Monday, May 07, 2012

:: Wajah H.E.A.D.E.R blog ::

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Penyayang

Wajah Header blog saya masih sama hakikat sebenarnya.Cuma yang beza background belakang. Dulu warna putih dan sekarang transparent.

Terima kasih di atas pertolongan Saudari Nurul Ain dan Saudara Hairon. Tak lupa juga kepada sahabat sebilik, Nur ain. :')

Transparent gambar.

Saya belajar 'tranparent' kan gmbr drp blog Fizgraphic.

Gambar original:


Gambar selepas transparent:



Saya nak wat camni.
Saya pun mencuba dan terus mencuba.


sebenarnya, apa yang saya wat dah jadi tetapi saya ingat tak jadi disebabkan bila saya view pic tue,saya lihat petak-petak kosong kat belakang. Rupa-rupanya memang itulah sebenanrnya.huhu =.=

Sebelum tranparent:

selepas tranparent :

Dah berjaya!
alhamdulillah.
^-^

Sunday, May 06, 2012

:: ku kunci hati serapat-rapatnya ::

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Penyayang

pintu yang dikunci,
perlu dibuka dengan kunci.
tetapi kunci yang patah,
tak dapat membuka pintu yang terkunci.
kalau nak buka gak pintu itu,
hendaklah menggunakan kunci pendua or merosakkan pintu itu.

persoalannya, jika hati ibarat pintu yang memerlukan kunci untuk membukanya dan kunci itu pula patah. Adakah wujud cara lain untuk membukanya?.

Wujudkah kunci pendua?.
atau perlukah kita menggunakan cara paksaan tuk membukanya?.


:: Persoalan ini hanya sebuah persoalan ::

sebab saya sendiri tak da jawapan kepada persoalan yang saya kemukakan.

Hati ini,
pada asalnya, boleh dikunci & boleh juga dibuka.
tetapi 
kunci untuk membukanya itu telah patah.
disaat hati ini terkunci rapat.

akhirnya,
pintu hati tertutup rapat.
entah berapa lama.
wujudkan kunci pendua?
atau perlukah dibuka secara paksaan?,

oh hati.
kenapa perlu dibuka jika hanya tuk terluka?.
kenapa perlu tertutup sedangnya ada yang ingin membukanya?.

oh hati,
lemaslah dengan cinta Allah,
dan janganlah lemas dengan cinta dunia.
di saat itu baru kau tahu,
tika kau lemas dengan cinta dunia,
cinta Allah sedang jauh melambaimu dibelakang.
dan yang kau rasa,
hanyalah gelisah semata.
tetapi,
jika engkau lemas dalam cinta Allah,
nescaya berkali-kali,
kau ingin lemas didalamnya
dan terus hanyut bersamanya.

Bicara hati,
5:18 pm.

p/s: saya teringin p program malam nie. Tak da ke yang nak mengajak saya pergi dan ingin membawa saya pergi sebab saya takda kenderaan.kalau dpt nek prebet n prebet tu blh ambil time pulang..saya nak gak p tetapi biarlah berteman.huhu :'(

apakah yang ku cari?.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Penyayang

dengarlah kata hatiku....




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
ღ Hak Milik Nurliyana Adnan ღ