Saturday, January 26, 2013

Cameron :: Thailand

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Penyayang

23- 25 Dec 2012,

sejarah menjejakkan kaki ke luar negara dilakar.

Oke, walaupun hanya di Thailand.

tetap dikira luar negara kan?. hehe (:

Pada waktu ini juga, family saya ke Cameron.

oh, ada rasa sedih disitu. huhu.

Cameron Highland

24 Dec 2012 hari lahir kakak tersayang saya, Khairuliza Adnan.  Sanah helwah kakak!

kali ini hari lahir kakak lebih meriah lagi dengan kehadiran Muhammad Haziq Rizqi. Anak kakak yang pertama dan anak buah saya yang sulung. ^__^

rindunya kat Rizqi!.

xtau ape yang dorang wat kat sana. So, xleh nak cita la sgt kn.. hehe.

Biar gambar dorang je bercerita ye.. :P

Comelnya Rizqi!

aloo..masamnya muka dia.

galaknya mata :)

:)

adik sy..

adik..

mak su x comel la! haha
adik & mama


Thailand

alhamdulillah, perjalanan kami berjalan dengan lancar ke sana walaupun menerima satu persatu ujian. Kebanyakan yang pergi ke sana, tak tahu pun macam mana nak menguruskan program-program seperti ini. a'la kulli hal, alhamdulillah..

Kami bertolak jam 1 pagi. Oh, kat sini dah ada sedikit masalah dari segi jadual bas. Tapi berjaya diselesaikan. :)

Hari Pertama : Krabi

Kami bertolak dari Nilai ke bukit kayu hitam (tempat imigresen) dan setelah selesai urusan passport, kami meneruskan perjalanan ke Krabi. Tak sangka kami akan pergi ke Krabi gak kan?. Tempat yang dikatakan cantik dan dikelilingi dengan pulau, pasti akan menambat hati kami. ehem.

Memandangkan kami lambat bertolak, kami tak dapat singgah ke pulau-pulau tersebut dan melakukan aktiviti seperti snorkling, naik sampan & sebagainya la. Bukan rezeki kami ~

nie la gmbr pulau-pulau yg cantik tue.huhu ~

Lupa nak cerita.
kami menukar duit / erti kata lain ke mata wang Thailand dekat kedai area imigresen Thailand juga. Rushdi (pemandu pelancong) kami kata, kat sana murah sikit. Lepas tukar duit, kami pergi bersarapan dulu.

Dalam perjalanan ke Krabi, kami singgah sebentar di Trang. Kira mcm R&R la.. * berhenti makan.
Perjalanan ke krabi mengambi masa  5 jam. Lama kan?. Kerja kami dalam van tue, tido jelah.

eh.eh. lupa lagi nak cerita. Kami pergi seramai 28 orang dan kami dibahagikan kepada 3 group sebab ada 3 van. hehe. Saya naik van bersama Ain,Mazyyah,Afifah,Hana,Kinah, Afiq,Hairon & Azizi (kawan Rushdi).

Hari pertama ini, kami takda apa-apa aktiviti pun. Just berjalan-jalan je memandangkan sampai pun dah lewat. Sebelum sampai ke tempat penginapan kami kat Krabi, kami singgah kat..... (xtau plak nama tempat nie ape). Kami berhenti untuk mengambil gambar. :)

ahli-ahli van kitorg :O

Burung helang?. mcm kt langkawi je~

bergambar bersama guru pengiring ktorg.  :)





Kami tiba di tempat penginapan kami lebih kurang jam 4 ptg. Ok, rupa-rupanya suis kat Thailand ni hanya ada 2 je tempat cucuknya. Kat Malaysia ada 3 kan?. Kat Thailand 2 je.. Waktu ini, budak-budak perempuan semua tengah berfikir macam mana nak iron baju. almaklumlah, esok di Hatyai ke berpakaian formal.

Alhamdulillah, pasti ada jalan penyelesaiannya. Pihak Hotel ada sediakan... erm, xtau eja la. *extension. Yang pntg, tempah pencucuh suis. huhu.

kami diminta bersiap sebelum jam 5 ptg sebab nak bertolak ke tempat .... pun tak diketahui namanya ape. hehe. Tapi tempat yang kami nak p tue adalah satu tempat tuk semua kerang-kerang dikumpul. Erm, tak tau camna nak bagi terang. Tunjuk gambar jelah ye..

looking around~

ni la kerang-kerang tue..

mcm coconut je. heh

lama gak kan?

kerang ni dh cmpur dgn simen / batu supaya boleh dikekalkan lama

:)


^_^
- Kami meneruskan perjalanan ke salah satu pantai Krabi. Seberang pantai tue, kami boleh membeli belah.

 :)


(:

with Hana. eh, watak utama plak kn?. :)

me & kinah :)

Malam tue, kami g makan makanan steamboat. hehe :)

wahhh~ ehem. bila tengok gelagat budak-budak ni time tue,  lucu plak. Bila teringat balik, rasa terliur plak.  sedapnya!

tukang masak yg djemput khas.

yummmy!

sedapnya daging~


terliur la...

selamat menjamu selera :)

Hari Kedua : Hatyai

Bangun seawal 4.00 am untuk bersiap memandangkan kami ada program formal di Hatyai. Perjalanan kami ke Hatyai mengambil masa 4 jam lebih je.Rasa cepat je sampai.. hoho. ehem, kami bertolak lambat tau ..

Program pertama kami dekat Hatyai University (HU). Alhamdulillah, biarpun lewat dari masa yang ditetapkan tetapi dengan bantuan Rushdi,kami dapat sampaikan kelewatan kami kepada pihak sana.

Mula-mula kami berkumpul kat satu bilik ini, untuk mendengar taklimat program. Lepas tu, barulah kami pergi berjalan-jalan disekitar kampus HU.


gambar dgn van.. no plat Thai~

Rushdi tgh menerangkan maksud disebalik gmbr nie..x faham kn~

nek.nek.

museum HU

Pensyarah Usim & HU

jadi kanak-kanak boleh x?. :D

kanak-kanak erk?. :D

ktorg nek ni la time nk p HU Museum..hehe

mendengar taklimat..



HU Student

Dr. Najib & Prof HU

gambar ramai-ramai :)

fail HU

makanan yg dorg sediakn..mcm lipat pisang gk~

kitorg nek nie la.. :D

gambar dulu sebelum masuk HU Museum..hee~
* Jam 12 pm, kami bertolak ke Hatyai Witdayakan School plak.

baru sampai~

:)





budak-budak sek.. tinggi tul!


aktiviti berkump  brsama kakak2 & abg2 ~

gambar ramai-ramai~

Sebenarnya, kami takda buat banyak aktiviti pun kat HU & Hatyai Witdayakan School memandangkan masa amat mencemburui kami.  hee~ :)

apapun, alhamdulillah.. a'la kulli hal. Segalanya berjalan dengan lancar. ( ◕〝◕)

Malam tue, kami pekena tomyam Thailand. yuhuuu! hehe.

happy tak?. happy tak?. Mestilah happy kan.. akhirnya merasa juga. Bagi yang tak makan tomyam tue, maaf saya katakan..bukan saya seorang je nak rasa tomyam Thailand tau. :)

tomyam Thailand ~
Lepas makan kenyang-kenyang, kami pergi shopping plak.

Waktu ni, mood saya memang tak baik. ehem.

takpelah. taknak cerita bab tue..

Mood saya ade, time masa tinggal sedikit je lagi untuk bershopping. hoho. Padan muka kan?. Sapa suh cepat sangat moody. huhu

Kami balik dengan tuk-tuk. Kalau kat Malaysia, dikira prebet la..

Sampai je hotel, kena fikir turn iron baju la plak. grrr~

p/s: xtau pun budak laki da beli suis 2 tuh.. Tak terfikir nak beli time shopping. hehe

Hari Ketiga : Songkhla  & Kembali ke Malaysia

Pagi-pagi tue lagi kami check out daripada hotel dan bertolak ke tempat-tempat yang ingin kami lawati.

Perjalanan kami pertama adalah ke Southern folklore Museum tetapi museum tue tutup sebab cuti sempena hari Krismas. So, kami meneruskan perjalanan kami ke Songkhla..

sempat ambil gambar..hehe
ohya, tepi -tepi kami semuanya laut. Sebenarnya bukan laut pun tapi tasik. Kami naik kapal macam kat Pulau Pinang tue.. kapal yang boleh bawa sume kenderaan. erm, Jeti kot ia dipanggil..

Lama kot nak tunggu giliran kami.. so, sempat lagi pemandu-pemandu keluar tengok pemandangan. :")


3 van yang ktorg nek~

dorg pun ikut kuar~

laut!

cantik..

sempat keluarkn muka~

ada orang terkurung la..hehe

baba pun join kuar~

Yang first nek jeti tue, adalah van yang sy nek. Dua van yang len tak sempat nak nek.hoho. Sementara tunggu dorang sampai lebih kurang 15 minit, kami keluar bersiar-siar jap.. hehe.

;)
 Cantikkan pemandangannya?. (◕‿◕✿)

(:
tue hah, dorg! :D

jgn jeles tau~

Lepas dorang sampai, kami bertolak ke tempat yang ktaorg nampak ada naga besar.

:)

family pensyarah ~

:)

wah. cantik!

^_^

*_*

selepas puas bergambar, kami ke Songkhla Aquarium plak~

time berkumpul~
Time nie memang berfikir gak, nak masuk ke tak. nak masuk ke tak. Duit yang tukar dah nak abih dah~. Ramai gak yang tak masuk. erm, saya masuk gak akhirnya. Tak pelah, sekali sekala nak tengok cmna haiwan di negara orang kan?. :") erkk~

Time ktorg sampai ni, dah jam 12 pm & then, org kat sana bagi tahu.. nanti ada pertunjukan. wahhh~
oke.oke. Jom lihat & enjoy. Ada upload video pertunjukan tue..






acara dah bermula... Jom tengok! :)
 seronok la tengok  penyelam tue bermain dengan ikan & penyu tue. Geram tuii!

Comel je rasa..hee~


















video ni xdpt upload la..huhu :"(



 Lepas tue, kami g mana plak ek?. erm, xtau nama la~ hoho. Tapi kat sana, kami naik lif 3 minit je dah sampai. Tinggi gak tempat tuh..

banyak burung & monyet ~

pemandangan dari atas.

ciptaan Allah sangat indah ~

:)

(:

^^
^_^

taman monyet rasanya nie..


gambar ramai2 yang terakhir~

pandangan dalam lif dr atas nk turun bawah

hah, dah abih da lawatan kami. Now, kami nak bershopping plak setelah puas bergambar. hehe

Kat shopping ni, xtaulah nak cerita camna. Takda ambil gambar plak tue.. tapi tempat tue sangat besar. Macam shopping complex tapi macam kat pasar pun ada gak. Masa yang diberi memang tak cukuplah.. huhu. Pusing sana, pusing sini pun tak jumpa apa nak dibeli. Saat-saat akhir baru terjumpa tapi dah kena kumpul semula. sob.sob.sob. Saya sempat beli buat mereka yang tersenarai kat memori saya je. Saya tak sempat nak beli pape tuk abang-abang saya. 

erm, kat sini memang banyak kenangan manis & pahit. Ada peristiwa yang berlaku tapi tak naklah cerita kat sini. Yang penting, kami selamat pergi ke Thailand dan selamat kembali ke Malaysia. Alhamdulillah.. (。◕‿◕。)



 Terima kasih buat semua untuk kenangan ini (◡‿◡✿)    

Sunday, January 20, 2013

#Umrah

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Penyayang

alhamdulillah, insyaAllah..
saya akan pergi menunaikan umrah bersama family saya.

Rezeki dari Allah.

Malam Jumaat,

 mama ajak saya pergi mendengar ceramah tentang umrah kat Ipoh. Memandangkan saya baru balik dari Ipoh.. saya takda semangat nak p sana.

Pagi tue, time solat subuh..

Papa ketuk pintu, tanya kat saya.. nak p tak dengar ceramah?

Saya dalam keadaan mamai, memang jawab seyakinnya tak.

Saya tutup pintu.

Tup.tup mama ketuk pintu saya. Lagi kuat dari papa ketuk.

" Bangun. bangun. mandi.mandi.. ikut mama p Ipoh. Lau cik Ana tak jadi p, yana p umrah " kata mama.

Dalam keadaan mamai, yakin tak yakin..

saya join juga mama, papa & cik Ana ke Ipoh.

seriously, ya..

mama betul-betul ajak saya & adik saya Nurain Adnan p umrah sekali. Mama sponsor, mama kata.

Allahu Rabbi.
Rezeki dariMu..

alhamdulillah.. Semoga dipermudahkan Allah.

Adik saya je tak pasti lagi dapat ikut ke tak memandangkan tiket tuk dia takda. Kena tunggu ari sok bersamaan dengan ari Isnin, 21 Jan 2013.

Harap-harap dia pun dapat join sekali.
 
Waktu saya mendengar ceramah tentang Umrah, saya bukanlah seorang yang teringin sangat hendak ke sana macam orang lain. Saya ada pasang hajat untuk ke sana tapi belum sampai tahap "terlalu".

Ustaz kata, "banyakkanlah berdoa kat Allah.. moga2 Allah beri perasaan yang kuat untuk ke sana."

Perasaan saya waktu ini biasa sahaja.

Nothing.

tetapi sedikit demi sedikit, saya yakin.. perasaan itu mampu dipupuk.

Semoga Allah pegang kuat hati saya untuk menjejakkan kaki ke sana.

Biarlah saya menjejakkan kaki ke sana dengan perasaan ikhlas dan  berniat untuk beribadah kepadaNya.

Pakej yang ditawarkan sekali dengan ziarah Istanbul. Ini keinginan Cik Ana memandangkan pengurus Andalusia hendak ke Istanbul. Papa & Mama mengikut rancangan cik Ana walhal papa dah hantar surat mohon cuti kepada pejabat. huhu. 

Mood: membaca kisah-kisah sahabat di blog lain yang telah pergi ke sana.

Bila fikir semula, percaturan Allah sangat indah.

kalau mama belikan saya kereta, tentu saya tak dapat pergi sekali memandangkan duit mama dah abih digunakan untuk membeli kereta itu tapi bila Allah membuka ruang hati parents saya untuk membelikan saya moto,inilah percaturan Allah yang saya tak dapat singkap selama ini.

Ampunilah hambaMu ini ya Allah yang sering meminta dan jarang sekali bersyukur padaMu.

Saya pernah menyesal sebab tak sabar nak ada kenderaan untuk sem 5 ini.

Bila mama belikan moto, saya berasa tak puas.

Saya rasa, saya tak patut beli moto dan sepatutnya saya bersabar sampai sem 6 supaya saya dapat kereta.

Menyesal itu bukan jalan yang terbaik wahai diri!

Perancangan Allah lebih baik daripada apa yang kau fikirkan.

Subhanallah.

Saya mohon doa daripada sahabat sekalian agar urusan saya ke sana dipermudahkan Allah. Semoga hati ini ikhlas untuk ke sana.

Cik Ana nangis sebab tak dapat p sana. Terasa dia lebih layak untuk ke sana daripada insan yang hina ini.

Katanya, "sume perkara kena alhamdulillah sbb tu surah al-Fatihah dimulakan dengan alhamdulillah. Jadi, tak dapat p sana pun alhamdulillah. Dapat p pun alhamdulillah"

Allahu akhbar. Satu pengajaran buat diri ini.

Alhamdulillah, jika benar saya dapat p..

alhamdulillah juga, jika saya tidak p secara tiba2.

semuanya kuasa Allah. Ada hikmah yang lebih baik ^_^ Terima kasih cik Ana atas nasihatnya.

sebenarnya saya takut untuk ke sana. saya insan hina.. layakkah saya menjejakkan kaki ke sana?.

Hati seakan bertanya & persoalan ini seringkali bermain diminda.




 seakan terdengar suara talbiah dari Kaabah memanggil diri ini..

Time capsule "Hello baby Shinee"

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Penyayang

Janji yang tidak ditepati.

Maaf sangat-sangat.

Semoga buku tue boleh dijadikan time capsule untuk kenangan kita walaupun banyak lagi sebenarnya yang tak tertulis.

Dah niat & janji nak wat macam tue, bila tengok Hello baby, Shinee.

uhuk.uhuk.

tapi ditunaikan sekarang la plak tapi dengan cara lain.

maaf.




Thanks 4 this pic! like it very much ~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
ღ Hak Milik Nurliyana Adnan ღ