Wednesday, August 29, 2012

Majlis Polis :: Ragam kami

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Penyayang

Semalam saya menghadiri majlis raya POLIS di IPD manjung.

Terpaksa =.=

Saya & adik memang berat untuk menuruti jika melibatkan jamuan polis-polis nie.

Papa dah bagi arahan, "Lepas magrib siap !"

opps, memang kena bersiap jugalah nampaknya.

** Iron baju **

saya ter "IRON" cadar mama means cadar mama ter "BAKAR" oleh saya. huhu.

dah kena marah T_T

Bertambah-tambahlah keinginan saya untuk tidak menghadiri jamuan itu.

Nasib baik, saya ada adik yang begitu manis.

Termakan juga pujuk rayu dia yang tak seberapa itu. :)

Yana & Ain

time Raya Pertama (:
p/s: Time ni Fiza call saya. Mama dah ingat bukan-bukan dah time nie. Mama, yana masih single ^_^.  Tak de pakwe lagi .. 

Tuesday, August 28, 2012

Bila mama membuka mulut.. :O

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Penyayang

Malam semalam saya baring disebelah mama.

Saya main handphone. 

Sekali-sekala saya pandang juga mama kat sebelah yang tengah baring sambil menonton Tv.

Tiba-tiba mama baring dekat saya.

Waktu tu, saya dah rasa len dah.

Mama: Yana dah ada boyfriend belum?

Yana: takda. ( jawab sambil pandang handphone je..)

dalam hati : Allah.. rasa macam nak lari je sekarang ni. 

Mama: carilah boyfriend. Nanti sampai tua takda boyfriend plak.

Yana: aaa...

Errr~ diam tue lebih bermakna bukan?.

Bukan tak da calon.

Ada calon dah melepas.. hoho.

Saya yang bagi lepas. toing.toing  ^.^

Saya fikir juga soal ini memandangkan ramai dah sahabat saya yang mendirikan rumahtangga.

Ada yang tak berhenti-henti bicara soal kahwin.

Ada yang mula bersoal- soal dengan saya.

Ada juga kawan di Fb yang sering kali menagih jawapan..

katanya: saya asyik menyepi. Satu msg Fb pun saya tak balas.

hmmm.

tak penting.tak penting.tak penting.

Saya teringat kata-kata jiran sebelah rumah sewaktu saya pergi menziarah,

" Ini anak Kak Teh ke?. Nasib baik mak cik tak da anak lelaki. Kalau ada, dah lama makcik pinang"

^___^

:: Dua hati belum bertemu untuk bersatu atas aturanNya. ::






Salam Aidilfitri :)

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Penyayang


Dah lama blog ini tak di update.
agak malas menaip walaupun selalu online ^_^

Tiba-tiba rasa nak menyampaikan bicara yang tersimpan sekian lama.

Sebelum tue, saya nak mengucapkan "Selamat Hari Raya, Maaf Zahir & Batin ".

Maafkan salah & silap saya sepanjang perkenalan.

Halalkan apa yang diberi & apa yang diterima.

Semoga Allah berkati.

Dijadikan cerita,

tahun ini adalah raya yang istimewa  kerana adanya  Muhammad Haziq Rizqi. 

Anak buah saya yang pertama.

Tahun ni juga, saya menyambut hari raya di kedah memandangkan dah bertahun-tahun tak beraya kat sana.

Alhamdulillah, kenangan demi kenangan terukir bersama keluarga.

Photo: Menunggu tokma tokpa papa paklong paklang untiena & maksu blk dr solat raya http://instagr.am/p/OfacZHyc8N/
baju melayu.. Mama yang jahit. :)

kat Kedah :)

Di Syawal ini juga, saya telah berjaya mengambil lesen moto L. (tak sempat nak ambil P)

Di atas segala kesulitan untuk memberikan saya sebuah kereta, saya menyimpan hasrat untuk mengambil lesen moto walaupun family sama sekali melarangnya.

alhamdulillah, atas pujukan adik saya..

Mama & Papa memberikan kebenaran untuk saya mengambil lesen moto.

Anak manja kan saya ni ? : D

itupun setelah saya merajuk.huhu.

Semoga segalanya dijadikan mudah oleh Allah.

Di Syawal ini juga, saya teringatkan dia.

Ukhti Mazyyah, semoga awak kuat & tabah menghadapinya.

Di Syawal ini juga, ada beberapa sahabat yang telah mendirikan mahligai cinta.

Allah, jodoh itu sememangnya rahsiaMu.

Tak dapat kami singkap rahsia di sebaliknya.

Barakallah buat kalian.

Tahniah, Nabilah & suami^^ 
 kakak-kakak, sahabat-sahabat & adik- adik,
Selamat menjalani bahtera rumahtangga.

Peace no war :)

sekian saja dari saya tuk masa ini,
ada waktu bertemu lagi. *_*

:: Ramadhan menjanjikan barakah, Syawal menjanjikan ni'mah::


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
ღ Hak Milik Nurliyana Adnan ღ