Sunday, September 30, 2012

Rindu, calling with Ustzh Siti.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Penyayang

Sebak bila dengar suara Ustazah.

Pada awalnya, panggilan telefon di jawab oleh anak Ustazah.. "alahai comel je".

Bila dengar suara Ustazah je, saya terus memperkenalkan diri.

Saya bagi tahu kat Ustazah, saya rindu sangat dengan Ustazah.

Sepertinya Ustazah mengetahui , saya memerlukan sedikit tazkirah daripada perbualan kami itu.

Ustazah menyampaikan tazkirahnya sebelum sempat saya memintanya.

Waktu tue, saya dah berasa sebak.

Tazkirah Ustazah benar-benar melegakan hati yang kegelisahan seketika.

Maghrib, jam 6 pm. (Sabah)

Saya terlupa seketika..

Ustazah plak seronok berbual dengan saya sampai Ustazah kata susah nak berhenti.

Saya dahulukan Ustazah untuk menunaikan solat maghrib terlebih dahulu memandangkan saya telefon Ustazah pada masa yang tak sesuai.

insyaAllah, jika berkesempatan..saya akan telefon ustazah lagi.

Saya pinta kat Ustazah sebelum mengakirkan perbualan kami.. " Doakan saya ya Ustazah".

Semoga senyuman saya masih terukir disebalik rasa yang dirasai.

Kita boleh bercakap dengan mudah tapi untuk melaksanakannya, kadang-kadang kita sendiri tewas.

rujuk kelemahan diri semula.

asg Linguistik menanti.

Dah jatuh hati! :')

Saturday, September 29, 2012

Saya manusia bukan batu :'(

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Penyayang

Saya tak suka update status Fb tentang perasaan marah. Saya tau apa rasanya bila baca status Fb orang yang dalam keadaan marah tapi sejak sem lepas, saya mula menulis tentang perasaan saya tetapi sgt JARANG

Saya manusia bukan batu.

Saya ada hati yang mempunyai perasaan.

Saya tak minta apa-apa tapi sila layan saya macam seorang manusia yang mempunyai perasaan bukan macam batu ya?.

Marah saya mungkin tak lama tapi saya jenis memendam apa yang dirasai. Saya tak nak satu hari nanti bila marah itu dah melebihi hadnya, segala-galanya akan terkeluar.

Itu adalah perkara yang saya nak elakkan & saya minta sangat-sangat, kita sama-samalah berusaha memperbaiki apa yang tak elok dan bukan menambahnya semakin buruk.

Even saya sendiri tak suka untuk marah. huhu ~ T__T

sbb saya sendiri akhirnya akan merasa serba salah & serba tak kena.

means, saya masih da perasaan & harap kalian juga macam tue.

:'(

Friday, September 28, 2012

Update Blog! 28/9/2012

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Penyayang

Dah bersarang, berhabuk & sama waktu dengannya.

Update sekadar suka, tak da maksud disebaliknya.

Masa takkan mampu diundur,
apa yang dirasa,
tetap akan terasa,
pasti ada perasa 
yang melengkapnya.

suka suki kehidupan sebagai seorang HAMBA,
ada bahtera yang wajib dilalui.
takkan manis tanpa ujian.

maka,
tersenyumlah buat hati yang masih bermain rasa.
Bila kita merasa, tentu ada sisa-sisa "rasa" itu.

dengan SENYUMAN mereka,
kita masih merasa bahagia
walaupun disebabkan mereka,
kita sering terluka.

^_^

Baiti Jannati,
Rumah sewa , Jati Park :')

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
ღ Hak Milik Nurliyana Adnan ღ