Friday, July 13, 2012

:: Belon Besar, percikan rindu. ::

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Penyayang

Ada orang ingatkan saya tentang memori belon besar ini.
Saya tulis bicara ini khas buat dirinya.

Belon besar, percikan rindu!

Pertama kali,
bergolek didalam belon.
berpasangan.
berdua-duan.
bersama sahabat seperjuangan.

sukar dibayangkan apa yang terselit difikiran,
adakah ketakutan?.
atau keberanian?

menerjah disebalik sebuah lakaran,
terukirnya lukisan kegembiraan,
dan terciptanya gambaran kenangan,
keindahannya anugerah Tuhan.

Allahu rabbi,
ku titip doa dari jauh buat dirinya.
moga dia tenang disana.

satu saat, detik ini pasti bermain difikiran! ^^

Wednesday, July 11, 2012

:: Lembut selembut Liyana ::

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Penyayang

Saya teringin menjadi lembut selembut nama saya.

Sebab saya ni kasar orangnya. :'(

Tadi mama tegur dari jauh.

Cakap lembut sikit, bolehkan?.

tersentap!.

Puncanya sbb abang tanya soalan kat saya.

Soalan yang saya agak kurang faham & soalan tue membabitkan harta benda saya.

Saya tak tahu, nape bila cakap dengan abang-abang saya..

saya mesti bercakap secara kasar.

xtaulah korang nak describe kasar tue camna.

Saya tak leh nak berlembut.

Saya tak reti.

saya nak mencuba tapi mesti tak menjadi.

Saya dah terbiasa.

huhu.

Saya teringat satu puisi yang pernah diberikan seseorang kepada saya. 
Alhamdulillah, saya masih simpan hasil karyanya itu.

Nurliyana nama yang indah,

diciptakan daripada tanah,

seorang yang cekal & tabah,

dalam mengerjakan sesuatu perkara,

walaupun kau seorang pemarah,

namun, kau tak pernah lupa,

bahawa kesabaran itu ada tahapnya.

kau sentiasa ingat bahawa Allah ada,

walau dimanapun kau berada,

tidak pernah alpa daripada mengingatinya,

sentiasa taat mengerjakan perintahNya,

puasa mahupun ibadah,

dan yang paling utama,

kau tahu bahawa Allah itu Maha Kuasa.

Saya nak menjadi seperti ini :)


Bidadari syurga ^^

♥ Ukhti Abu Bakar, sahabatku ♥

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Penyayang

Sahabat syurga saya,
saya rindu! ♥

Saya menerima satu sms daripada sahabat saya, Nor hidaya Hazali.

sms tersebut adalah sms berkenaan hari lahir saya.

May Allah be with u in every step that u take.
May He guide u in each decision u make.
May He help u when life gets rough.
May He lift u when u've had enough.
May He protect u when u fall.
May He hear u when u call.
May He soothe ur heart when u dont understand.
May Allah ALWAYS hold u in His hand.

" Selamat hari lahir buat sahabatku pewarna kanvas hidupku. "

(◕‿◕✿) 

Sebulan dari tarikh lahir saya.

Daya.Daya.Daya.

Dialah sahabat suka duka saya dari sek rendah lagi.
Dia sentiasa memahami.
Dia belajar untuk mengerti.
Dia tak pernah mengecewakan,
malah, saya yang selalu menghampakan.

Dia terlalu baik untuk menjadi sahabat saya.
Namun, Allah hadiahkan dia untuk menjadi sahabat syurga saya.
Kami dipertemukan pada awalnya dengan ujiah dari Dia.
Kami kadang-kadang bersengketa,
kadang-kadang dah tak bersua muka,
saling membenci katanya,
tapi atas takdirNya,
dengan izinNya,
kami masih berukhwah dibawah jaminanNya.

Antara kami,
sayalah yang menjadi puncanya.
Saya merajuk dikala dia bz dengan kerjanya.
Takda masa untuk menghubungi saya.

Satu masa,
saya bz dengan assignment yang diberikan,
hampir sebulan saya tak memulakan perbualan,
selalunya,
hanya saya yang akan memulakan 
dan saya juga yang mengakhirkan,
kerana saya rasa dikecewakan.

timbul satu pertanyaan hasil bisikan syaitan,
kenapa harus saya yang memulakan?.

Allah sedarkan saya.
Ukhwah ini masih bernilai atas titipan doa dari seorang sahabat.
Saya masih berdoa.
Semoga Allah masih mengizikan saya menjadi sahabatnya.
tika suka mahupun duka.

kerana dia juga,
telah mewarnai kanvas kehidupan saya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
ღ Hak Milik Nurliyana Adnan ღ