Thursday, February 02, 2012

Berdebar menunggu saat result sem 3


Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Penyayang


Saya sekarang tengah berdebar menanti result sem 3 ini.

Tersangatlah berdebar.

Saya khuatir saya masih tak mampu menerima “takdir Allah” setelah result final kluar.

Saya tak perlukan dekan untuk sem ini.

Sekiranya saya lepas sem ini dan tak perlu mengulang, itu dah cukup terbaik buat saya.

Saya cuma berharap, saya takkan mengulang subjek sem lepas dan saya juga meletakkan harapan yang tinggi agar ibubapa saya tidak kecewa ketika mengetahui result saya. Itu yang penting bukan?.

Tadi hujan lebat.

Sangat lebat.

Sungguh, setiap kali hujan turun.. saya akan memastikan diri saya menadah tangan tuk berdoa.

Jarang betul hujan turun kat Perak.

Erm. salah satu doa makbul adalah ketika hujan turun kn?.

Sebab saya tak mampu nk wat scra direct amlan len. Jd, sy cuba amalkan amalan ini.

Semoga diterima Allah. J

Berperang dengan perasaan sendiri


Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Penyayang


Pernah tak anda berperang dengan perasaan sendiri?.

Saya selalu mengalaminya. Tiap detik. Tiap waktu. Tiap masa.

Saat saya memikirkan sesuatu yang menyesakkan fikiran saya, maka.. bermulalah pada waktu itu saya berperang dengan diri saya sendiri.

Waktu ini, beban terasa berat sangat. Terutamanya peperangan perasaan tentang kebaikan dan keburukan.

Saya mudah berdialog dengan diri sendiri di dalam hati.

Saya buat perkara salah, mula lah saya berdialog.

“benda ni salah. Saya tak patut buat”

“kalau tau.. np wt jg?. ”

Dan blah blah blah..

Fuh!.

Berperang dengan perasaan sendiri penat tau. Tenaga tu banyak sangat diguna >.<

Ntahlah..huhu.

Benda ni kira baik juga bagi saya sebab saya masih ada kesedaran antara kebaikan dan kejahatan.

Ia membuat saya untuk lebih berhati- hati walaupun agak jarang juga saya mengamalkannya.huu~.

Lebih kurang macam monolog diri sendiri la.

“Apa kata hati?. “

Hah. Lebih kurang macam nie la.

:: Jangan amalkannya eh::

Langgar Prinsip

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Penyayang


Saya dah langgar prinsip saya.

Huhu.

Saya betul-betul tak suka dengan diri sendiri ketika saya melanggar prinsip diri sendiri.

Saya harus berpegang pada prinsip diri saya tapi saya seperti sengaja melanggarinnya pula.

=.=

Berperang dengan perasaan sendiri!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
ღ Hak Milik Nurliyana Adnan ღ