Friday, June 08, 2012

HambaMu yang lemah

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Penyayang


Ya Allah,
kenapa hambaMu ini merasakan hidupnya hambar,
kenapa hambaMu ini lemah tidak berdaya,
kenapa hambaMu seakan lupa bahawa Engkau ada,
kenapa hambaMu ini masih berduka.

Allah.
aku masih lemah.


Gambar ini seakan memberi 1000 makna.

tetapi aku masih begini.


saya masih belum memulakan pembacaan.
trust me, saya terlalu benci akan diri saya tika ini.
Tak suka sikap bersuka ria yang muncul dalam diri sendiri.
Seakan berpura..
seakan takut..
untuk menghadapi sebuah kenyataan.

Saya nak baca buku!
Saya sedar ini semua tak betul.
Aktivti membuang masa takkan merawat rasa yang saya alami.
sama sekali tidak!.

saya tak mampu putar masa.
Jika saya tak berjaya menjawab soalan exam nanti, saya akan lebih menyalahkan diri saya sendiri.
Perlukah saya begini?.
tentu tidak, bukan?.

Allah.
mungkinkah ini sebuah permulaan?.
mungkinkah ini sebuah perjalanan?.
untuk ku terus hampir..
dan mendekati cintaMu.

mungkinkah ini jalan untukku?.

(T_T)

Wednesday, June 06, 2012

Notis!

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Penyayang

Sekarang jam 1.24 am.
:: masih tak tido lagi ::

Saya tak tahu nak buat apa. Belajar?. Confirm tak sebab saya takda buka buku lagi setakat ni. Saya rasa sem ni study saya tak teratur. Baca buku pun tak.. huhu.

Allahu Akhbar. Kalaulah mama tahu.. tentu mama sedih :'(

So, saya cuba menaikkan semangat saya untuk belajar walaupun hanya sekadar kata-kata semangat.


kalau wat macam ni, sng nak atur masa belajar ^_^
Inilah kerja saya di pagi hari.
banyak peringatan tetapi tak pernah ambil serius pun..
Harap-harap selepas ini, saya boleh serius dengan pembelajaran saya. 

Usaha + Doa + Tawakal + Redha Allah = Kejayaan ^_^

Tuesday, June 05, 2012

Final Exam " Sem 4 "

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Penyayang


“Demi masa, sesungguhnya manusia itu di dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta pula berpesan-pesan dengan kesabaran.” 


" Senang mana pun soalan itu, kalau Allah tak tolong.. kita memang tak dapat jawab soalan tersebut"
-Pesanan sahabat saya, Safarina-



Ini jadual final exam saya.
berdebar tak?.

Saya cukup berdebar tetapi saya tak prepare pape pun lagi.

* Masih tak mengulang kaji.
* Masih bersuka ria.
* Masih hu ha hu ha.
* Masih membuang masa.
* Masih belum bersedia

Allahu Akhbar. 
teruknya perangai saya kan?.
Saya tak balik rumah kerana mama tak benarkan saya balik ke rumah.
Jika saya balik, saya takkan belajar.
Sekarang saya tak balik rumah pun dan saya "masih" tak belajar.

(mungkin saya masih terbawa lagi perasaan sedih ini)
Hati ini masih tak kuat rupanya.

" Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah dan carilah jalan yang mendekatkan diri kepada-Nya & berjihadlah pada jalan-Nya, supaya kamu mendapat keberuntungan." (al-Maidah,35)

p/s: Saya layan rancangan show korea tika ini. "Running Man".  insyaAllah. saya akan pastikan saya takkan lalai dan leka. Boleh ke?.huhu.

Gembira- gembira juga tetapi study jangan lupa.
:: Rabbi yassir wala tu'assir ::


Kita score macam ni tau...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
ღ Hak Milik Nurliyana Adnan ღ