Wednesday, June 13, 2012

:: CTPS & Ma'ajim ::

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Penyayang

alhamdulillah.. 3 paper dah selesai. So, tinggal 4 paper je lagi. ^_^

Paper akhlak & tasawuf agak mencabar minda. Memang tak tau la result saya camna nanti. Akan berlaku kekecewaankah?. huhu. Semoga "sejarah" yang lepas takkan berulang kembali. amin ya Rabb.

p/s: kenapa saya selalu sangat menukar jawapan saya ya?.ish3.

CTPS & Ma'ajim

Saya dah cek jawapan ctps.  Banyak gak yang salah. opps~
Semestinya itu sebab tukar jawapan..huhu. Tak pelah, dah ingatkan diri sendiri gak sebelum menukar jawapan tetapi tetap "merajinkan " diri sendiri menukar jawapan. ish.ish.ish.

Ma'ajim?. alhamdulillah.. soalan ma'ajim keluar soalan sewaktu midterm. Saya bersyukur sangat. 
cc: Mazyyah Osman. Ma kasih sebab tolong ingatkan semula soalan midterm ari tue & sediakan jawapan.

Waktu menjawab paper ma'ajim.. kepala dah terlalu berat. Dah tak tahu nak wat pa dok lama-lama kat kerusi tuh. Dapat jawab atau tak, dalam fikiran saya.. saya perlu keluar kelas. Saya keluar awal bukan tanda saya dapat jawab.. huhu. Cari tandas adalah perkara pertama yang saya lakukan. Muntah!. Allahu Akhbar. Alhamdulillah, esok hari takda paper. Boleh merehatkan badan dan otak sebelum berperang semula.  ^o^

:: Thanks kepada yang berkenaan kerana sentiasa membuat diri saya dalam keadaan dilema ::
cukuplah.

Sunday, June 10, 2012

:: Akhlak & Tasawuf ::

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Penyayang

dup dap. dup dap. dup dap.

waa.. imtihan menjelang kembali.

Pertama,
saya takut.

kedua,
saya berdebar.

ketiga,
saya tak bersedia.

keempat,
saya takut sejarah sem lepas berulang kembali.

^o^


insyaAllah. 
saya akan update blog saya hari-hari.
apa yang saya rasa sebelum dan selepas menjawab exam.
hehe.

sekadar menghiburkan diri sendiri.

Final exam kali ni saya menerima satu tamparan yang kuat.
ikutkan hati, memang saya dah tak baca buku dah.
tetapi mengenangkan saya da tanggungjawab sebagai seorang anak..
saya mencuba untuk membaca buku.

Semoga Allah redha.

Saya takut sangat dengan subjek ini.

:: Akhlak & Tasawuf :: 

Saya merasakan soalan akhlak esok terlalu susah buat saya.
Soalan yang bakal dijawab nanti seperti diluar sangkaan.

waa..
belum lagi exam, dah fikir bukan-bukan.
huhu.

lemah semangat.
Baca buku tetapi bila jawab soalan sem lepas rasa pelik je.

huhu.

takpelah.
apa-apa pun,
saya kena menjawab sebaik mungkin dan usaha sebolehnya.

insyaAllah, semoga urusan menjawab dipermudahkan Allah.

Saturday, June 09, 2012

:: 22 Tahun ::

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Penyayang

alhamdulillah. alhamdulillah.alhamdulillah.

Umur dah mencecah 22 tahun.
means, saya dah hidup selama 22 tahun di atas muka bumi ciptaan Allah ini.

Apa yang baik itu daripada Allah,
dan yang buruk itu daripada kelemahan diri saya sendiri.

^_^

semoga yang buruk itu, menjadi pedoman.


Doakan,
saya semakin tabah mengharungi rintangan dalam sebuah kehidupan.

Mohon doakan.

12.34 am.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
ღ Hak Milik Nurliyana Adnan ღ