Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Penyayang
Cerita kami.
2 hari 1 Malam.
15/11/2013- 16/11/2013.
Melakar kenangan bersama sahabat serumah dan ikut turut serta adinda,
Nur Ain Ramlan.
Cerita kami no. 77.
15 Nov 2013 - 16 Nov 2013.
Alhamdulillah, Allah permudahkan apa yang kami rancang. Kami serumah
bercuti di Port Dickson dan menginap semalam di rumah Pakcik Hana yang
terletak di Tanjung Tuan Beach Resort. Villa pakcik Hana betul2
menghadap pantai. Bangun pagi je nampak pantai. Subhanallah, indah
sangat.
selitkan cerita, hari ini hari lahir mazyyah. Sanah Helwah Mazyyah.
Semoga semakin meningkat usia, makin dekat denganNya. Malam 14 Nov,
sewaktu mereka semua menyediakan barang kelengkapan.. saya dan kinah
buat kek. Kinah jadi guru saya sebab saya belajar dari dia. Saya buat
dua kek, Caramel Cake dan Choc Cheese Cake. Saya untuk Mazyyah dan satu
lagi untuk budak rumah.
Banyak yang dapat saya pelajari
sepanjang bercuti bersama mereka. Antaranya, ikatan ukhwah yang semakin
kuat kerana kami bersatu hati menyediakan sebarang kelengkapan sebelum
pergi dan sepanjang berada di sana.
 |
| sampai sampai je terus ambil gambar :D |
 |
| :) |
 |
| Kami semua :) Hana xde sbb dia ambik gmbr.. |
 |
| Di sebalik asap :D |
 |
| Air laut tak pasang waktu nih. Jejak ketam kecil kecil kat sini hehe |
 |
| bersedia untuk Banana boat :D |
 |
| berpaut dengan Mazyyah ngee |






Bermalam di villa Tanjung Tuan Beach Resort seakan mimpi. Bangun pagi nampak pantai. Tenang.
Malam tue,kami wat BBQ. Mengambil masa yang agak lama tuk hidupkan bara
arang tu. Entah bila kami akan makan.. hoho. Nasib baik ada dikalangan
kami yang pro.
Antara yang saya tak dapat lupa bila kami
belajar terapungkan badan dari Ain dan Kinah. Al-maklumlah, tak pandai
berenang. Keyakinan itu perlu dan mereka berulang kali pesan, fikiran
kena kosong. Waktu tu, saya dapat rasa fikiran agak serabut. Macam-macam
yang saya fikirkan. Alhamdulillah, kami semua berjaya lakukannya
Percubaan menaiki banana bot. Kali pertama ditenggelamkan di tepi
pantai, life jacket terbuka. (Nak kata tak pasang btul, dah btul dah..)
Rasa cemas dan tak tahu nak berpaut pada siapa. Nasib bek ada Adilah di
sebelah. Kali kedua ditenggelamkan, rasa takut sangat2 dah. (Mula2
beriya nak tenggelam kat tengah2 laut. Ada hikmahnya bila semua sepakat
ditenggelamkan kat tepi laut tue je. Alhamdulillah, Allah beri
kesempatan untuk mencubanya dan suasana sepanjang di PD agak baik.
Ada antara kami yang cuba, flying fish (xtau betul ke tak namanya nih).
Permainan yang saya agak suka. Agak laju dan agak menakutkan. Kami cuma
perlu pegang, bertahan dan melawan arah. Bagi yang duduk belakang, kami
dapat rasakan ombak kat kaki(kena duduk secara berlutut).
Terima kasih atas kenangan ini.
Terima kasih buat mereka yang turut serta.
Terima kasih kepada kedua-dua insan yang bernama Ain, yang jadi pemandu kami. Tanpa mereka, kami tak mungkin sampai ke sini.
Terima kasih atas segalanya.
Semoga kita berpeluang melakukan aktiviti seperti ini lagi.
p/s: Entah berkesempatan, entah tidak kan.. dah last sem nie. huhu. Jom broga hill plak :P