Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Penyayang
Dah lama blog ini tak di update.
agak malas menaip walaupun selalu online ^_^
Tiba-tiba rasa nak menyampaikan bicara yang tersimpan sekian lama.
Sebelum tue, saya nak mengucapkan "Selamat Hari Raya, Maaf Zahir & Batin ".
Maafkan salah & silap saya sepanjang perkenalan.
Halalkan apa yang diberi & apa yang diterima.
Semoga Allah berkati.
Dijadikan cerita,
tahun ini adalah raya yang istimewa kerana adanya Muhammad Haziq Rizqi.
Anak buah saya yang pertama.
Tahun ni juga, saya menyambut hari raya di kedah memandangkan dah bertahun-tahun tak beraya kat sana.
Alhamdulillah, kenangan demi kenangan terukir bersama keluarga.
 |
| baju melayu.. Mama yang jahit. :) |
 |
| kat Kedah :) |
Di Syawal ini juga, saya telah berjaya mengambil lesen moto L. (tak sempat nak ambil P)
Di atas segala kesulitan untuk memberikan saya sebuah kereta, saya menyimpan hasrat untuk mengambil lesen moto walaupun family sama sekali melarangnya.
alhamdulillah, atas pujukan adik saya..
Mama & Papa memberikan kebenaran untuk saya mengambil lesen moto.
Anak manja kan saya ni ? : D
itupun setelah saya merajuk.huhu.
Semoga segalanya dijadikan mudah oleh Allah.
Di Syawal ini juga, saya teringatkan dia.
Ukhti Mazyyah, semoga awak kuat & tabah menghadapinya.
Di Syawal ini juga, ada beberapa sahabat yang telah mendirikan mahligai cinta.
Allah, jodoh itu sememangnya rahsiaMu.
Tak dapat kami singkap rahsia di sebaliknya.
Barakallah buat kalian.
 |
| Tahniah, Nabilah & suami^^ |
kakak-kakak, sahabat-sahabat & adik- adik,
Selamat menjalani bahtera rumahtangga.
Peace no war :)
sekian saja dari saya tuk masa ini,
ada waktu bertemu lagi. *_*
:: Ramadhan menjanjikan barakah, Syawal menjanjikan ni'mah::