Tuesday, March 26, 2013

Khabar Berita?.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Penyayang

Saat sampai Malaysia, saat menjejakkan kaki ke Malaysia..
saya menerima 3 berita dan berita itu ada yang menggembirakan dan ada juga yang mengecewakan.

huh,
erm, apakah berita itu?.

1) Tahniah kepada sahabat saya kerana dengan izin Allah, apa yang saya mimpi sewaktu di umrah menjadi kenyataan. Saya mimpi dia mengkhabarkan berita kepada saya yang dia telah mengandung.

dan alhamdulillah... berita itu benar.  :")

Teringat plak sewaktu saya menyampaikan tentang mimpi itu. Dia kata, mimpi saya macam betul.

wah... excitednya saya time menerima berita itu.

a'la kulli hal, alhamdulillah. Semoga menjadi seorang ibu ya?. ^_^

Dua berita lagi..
berita yang agak mengecewakan.

dan nak tau?.

ketiga-tiga itu adalah mimpi saya sewaktu saya berada di sana.

saya bukan nak kata mimpi saya benar .. erm, sukar nak jelaskan.

apepun, saya bersyukur dengan berita yang saya terima.

Ada hikmah.

Saya yakin itu. (。◕‿◕。) 

p/s: Lepas tue, dapat tau plak Kak Faiqah Mawardi mengandung anak kembar. Baru je scan dan dah 4 bulan. Tahniah kakak !


Saturday, March 23, 2013

Hati yang terpaut

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Penyayang

Sugguh, tika ini hati sangat merindukannya. Tak dapat menahan perasaan rindu yang semakin hari semakin membuak-buak. Allah, rindunya dengan Tanah Haramain. Hari tue tiba2 teringin menjejakkan kaki ke msjid sebab saya bukanlah seorang kaki masjid.Saya mengajak kinah solat kat sna memandangkan kami nak kluar dan akan melalui jalan itu. Saya melafazkan kalimah"Labbaikallah hummma labbaik" sepanjang perjalanan ke sana. Sampai sana, kami terlewat untuk mengikut Imam. Huhu.

Sebak!
Saya menitiskan air mata. Saya sendiri tak tahu napa saya rasa perasaan itu sangat istimewa. Sebelum bertolak ke sana, saya berdoa pada Allah..agar diberi satu perasaan yang ikhlas untuk ke sana.

Dan rasa itu sehingga kini, sukar untuk diungkapkan. Walaupun diri merasa tak layak tapi nikmat ini tak ternilai harganya. Entah bila hamba yang hina ini akan menjejakkan kaki ke sana lagi. Allahu Rabbi, pegang hati hambaMu ini erat-erat. Jangan sampai hambaMu ini terlupa akan nikmat berada di Tanah Haramain setelah kembalinya ke Malaysia.



Hati ini terlalu merindukannya sehingga tidak tahu apakah cara untuk meluahnya selain bermunajat padaNya.

Saturday, March 16, 2013

Di uji. Sabar.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Penyayang

Alhamdulillah, selamat sampai di Malaysia pada 13/3/2013.

Update seketika blog ini.

Di Tanah Haramain, saya belajar banyak perkara. Antaranya, sabar!

Kat sana, kita perlu banyak bersabar. Bukan semua perkara boleh ikut kemahuan kita.

izin Allah, urusan saya dipermudahkanNya.

Rasa teruji. Sabar!

satu - satunya yang terlintas difikiran ketika ini. 

p/s: Tak reti bahagi masa. Tak reti nak siapkan kerja. 

Mudah-mudahan Allah permudahkan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
ღ Hak Milik Nurliyana Adnan ღ