Tuesday, August 09, 2011

Suara Iman Kami

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Penyayang
Karya Asli: Blog lama



Dengan lafaz Basmalah.. saya memulakan sebuah bicara hati.
Alhamdulillah, sekali lagi saya diberi kesempatan oleh Allah S.W.T untuk melakarkan kata-kata diblog tercinta. InsyaAllah,Selawat dan Salam buat Kekasih kita yang tidak pernah putus mencintai umatnya(Rasulullh S.A.W).
Indahnya Ukhwah kerana Allah,
Indahnya Couple dengan Bernikah,
Indahnya Iman berpaksikan Akidah,
Indahnya Islam bertunjangkan Syariah Islamiyyah.
(kata- kata ini lahir selepas saya berSMS dengan seorang Ukhti)

Sudah sekian lama saya tidak berjumpa dengan sahabat yang sering saya rindui ini setelah menjejakkan kaki ke Universiti.Hanya SMS dan Calling pengganti liqo’ kami.Walau bagaimanapun,kami jarang bersms apatah lagi bertelefon.Mungkin kekangan masa tak mengizinkan kami berhubungan.Alhamdulillah,bila jarang berhubung ini lebih mengeratkan ukhwah kami.Bak kata pepatah,semakin jauh dimata,semakin dekat dihati.

Semalam bersamaan 4 Syawal 1431 H,lebih kurang jam 8.30 malam..saya menerima mms dari sahabat yang saya rindui(Ukhti Ana).Mms dia cukup mengelikan hati ini.Ukhti Ana menghantar mms celcom kepada saya.Mungkin itu cara dia untuk memulakan sebuah bicara dengan ana.

Lama sungguh kami bersms.Waktu ini,saya dalam perjalanan kembali ke Perak selepas menghantar adik yang dikasihi kembali ke Matrix Seberang Perai.

Perbincangan saya dan Ukhti Ana lebih hangat tentang Suara Iman.Sewaktu kami bersms,tertimbulnya nama seorang Ikhwah yang disegani…

Saat ini,bermulalah bicara tentang hati ke hati...Ukhti Ana merasakan Ikhwah yang disegani itu tidak layak buat dirinya.Saya tersenyum sewaktu membaca ayat tersebut.

Firman Allah S.W.T dalam surah 24:26 mafhumnya:
“Perempuan2 yang keji untuk lelaki2 yang keji dan lelaki2 yang keji untuk perempuan2 yang keji.Perempuan2 yang baik untuk lelaki2 yang baik dan lelaki2 yang baik2 untuk perempuan2 yang baik.”

Lantas,saya berpesan kepadanya..untuk mendapatkan lelaki yang soleh adalah dengan mensolehkan diri kita terlebih dahulu.Ukhti Ana merasakan sukar untuk melakukannya…Memang betul,bukan mudah untuk mendapat sesuatu yang berharga bagi diri seorang muslimah iaitu SOLEHAH.Semua akhowat mengiginkannya,agar kelak bisa menjadi bidadari syurga buat para2 suami mereka kelak.Saya sendiri merasakan kesukarannya,namun..Sikap untuk terus mencuba dan beristiqomah perlu ada didalam diri kita semua.

Apatah lagi,kita sekarang berada di Era yang semakin maju dan canggih.Tetapi ingatlah,Islam itu syumul.Tak kira zaman dahulu atau sekarang syariatnya tetap sama.Malah,isi kandungan al-Quran juga tidak akan berubah.

Inilah ujian Allah buat wanita2 mukminin…
Firman Allah SWT mafhumnya,
Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan hanya mengatakan,”kami telah beriman” dan mereka tidak diuji?.Dan sungguh,Kami telah menguji orang sebelum mereka dan Allah pasti mengetahui orang2 yang benar dan berdusta.(surah 29:2-3)

Lama kelamaan,saya menutup bicara kami tentang ikhwah tersebut kerana takut menambah maksiat dihati.Soal jodoh,perihal Allah..Sebagai seorang manusia yang tak lari tentang perasaan kepada manusia,labuhkanlah cinta kepada Allah.Nescaya orang yang beriman akan turut mencintaimu.
Namun,sms kami tak berakhir begitu sahaja.Bagi melepaskan kerinduan yang bermukim didada,saya membalas MMS yang diberi oleh Ukhti Ana.Saya berharap MMS tersebut mampu melepaskan rindu kami kerana ALLAH ini.

Monday, July 25, 2011

Cerita Hati: Ukhwah di bumi USIM

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Penyayang

Inginku lakar kenangan semalam,
biar semua orang mengetahui
betapa gembiranya diriku ini
berada di dalam memori itu
indah!
manis!
semuanya ku rasakan.
Subhanallah, Alhamdulillah, Allahu Akhbar.

Bersama kita mencoret lakaran pelangi,
ukhwah bersemi dirantaian Usim,
sungguh, aku merindui kenangan semalam
kita tersenyum,kita bergelak ketawa
Allah menyaksikan kebahagiaan itu.
Bunga-bungaan ukhwah mekar mewangi,
memahat kerinduan tika berjauhan,
ya Allah,
sampaikan salam kerinduanku untuk mereka,
jagalah mereka tatkala mereka tidak berada dipandanganku.

Aku bukan seorang puitis,
bukan jua seorang pujangga,
tetapi aku seorang hamba Allah,
yang dititipkan kasih sayang
untuk belajar mencintai & menyayangi kalian.
Bukankah seorang mukmin dengan mukmin yang lain bersaudara?.
Ya, aku mencintai kalian kerana Allah.
indahnya ukhwah ini bila berpaksikanNya bukan?.

Bersama kita melakar kenangan ini~~
Kampus USIM, KK1
http://ukhtiliyana.blogspot.com
Kita mengukir kenangan indah bersama,
ada cerita suka,ada cerita duka.

http://ukhtiliyana.blogspot.com
Secret recipe
Indahnya ukhwah melalui keikhlasan dari hati
http://ukhtiliyana.blogspot.com
Dataran Nilai,6 Julai 2011
Memori bersama ^^,
nanti kita p ramai-ramai plak.
http://ukhtiliyana.blogspot.com
~~Budak Maktab IPG KPI mendengar slot ceramah di Usim~~
Alangkah indahnya ukhwah yang bersemi,
Allah aturkan pertemuan antara kita,
di Bumi USIM kita bertemu kembali,
sesungguhnya aturan Allah menggamit jiwa.
~~ana merindui ukhti Daya~~

with love,
http://ukhtiliyana.blogpsot.com
Ukhwah ini dicantum kerana CintaNya,
kita berkasih untuk menggapai redhaNya.
~~Uhibbukum fillah abadan sarmadan~~
insyaAllah
~~Baiti Jannati~~
Manjung,Perak

Sunday, July 24, 2011

Coretan di Bumi UM

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Penyayang

 ❣•۰•●○●ō Univeriti Malaya
Menghabiskan sisa cuti 5 hari di bumi UM adalah satu pengalaman yang menyeronokkan. Secara tidak langsung saya dapat belajar diruang makmal UM memandangkan Kak Ngah Azmina memerlukan bantuan bagi menyiapkan thesisnya.

Keseronokan itu tak tergambar kerana kami seoaah-olah petugas makmal. Bertugas dari jam 10 pm hingga jam 2 pagi adalah satu pengalaman yang menyeronokkan. Pada masa yang sama, saya dapat menjaga Balqis anak kak Ngah Azmina yang baru berumur 2 bulan. ( ◕〝◕)

http://ukhtiliyana.blogspot.com
Makmal UM
http://ukhtiliyana.blogspot.com
Makmal UM
http://ukhtiliyana.blogspot.com
Abg Ngah & Kak Ngah Azmina

http://ukhtiliyana.blogspot.com
Balqis, anak Kak Ngah Azmina
ღ¸.•´¯)♥ I- CITY, SHAH ALAM ღ¸.•´¯)♥ 

Sebelum bertolak ke I- CITY, Shah Alam pada waktu malam. Saya dan Ukhti Azmina sempat menjejakkan kaki ke KLCC. Memori Indah ^_^

http://ukhtiliyana.blogspot.com
Me & ukhti Azmina
http://ukhtiliyana.blogspot.com
Me & Kak Izah
Nota Hati:
* Terima kasih diucapkan kepada Ukhti Azmina kerana memberi peluang saya untuk bekerja di makmal UM.
* Terima Kasih buat Kak Ngah sekeluarga dan Kak Izah kerana sudi menerima kehadiran saya.

ೋღ☃ღೋSaya gembira berada dalam kenangan itu ೋღ☃ღೋ 

Nota Hati:

Pengambaraan di bumi Um berakhir disini.
insyaAllah,jika berkesempatan kita bertemu lagi.
Maaf andai keterlanjuran budi bahasa mengguris hati.
Moga dihalalkan apa yang diberi.
http://ukhtiliyana.blogspot.com
Memori di I- City,Shah Alam
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
ღ Hak Milik Nurliyana Adnan ღ