Sunday, December 21, 2014

Rantaian Cinta

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Penyayang.



Bersahabat tak semestinya perlu berkasih!
Peganglah ayat itu sehingga meniti usia.
dan kata-kata itu dah sebati dijiwa ini,
tak rela cagarkan sebuah persahabatan,
demi sebuah percintaan
yang hala tujunya tak pasti untuk dikemudi.

Biarpun si A tidak meluah rasa,
biarpun si B hanya mendiam kata,
namun kisah mereka diketahui semua,
ada rantaian cinta telah menyemai seketika.

Tatkala langkah menginjak dewasa,
ada yang masih setia menyemai cinta,
ada yang berpaling ke arah yang sepatutnya,
dan yang berpaling masih ingin menuntut kata,
tiadakah cinta sepanjang bersahabat?

lantaran itu,
pendamlah bicara.
biar dia menuntut kata,
jangan sesekali ia terluah.
biar Allah sahaja mengetahui tentangnya,
cukup mencintai ia dalam diam.

cinta itu terlalu istimewa,
cara menjaganya menyebabkan ia istimewa,
mengadulah padaNya yang mengurnia CINTA,
insyaAllah kelak, kemanisannya dapat dirasa,
kerana dah terluah pada yang UTAMA,
iaitu DIA.

Nota Hati:

Ingin ku ulangi masa lalu..tapi ku tahu,ia takkan berulang kembali.
Kelemahan lalu harus ku perbaiki.
dan inilah saatnya untuk ku perbaharui.
^___^
☞ Tatkala Tinta Bermain Kata, Moga Allah Redha ☜

No comments:

Post a Comment

Ulasan :")

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
ღ Hak Milik Nurliyana Adnan ღ