Wednesday, July 18, 2012

Bicara Kata Tanpa Suara :)

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Penyayang


Inilah bicara kata tanpa suara kesayangan saya.

Hasil kerja Sakinah, saya memiliki diary yang berkunci.

alhamdulillah.

^_^

dalam bicara terselit rasa,
dalam duka terselit bahagia,
Allah sebagai pengikat kata,
ketika bicara mula bernada.

Inilah bicara kata tanpa suara.
suka duka dititipkan didalamnya.


Sekadar tatapan mata :)
menjadi penghias dibilik tercinta.

✿ Bisikan angin rindu ✿

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Penyayang



YA ALLAH,

Engkau mengetahui hati-hati ini,

Telah berkumpul kerana mengasihi-Mu,

Bertemu untuk mematuhi perintah-Mu,

Bersatu memikul beban dakwah-Mu,

Hati-hati ini telah mengikat janji setia untuk mendaulat dan menyokong syariat-Mu,

Maka eratkanlah Ya Allah akan ikatannya,

Maka eratkanlah Ya Allah akan ikatannya,

Maka eratkanlah Ya Allah akan ikatannya,

Kekalkanlah kemesraan antara hati-hati ini,

Akan jalan-Nya yang sebenar,

Penuhkanlah hati ini dengan cahaya Rabbani-Mu,

Yang tidak kunjung malap,

Lapangkanlah hati-hati ini dengan limpahan Iman dan keyakinan,

Dan keindahan tawakkal kepada-Mu,

Hidup suburkanlah hati-hati ini dengan ma'rifat (pengetahuan sebenar) tentang-Mu,

Jika Engkau mentakdirkan mati,

Maka matikanlah pemilik hati-hati ini,

Sebagai para syuhada dalam perjuangan agama-Mu,

Engkaulah sebaik-baik sandaran dan sebaik-baik penolong,

YA ALLAH,

Perkenankanlah permintaan ini.

andai sahaja angin tu mampu berbicara,
akan ku khabarkan padanya,
duhai angin, dengarlah bisikan rindu ini.
sampaikanlah ia kepada insan-insan yang ku sayangi.
katakan pada mereka, ada seorang insan yang tengah merindui,
moga mereka akan bertemu nanti.

Salam rindu dari jauh,
Bicara tanpa suara,
Allah pengikat kata.

:: Latihan Nahu ::

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Penyayang


Sem depan saya bakal mempelajari subjek Nahu sekali lagi.
Saya seharusnya mahir tentang subjek ini.

akan tetapi, saya amat lemah bila melibatkan semua ini.

Pertama: Saya dah lupa.
kedua : saya dah tak faham.

Saya tak tahu pun Nahu nie penting sewaktu sekolah dulu.
Pelik bukan?.

tetapi saya boleh je skor bila exam.

pelik.pelik.pelik.

Saya belajar hanya untuk exam. Bila dah selesai exam, saya pun lupa lah apa yang saya pelajari.

Kecilnya impian saya kan?.

Antara sejarah, syariah & bahasa arab.. saya di lema ketika membuat pilihan upu.

Doa yang tidak putus-putus semenjak kecil untuk kos bahasa arab di Universiti akhirnya dimakbulkan Allah.

Jadi, kenapa saya perlu menyesal?.

Adakah disebabkan saya dikelilingi dengan mereka yang begitu pintar dalam bahasa Arab dan saya merasakan, sayalah yang paling *** sewaktu kelas?.

atau kerana

saya merasakan saya tiada ilmu asas dalam bahasa arab?.

Persoalan yang menghibakan diri sendiri.

Sekarang ni,saya cuba bersiap sedia mengingati asas ilmu Nahu dengan sebaiknya sebelum sem depan.

saya tak mahu mendapat C untuk subjek Nahu seperti mana sem 1.

cukuplah sekali.

saya tak mahu sejarah itu berulang lagi.

Perit bila mana kita ambil kos bahasa arab tetapi hakikatnya kita tak pandai pun bahasa arab.

Perlukah saya berputus asa dalam kos ni?.

Antara komunikasi & bahasa arab, manakah yang menjadi pilihan saya?.

Saya berharap, bahasa arab yang akan menjadi pilihan saya.

(╯︿╰ )
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
ღ Hak Milik Nurliyana Adnan ღ