Wednesday, April 24, 2013

Cinta itu KUAT bukan MELEMAHKAN.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Penyayang

Saya mula "menyedarkan" diri sendiri.

Yana,
cinta itu sepatutnya MENGUATKAN bukan MELEMAHKAN.

ouchh!
tersentap.

Pujuk diri dengan kata-kata rayu.
Yana,cinta itu menguatkan. Bila dekat dengan Allah, cinta itu lagi kukuh, lagi erat. Cinta itu bukan penyebab dirimu lemah tapi kerana cinta dirimu pada DIA tak cukup kuat.

oucchhh.
sentap!

Kasih Allah tidak bertepian.
ingat tue yana :)

di depan masjid Nabawi. Allah, cintakah aku ?.  Rindu bertamu lagi



Tuesday, April 23, 2013

Susahnya bila jatuh hati.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Penyayang



Saya pening dengan perasaan sendiri.

Susahnya saya nak wat keputusan dlm hal- hal cmni.

Sape saya suka?.
Saya sendri tertanya-tanya kat diri sendiri.

Saya suka seseorang bermakna saya yakin dia mampu membimbing saya.

Kalau saya suka orang itu bukan bermakna suka. Saya hanya minat dan kagum. Hanya itu.. tapi bila saya kata saya memang suka, it means everything. It means a lot 4 me.

Sampai satu saat saya pernah kecewa.. musnah impian. Tanpa restu ibubapa semua tidak bermakna apa-apa. Saya pernah fikir, saya mungkin senang nak menerima orang lain. Bagi saya, kalau ibubapa saya carikan saya jodoh.. mungkin saya boleh terima tetapi sebenarnya tidak. Saya tak mampu.. saya takut jika saya tak mampu memupuk perasaan itu.

Tahu?.
Saya bawa satu nama sewaktu dimakkah.
Saya sebut nama seseorang secara mengejut didalam doa saya sewaktu di Raudhah. 

Let make it simple.

Waktu di Makkah, satu group saya mendoakan saya dengan mutawwif Indonesia. Waktu mereka bercerita, berbual-bual sambil mengenakan kami..  mereka sebut perkataan "aminn".

Waktu tue, saya serba tak kena.
Puncanya?.
Saya bawa satu nama ketika berada disana.

Saya betul-betul tak nak pada waktu itu.
"Doa kat sini makbul tau.." itulah yang dorang kata kat saya.
Tersentap gak di watnya.
Yelah, saya tak kenal dan dia tak kenal saya.
Kami dikena-kenakan pun sebab ada peristiwa terjadi sewaktu saya menunaikan umrah.

Nak salahkan Ustaz tue boleh tak?.
sebab kalau ustaz tue tak cakap kuat-kuat,
tak tegur secara tiba-tiba,
tak ulang berkali-kali,
tentu tak da orang dengar.

dan tak adalah orang doakan kami. huhu~

Semuanya ada hikmah yana :")
trust urself oke.

Pujuk hati seketika.

Perasaan saya berbelah bagi.
Tahu?.
saya cuba untuk kuat.
Saya pernah sampaikan hasrat kepada mama, saya nak bertunang dengan seorang lelaki.
Ini kisah lama oke.. 

Allah, malunya pada waktu itu.
Lagi-lagi bila saya bercerita soal hati kat mama.
Mama tanya macam-macam dan yang penting, kesimpulannya adalah "family bantah".

Perasaan yang kecewa itu kan, lama gak nak ubat.
Lagi-lagi bila dapat tau.. lelaki tue pun dah da calon daripada family.

then,
saya akur.

Kami takda jodoh.

Hati ini, tiba-tiba berdegup lagi.
kencang!

sekali lagi.
walaupun tidak dipinta degupan itu.

Allah,
siapakah insan ini?.
mengetuk berkali-kali..

saat namanya disebut di makkah,
saat saya bermimpi dia turut serta melaksanakan umrah dengan saya,
saya rebah,
kalah pada perasaan sendiri.
Saya menangis.
Terkesima!

Saya mohon petunjuk dari Allah. Tenang je saya rasa sehinggalah kembali ke Malaysia.. Macam-macam berita saya dengar dan akhirnya saya akur, mungkin "ketenangan" itu bermaksud, dia bukan orangnya.

Pasrah.
Redha.

Semoga ini yang terbaik.

p/s: dan saya doakan Ustaz, agar cepat bertemu jodoh dengan orang sana juga! :)

Friday, April 12, 2013

Perjalananku ke Tanah Haramain ep 3

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Penyayang

Hari Ketiga di Istanbul.

Cuaca di Istanbul semakin sejuk dan Ali kata kat ktorg, salji mungkin akan turun. (-7 celcius kot..)

Alhamdulillah, kami dapat merasa salji turun tapi salji yang tak menjadi sangat. erkk~

Hari nie kami di bawa ke satu tempat yang saya sendiri tak sangka akan melawatnya. Kami di bawa ke kedai jual pakaian kulit dan kat sana ada "show" disediakan tuk ktorg.

betul2 mcm show baju yg sllu men kt tv tue.huhu.



Ktorg tak beli apepun sebab harganya mahal sangat. Mama hampir-hampir nak beli beg tangan kulit tapi memandangkan beg pakaian dah tak muat, terpaksalah mama batalkan hasrat mama tue. hee~

Lepas penat mencuba dan tak beli pun, ktorg di bawa plak ke kedai jual carpet Turki. Ada je makcik-makcik yang beli jaket kulit tapi kat kedai carpet takda sapa pun yang beli sebab terlalu mahal dan susah nak bawa balik ke Malaysia.

Yang nie pun da show gak.. hoho. Banyak betul carpet yang dorg bentangkan tuk ditunjukkan kat ktorg. Semestinya, ia sangat cantik. Agak tergoda gak la bila melihatnya. Turki kan karya dengan carpet...

carpet show!

yang hijau tu..cantik sangat. dah la lembut.~

khusyuk..
Kami meneruskan perjalanan ke Grand Bazar selepas itu. Kat sini la dikatakan barang-barang murah dan berpatutan tapi.. ehem, tetap mahal gak la. Lira kan..hee~

oh, cuaca yang sejuk menyebabkan saya mengigil kesejukan. Memang tak tahan.. Adik saya kata, saya kekurangan dotdotdot "saya lupa namanya" dan itu menyebabkan saya tak tahan sejuk. Oke, bakal doktor kan?.. huhu~

kat kedai nie lah sy beli mknn yg berharga 95 lira tue. Gembira tgk kwn2 suka makan sebab saya tak makan sangat~

:)

Hijau la!


mama :)


mama peluk ktorg. Time nie tgh tngu bas. Bas lmbt dtg & saya dah mengigil teruk dah.huhu~

Memang kesejukan la kan..

Hijau lagi :)

burung merpati. so sweet~
 Lepas je membeli belah, kami terus balik ke hotel kami~.

Hari Keempat di Istanbul

Hari ini, hari terakhir kami di Istanbul. Jam 10 malam nanti, kami akan bertolak menuju ke Madinah al-Munawarah. Allah, tak sabarnya nak sampai ke sana.

p/s: bersambung ke ep seterusnya ya.. "Perjalananku ke Tanah Haramain ep 4"
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
ღ Hak Milik Nurliyana Adnan ღ