Friday, March 02, 2012

Apabila hati rindu untuk bernikah....

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Penyayang

Buku ini saya baru sahaja membelinya semalam.

selama ini pernah nampak tetapi tidak pernah terfikir untuk membelinya.

Namun, setelah membelek beberapa buah buku lebih kurang 15 minit...

saya pun membuat keputusan untuk membeli buku tersebut.



cantik tak buku ni?.

dah ler warna pink.

opps~

saya tertanya-tanya gak. 

saya rindu ke nak bernikah?. 

calon xde tapi nak bernikah?.

pelik... pelik.. .

Saya cuba mematangkan diri saya dalam soal ini.

soal hati perlu dikemudi secara baik.

tak leh ikut main sedap badan je.

saya nak beli buku ini sebab saya tertarik dengan isi kandungannya.

Bab 1: Dua Perkara Utama Berkenaan Nikah

Bab 2: Indahnya Perkahwinan

Bab 3: Alangkah Ruginya Kita Sekiranya Takut Bernikah

Bab 4: Apabila Hati Ragu Mahu Bernikah dan Cara Mengatasinya

Bab 5: Apabila Hati Rindu, Bernikahlah

salah satu puisi dalam buku ini.

Bernikahlah,

Sudah diciptakan dua insan yang hidup di dunia,

Takdir Allah yang menyatukan dua manusia,

Mengingatkan yang hidup ini hanya sementara,

Jangan lagi kau memikirkan harta benda semata.

Berbahagialah manusia,

Kepada yang sudah menemukan fitrahnya,

Bagi membentuk keluarga yang sakinah,

Bernikahlah engkau segera,

Apabila saatnya sudah tiba,

Jangan jadikan alasan bagi menunda.

p/s: takda membawa maksud apa2. Ini sekadar buku :)

“Wahai para pemuda, siapa saja diantara kalian yang
telah mampu untuk kawin, maka hendaklah dia menikah.
Karena dengan menikah itu lebih dapat menundukkan
pandangan dan lebih menjaga kemaluan. Dan barang siapa
yang belum mampu, maka hendaklah dia berpuasa, karena
sesungguhnya puasa itu bisa menjadi perisai baginya”
(HR. Bukhori-Muslim)

Nasi Arab + Birthday Fiza & Hana

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Penyayang

Hari ini, first time saya merasa nasi arab.

Rancangan Birthday untuk Fiza & Hana.

KFC, Pizza, Nasi Arab, Domino, Sate?.

ntah pape.
hehe

rancangannye last minit.

agak kelam kabut pada waktu ini.

alhamdulillah, nasib baik berjaya.

Send sms to Fiza:

Fiza, temankan yana p dataran nilai boleh?. Yana nak sangat makan nasi arab. please....

(Ni memang betui nak makan. Dari sem lepas lagi tapi takda kawan nak p makan.huhu)

Alhamdulillah. Rancangan berjalan dengan lancar walaupun saya tau Hana dah perasan kitaorg nak sambut besday dia. Nak wat camne, dah sahabat saya Dila tak tahu nak cover camne bile Hana  nak pesan makan malam kat orang lain. ^.^

Malam tue hujan turun.

waktu ni, kek x beli lagi. Tak meriah lah kan tanpa kek.

so, ktorg rancang nak p beli kek bila dah order makanan.

Hujan turun agak lebatnya.

Pada awal rancangan, ain sahabat saya bercadang nak kata lesen kereta tertinggal kat hostel supaya kami berpeluang p membeli kek.

waktu sampai kat restoran tue, saya sms ain. Minta dia tukar rancangan tue kepada temankan saya jalan-jalan kat Dataran Nilai tue.

sebab niat dihati, memang nak jalan-jalan dulu sebelum p beli kek.

tak nak tipu kalau boleh tapi xpelah kan..

::alasan tuk membeli kek::

apatah lagi, dengan suasana tak menentu pada waktu itu.

This is our story.




ada sesi suap-menyuap.

tapi picture private lah ye.

^.^

Akhir Kalam,

Sanah Helwah buat Fiza & Hana.

Maaf di atas kekurangan ini.

Thursday, March 01, 2012

ya Allah, aku menyayangi sahabatku ini.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Penyayang


Dewan Kuliah menyaksikan suara hati seorang sahabat bersuara tatkala Lecturer  tengah mengajar.

tangan sahabatnya dipegang.

andai ada yang dapat membaca suara hatinya,

pasti mereka akan mendengar bicara hatinya.

"Ya ALLAH, aku amat menyayangi sahabatku ini"

ya Allah, betapa aku menyayangi dirinya.

bicara hatinya bergema dan mungkin lebih kuat daripada suara Lecturer andai insan di sekelilingnya dapat mendengarnya... (sambil memegang erat tangan sahabatnya.)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
ღ Hak Milik Nurliyana Adnan ღ