Tuesday, December 17, 2013

Bercuti di Port Dickson No. 77

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Penyayang

Cerita kami.
2 hari 1 Malam.
15/11/2013- 16/11/2013.

Melakar kenangan bersama sahabat serumah dan ikut turut serta adinda, Nur Ain Ramlan.

Cerita kami no. 77.

15 Nov 2013 - 16 Nov 2013.

Alhamdulillah,  Allah permudahkan apa yang kami rancang. Kami serumah bercuti di Port Dickson dan menginap semalam di rumah Pakcik Hana yang terletak di Tanjung Tuan Beach Resort. Villa pakcik Hana betul2 menghadap pantai. Bangun pagi je nampak pantai. Subhanallah, indah sangat.
selitkan cerita, hari ini hari lahir mazyyah. Sanah Helwah Mazyyah. Semoga semakin meningkat usia,  makin dekat denganNya. Malam 14 Nov, sewaktu mereka semua menyediakan barang kelengkapan.. saya dan kinah buat kek. Kinah jadi guru saya sebab saya belajar dari dia. Saya buat dua kek, Caramel Cake dan Choc Cheese Cake. Saya untuk Mazyyah dan satu lagi untuk budak rumah.

Banyak yang dapat saya pelajari sepanjang bercuti bersama mereka. Antaranya, ikatan ukhwah yang semakin kuat kerana kami bersatu hati menyediakan sebarang kelengkapan sebelum pergi dan sepanjang berada di sana.

sampai sampai je terus ambil gambar :D




:)

Kami semua :) Hana xde sbb dia ambik gmbr..





Di sebalik asap :D



Air laut tak pasang waktu nih. Jejak ketam kecil kecil kat sini hehe


bersedia untuk Banana boat :D








berpaut dengan Mazyyah ngee








Bermalam di villa Tanjung Tuan Beach Resort seakan mimpi. Bangun pagi nampak pantai. Tenang.

Malam tue,kami wat BBQ. Mengambil masa yang agak lama tuk hidupkan bara arang tu. Entah bila kami akan makan.. hoho. Nasib baik ada dikalangan kami yang pro.

Antara yang saya tak dapat lupa bila kami belajar terapungkan badan dari Ain dan Kinah. Al-maklumlah, tak pandai berenang. Keyakinan itu perlu dan mereka berulang kali pesan, fikiran kena kosong. Waktu tu, saya dapat rasa fikiran agak serabut. Macam-macam yang saya fikirkan. Alhamdulillah, kami semua berjaya lakukannya

Percubaan menaiki banana bot. Kali pertama ditenggelamkan di tepi pantai, life jacket terbuka. (Nak kata tak pasang btul, dah btul dah..) Rasa cemas dan tak tahu nak berpaut pada siapa. Nasib bek ada Adilah di sebelah. Kali kedua ditenggelamkan, rasa takut sangat2 dah. (Mula2 beriya nak tenggelam kat tengah2 laut. Ada hikmahnya bila semua sepakat ditenggelamkan kat tepi laut tue je. Alhamdulillah, Allah beri kesempatan untuk mencubanya dan suasana sepanjang di PD agak baik.

Ada antara kami yang cuba, flying fish (xtau betul ke tak namanya nih). Permainan yang saya agak suka. Agak laju dan agak menakutkan. Kami cuma perlu pegang, bertahan dan melawan arah. Bagi yang duduk belakang, kami dapat rasakan ombak kat kaki(kena duduk secara berlutut).

Terima kasih atas kenangan ini.
Terima kasih buat mereka yang turut serta.
Terima kasih kepada kedua-dua insan yang bernama Ain, yang jadi pemandu kami. Tanpa mereka, kami tak mungkin sampai ke sini.
Terima kasih atas segalanya.

Semoga kita berpeluang melakukan aktiviti seperti ini lagi.

p/s: Entah berkesempatan, entah tidak kan.. dah last sem nie. huhu. Jom broga hill plak :P

☞ Tatkala Tinta Bermain Kata, Moga Allah Redha ☜

No comments:

Post a Comment

Ulasan :")

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
ღ Hak Milik Nurliyana Adnan ღ