Friday, March 23, 2012

Masalah Group?

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Penyayang


p/s: saya taip entri ni jam 6.30. Selesai taip jam 8 dan saya masih berfikir samada nak post ke x entri ni.
saya wat kputusan nk post.

Jangan baca,jika anda tahu anda akan terasa .



Bila bersendirian, kita fikir.. dia tak faham apa yang kita rasa. Kita da sebab tertentu napa perlu ambil jalan macam tue. Bila kita mengetahui tentang keadaan dia, rupanya dia jg berfikir seperti apa yang kita fikirkan. (...Rupa-rupanya kita hanya fikirkan keadaan diri sendiri bila kita tahu fikiran dia sama seperti apa yang kita fikirkan...) kesimpulannya?. saya rasa, saya hanya pentingkan diri sendiri dan begitu juga dengan mereka.**.... 

cc: Post Fb saya.

Lama jua saya berfikir samada nak taip ke tak entri ni.
Berfikir tentang perasaan orang yang membaca sebab hati saya pernah terhiris.
tapi saya xnk peduli lah.

will I be cruel?.

Cerita ini melibatkan saya dalam  membentuk satu group.

Saya terluka dengan beberapa insan sewaktu pembentukan group.
semuanya bermula dari sem 3.

Perkara ini bukan saya sahaja yang mengalaminya tetapi pihak lain juga mengalaminya.

Cuma saya tak nak melibatkan sesiapa kerana ini kisah saya bukan cerita mereka.

Saya tak da kebolehan yang menyebabkan orang lain bertindak memilih saya. 
Namun, perasaan bila disisihkan secara langsung itu yang membuatkan saya sedikit terluka.

1) ada orang yang nak bersama dengan orang yang sama sahaja.
2) ada orang tak kisah dengan sesiapa sahaja.
3) ada orang tak kisah selagi mereka mempunyai group.

saya tergolong dalam kumpulan 2 dan 3. Saya tak mungkin akan bersama dengan orang yang sama sahaja kerana masing-masing nak bersama dengan orang yang berkebolehan. 

saya?,

kerana saya mengerti saya tak berkebolehan, saya boleh terima apabila saya tak masuk kump. yang sama sepanjang masa.

Saya dari sem lepas lagi selalu mengalah.

Sem ni pun mengalah lagi.

Cuma adakalanya bila saya bersama dengan orang yang sama adalah kerana secara kebetulan sahaja.

jahatkah saya kerana kata begitu?.
mungkin orang yang membaca entri ni akan berkata, "kami tak fikir pun macam tue."

ada orang bertanyakan kepada saya,
saya nak tak group dengan dia or dia or dia?.

saya diam.
saya jawab, "kalau boleh memanglah nak tapi..."

tapi apa?.

biarlah persoalan itu tinggal tanda tanya.

huu~

saya menarik diri dari satu group ke satu group bukan kerana terpaksa.

Orang dalam group tue fikir lain dan orang dalam satu group tue pula fikir saya terpaksa.

dengarlah kata-kataku ini,

saya biasa sahaja.

saya masuk group satu lagi bagi memenuhi beberapa kekosongan  yang masih ada sedangkan group lain dah mempunyai ahli yang lain.

kenapa saya??.

tanyalah diri anda pula, napa tidak anda dan sudikah anda?.

kalau saya tak masuk, mahukah kalian memenuhinya?.

Janganlah persoalkan kenapa mesti saya...

sebab saya tahu, saya buat pilihan yang betul.

tidak berniat nak menyinggung kedua-dua group.

satu fikir macam ni, satu lagi fikir macam ni.

sungguh, perlukah dipersoalkan setiap tindak tanduk saya?.

saya pelik dan hairan.

saya buat ni salah.

saya buat tu salah.

terimalah seadanya.

ini diri saya

dan tentunya ini kisah saya.

Thursday, March 22, 2012

Its Me!

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Penyayang

huu~
Dah lama saya tidak berbicara diblog ini.
bukan takda kata-kata yang hendak diperkatakan,
tetapi kerana kekangan masa yang hadir menyelubungi diri.

Ini adalah saya.
Its Me!

Tugasan bercakap Bahasa arab selama 2 jam membuatkan saya mengetepikan dahulu segala rasa yang bermain dihati saya.

Namun, bicara dengan Allah menjadikan saya hamba yang terlalu lemah dihadapanNya.

air mata jatuh berguguran.

lantas, sms dihantar kepada sume sahabat handai.

"minta maaf sebab tak mampu menjadi sahabat terbaik"

kerdilnya diri ini.

Ramai orang bertindak meng"judge" tindak tanduk saya.

saya mengaku, saya pentingkan diri dan bagi saya mereka juga pentingkan diri sendiri.

bertindak memahami padahal menyakiti.

maaf,

kali ini buah bicaraku direct se direct- directnya.
perlukah saya berlindung sedangkan ramai orang berkata tanpa bertapis?.
saya  tau, saya jg termasuk gol. tersebut.
Benda cam ni memang sukar nak nafikan.

ini buah bicara sy setelah hampir sebulan  menjejakkan kaki dibumi Usim.


Masalah group?.
Ukhwah?.
Tak mengerti lagi memahami?.
Cinta yang hadir?.
Adik?.

insyaAllah akan bersambung dientri lain.

Ini diri, kisah dan hidup saya.

IT'S ME!

Saturday, March 10, 2012

Dingin seorang hamba

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Penyayang

Dingin seorang hamba.

Perasaan yang dirasai tika ini sama seperti yang dirasakan seminggu yang lepas.

Benda yang pernah  difikirkan seminggu yang lalu, berlaku pada hari ini.

Argh, sungguh.. amat tidak menyukai situasi ini.

Alangkah indahnya jika menolak dari awal…

Kini, mula bersikap dingin.

Sengaja..
Ya,sengaja melakukannya..

Lantas  memberikan alasan dan alasan itu satu penipuan.

Sungguh, bila didesak..
semakin rimas.

Hatiku keras. Ego!

Buah bicaraku tak sama seperti yang dirasai didalam hati.

Entah bila dingin ini akan berlalu.

Mungkin suasana yang sepi ,mampu melenyapkan kedinginan dihati ini.

 pasrah~
Dinginku penuh dengan keegoan!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
ღ Hak Milik Nurliyana Adnan ღ