

Selamat Hari Raya Aidilfitri semuaaaa
Maaf Zahir & Batin (:

























Sunday, May 01, 2016

Mira di Manjung!

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Penyayang

30 April 2016.

Mira & the geng datang rumah saya. Pertama kali kot kawan saya datang rumah dan tidur bermalam. Datang jauh dari melaka 😬
Mira sampai rumah saya dah malam dah.. sebab depa singgah Ipoh dulu, mandi manda kat sana.

Malam tuu kami sembang sakan tapi dalam keadaan ngantuk. Hehe. Yelah.. Masing masing penat kan.. Banyak kami borakkan. Dah tak sedar time bila kami tertidur..

Ohya, mira datang Melaka sebab kawan kerja die kahwin. 

1 May 2016.

Tengahari tu saya join ke majlis kawan mira. Saya kan tak ingat jalan.. Tapi sebab depa pun tak habaq mula mula depa tau jalan.. Terus masuk jalan jauh. Haha. Xpelah.. Majlis pun baru mula je.

Sampai sana, jumpa dengan bos mira. Bos mira & the geng sporting abih. Tak kekok la join.

Lepas majlis tu kami ke Lumut. Why? Kebetulan kat Lumut ade hari terbuka Tentera Laut. Kami pun join laaa.. Berapa kali kami pusing nak cari parking. Ape taknya, bila turn kami nak masuk laluan tu die kata tak boleh. Sampai waktu kami balik pun jadi macam tu. Sangat sangat menguji kesabaran waktu tuu. 

Dalam tu, boleh naik kapal bagi yang nak.. Ade juga pameran helikopter.. Saya tengok dari jauh je. Malas nak naik naik ni. Then, the best part bila ada acara payung terjun time mula mula sampai.  (:

Aktiviti kami malam tu plak ke Aeon Manjung. Tengok cerita.. Saya tido time cerita tu start mula..  Tak pernah tak tdo. Selalu p, orang mesti belanja punya.. Hee.

Kami makan kat satu kedai ni. Tak ingat nape ape. Black Canyon kot? Boleh tahan la.. Sedap juga. Mira makan Bento. Pesan kat Sushi. Btw,  mira balik esok sebab bila bila fikir semula.. Takut penat plak. Untunglah cuti sebulan..

Terima kasih Mira & kawan kawan sudi datang rumah. Mana yang kurang, harap dapat dimaafkan. Semoga bertemu lagi Mira! Macam tak percaya je mira datang rumah. Uhuuu.















Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
ღ Hak Milik Nurliyana Adnan ღ