Wednesday, October 04, 2017

Why I cant decide something on my own?

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Penyayang

Saya tak reti wat keputusan. Bila dah buat keputusan, saya akan menyesal. Dari dulu sampai la sekarang...

Ingat lagi waktu duk asrama, kolej.. time nak pilih baju tuk diiron pakai esok, duduk depan almari..termenung! haha.

Bukan fikir nak bergaya ka apa.. memang tak reti decide la.

so. kalau bab makan.. saya akan pilih yang dah familiar. Walaupun rasa nak cuba benda tu, last2 saya akan pilih taste yang sama juga.

Hari ini layan RM ep 337. Members week special episode: Haha







Act, episode ni kena kat diri sendiri. Saja tengok sebab tengah blur.. xtau nak tangguh sem depan atau teruskan. Ada masa sampai minggu depan je tuk fikirkan.. Dah bincang dengan family, dengar pendapat akasha & ust mukhlis.. tapi masih ragu ragu nak buat keputusan. Hakikatnya dah tekad nak tangguh sebab fikir, persediaan sem ni masih kurang dan munaqasha ilmiah bulan 11 ni. Memang tak sempat la.. setakat ni yang pernah siap tepat masanya beberapa org je. Tajuk saya masih dalam dilema. Sv tak confirm lagi. Kalau teruskan, dapat status TL(tidak lengkap) dan pointer akan jatuh. huhu. Dah la pointer tak bape nak tinggi sebab sem 1 tak bape nak skor. huhu. Kalau saya tangguh, teruskan sem depan (bulan 2) insyaAllah sempat juga konvo tahun depan dan munaqasha ilmiah ada bulan 3, 5, 7 & 11. insyaAllah, lebih terjamin.

Erm, tapi tu laa.. akasha suruh tanya kat diri sendiri.. berani jaminkah kalau tangguh boleh dah siap separuh jalan? tetap berjalan?. huhu. What should I do?

Saya tak yakin dengan kemampuan sendiri. Rasa macam nak cari kerja cepat2 pastu tangguh terus. Sedihnya bila fikir camni. Ikutkan plan diri sendiri, nak sambung PhD lepas ni. Walaupun bukan jarak masa yang dekat. Nak bagi menguasai dulu baru sambung. huhu. Tapi....

Ntahlah.. saya tak yakin dengan diri sendiri. Akasha & Taki selalu cakap, saya kena yakin.. sebab saya bukannya tak boleh. Sedihnya rasa...Hopeless.

Saya tau mama kecewa dengan saya sebab tak dapat siapkan pada masanya tapi ....

Tak tau nak rasa apa dah.
☞ Tatkala Tinta Bermain Kata, Moga Allah Redha ☜

No comments:

Post a Comment

Ulasan :")

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
ღ Hak Milik Nurliyana Adnan ღ