Saturday, August 03, 2013

Di hari lahirku...

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Penyayang

Baru berkesempatan untuk update.
Cerita dihari lahirku.

:)

 Terima kasih buat mereka-mereka yang memberi ucapan.
Terima kasih buat mereka-mereka yang menyambutnya.
Terima kasih saya ucapkan.

Hadiah bermakna.

Alhamdulillah.
Allah beri peluang untuk bernafas lagi.
Dah 23 tahun.
Umur yang bila disebut, teringat amalannya.
Bagaimana amalan saya selama 23 tahun ini?.
Berat.
Sangat Menyusuk.

 Family meraikan hari lahir saya dan abang ipar secara serentak.
Makan bersama di luar.
Cuma abang sulung, Khairul tak ikut serta.
Haziq Rizqi pula lena sewaktu ktorg tengah menjamu selera.
-Nikmat Bersama Keluarga-


Malam 9 June 2013.
Saya keluar bersama mereka.
Sahabat suka dan duka saya.
Bersama mereka ada hikmahnya.
Alhamdulillah, Allah beri nikmat bersaudara.

Kami menuju Pizza Hut together.
Makan bersama, ambil gambar bersama.
Ceria di malam hari.
Kek nya takda.
eh, ada.
Tak berpeluang untuk bawa memandangkan kami menunggang motor.
 
Terima Kasih belanja akak tau... :)
Kinah anta mms kat no digi saya.
Tau dia antar ape?.
Gambar Kek.
Kata dia,
"L for large"
arghh, tidak.
Saya tak gemok :"(
erk.
-_-

L for Large.
Takpe.
Sampai umah rasa malu sangat.
Berpura-pura dok dalam bilik lama-lama.
hah, nasib bek wajah saya gelap.
Terselindung rasa malu itu.

Ada acara memotong kek pula.
Kek buatan kinah, sangat sedap.
Terharu.
Hampir-hampir nak menangis.
Nasib bek tak.
Nanti jadi tragedi pula :D
acara memotong kek :)..
Hadiah dari kinah. Sim simi la! :D
 Waktu potong kek,
mereka menyanyikan lagu hari lahir untuk saya.
Makin terharu.
uhuk.
Hampir nak menangis.
tapi berlagak tenang.
Terima Kasih kalian :)

Kisah di Putrajaya.
bersama adik-adik.
Tempat tue cantik sangat.
Pernah rancang ngan mira pergi ke tempat tue sewaktu sem 4.
tapi yang bawa kereta tak nak pula.
katanya, takda yang best.

Malam tue, kami ke sana juga.
akhirnya :)
asalnya rancangan kami menuju ke KLCC,
tapi mira exam bi 3 petang tue.

zul tukar plan ke Putrajaya.
nak makan mana, memang takda perancangan.
kami just ikut flow.
 Kami menuju SR.
Agenda utama.
Beli kek.

Sanah Helwah buat Mira, Yana & Zul.
Ikut susunan lahir.
 
masih tak da arah tujuan.
Mira teringat rancangan dulu.
kami menuju sana.

Cantik tempat ni, kata zul.
mira cerita yang inilah tempatnya.
zul gelak je.
sebab dia ingat tempat yang kami kata tu,
sama je dan takda bezanya.
 
kami makan, ambil gambr.
sebab tempat tue cantik sangat,
semua tempat kami terjah.

english style :)

cantik! :)

Mira post gambar ni dlm instagram. Nasib bek smpt print screen. Rasa macam di apit :)
Terima kasih sebab sambut sama-sama :)
 setiap tahun,
mazyyah akan bagi lirik lagu,
sebagai hadiah di hari lahir saya.
cukup isitmewa :)

Saya paling suka bila terima lirik lagu daripada mazyyah.
Rasa menarik dan special sangat.
kali ni lirik lagu lebih bermakna.
Pesanan buatku dan juga kalian ^.^

Sahabat.. Masih ada waktu 
Untuk kau dan aku menghitung dosa-dosa lalu
Lantas membasuhnya 
Kembali menyinar
 Menghiasi taman-taman kasih
Masih ada waktu bagi kita 
Mengikis coreng-coreng mazmumah 
Dan mengutip kuntuman mahmudah
 Menghiasi kamar hidup ini
Dan masih ada waktu bagi kita 
Untuk memupuk kasih dan sayang 
Sekuntum cinta Ilahi 
Seharum cinta yang murni
Moga ukhwah yang dicipta ini 
Kan terjalin bersama mesra sejati 
Bersama memupuk kasih cinta Ilahi 
Moga bahgia di negeri abadi

Saya ada print screen ucapan lahir,
Saja suka-suka.
sebab nak masuk dalam blog ni.
 hehe.
 :)

dari Mira :)
dari Sahabat Kecil sy, Asiah

dari Daya. Dia selalu wish lambat sebab mmg style dia. :)
 Terima kasih atas ingatannya.
^_^

Thursday, August 01, 2013

Rasa Hormat.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Penyayang

Rasa hormat.
Tajuk yang sama sekali membuatkan saya berfikir banyak kali sebelum menaipnya.
Akur pada kesalahan dan kelemahan diri sendiri.


Lahir dari perasaan sendiri..
Saya masih terbayang "kejadian" itu.
Teruk sangat.

Bagi saya, "kejadian" itu menyebabkan rasa hormat saya menjadi kurang.

Sebelum ini, saya sentiasa berfikiran positif dan cuba bersabar walaupun tak berapa nak sabar juga. Apa yang saya dengar, yang berlaku depan mata.. bagi saya itu mungkin "antara yang berkuasa dan tak ada kuasa".

dan saya terus mengekalkan pandangan "Kedua" saya.

Hakikatnya, dulu pandangan "pertama" saya mengatakan sebaliknya.

Selepas kejadian itu, 
 benarlah orang kata... "pandangan pertama adalah yang benar".

Teringat kata-kata Puan Sri,
"Inilah hero saya... dulu, kini dan selamanya" sambil menunjukkan gambar.

Lucu plak.. hehe

Harap-harap saya mampu menjadi seseorang yang tetap memuliakannya. Ya Allah, berikan hambamu ini kekuatan... :"(

p/s: Nasib bek tak menangis walaupun tak bersabar. Bila wat kerja je.. mesti terbayang situasi tue kembali. Rasa teruk sangat. Terus terbayang suasana di Thailand serta merta. Teruk macam tue la.. tapi rasa ini lebih teruk.

Tapi ini kisah saya. 
Saya tak harap orang lain berubah pandangan bila baca apa yang saya tulis ni.
Jangan terpengaruh.
Situasi kita semua berbeza :)


-The End-

Monday, July 29, 2013

Kecewa. Sabar?.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Penyayang

Mungkin ramai dah yang memahami dan mengerti situasi diri saya.
Orang kata, saya dah tak mengerti.

Yup.
saya tak rasa saya perlu mengerti sedangkan orang yang berkata itu tak pernah cuba memahami.
 
Saya tak suka menyerabutkan fikiran saya. Well, saya bukan "Nurliyana Adnan" yang dulu. Caring sangat sampai terlupa akan hati sendiri.

Saya suka jaga hati orang tetapi hakikatnya saya tak jaga pun. heh, kejam tak saya ? >.<

Bila bekerja bersama mazyyah, dia terpaksa bersabar banyak dengan kerenah saya. Of coz sebab saya mudah sangat moody.

Sikit-sikit nak moody, sikit-sikit nak moody.

Saya pernah gak terfikir, kalau sy cepat moody..nti kecianla kt bakal suami sy. Bukankah seorang isteri kena bermanis muka di hadapan suaminya?.

Dengan sahabat sendiri pun saya tak dapat mengawal moody saya, ini kan pula dengan suami sendiri.

Belajar.

Itulah pesanan seseorang pada saya.

Hidup ini semuanya perlu belajar. Tak kisah la benda yang kita tahu mahupun tak tahu.

Kadang-kadang je pesanan orang ni menyerap, kadang-kadang tak. Yelah, ikut kedegilan sendiri.huhu.

Hah, nak tau!

Di jadikan cerita, saya tak nak la serabutkan fikiran saya dengan kata-kata orang tuh. Saya terasa ke?. Saya tak terasa sampai "makan dalam" . Saya tak perlu ambil kisah tapi disebabkan kata-kata dia tu menyebabkan orang lain mula bertanya, saya tak nak berdiam diri gak.

So, adakah caranya meluah kat blog?.

erm. Bila blog tak private,orang len boleh baca. Sape2 yang baca, boleh je sakit hati kan. Lagi2 kalau dia terasa dengan apa yang kita tulis.

huhu. Tak patut saya tulis kat cni kan?

teringat kata-kata budak tuh. Meluah kat Allah cukup. :)

cuma, saya ni degil. hah, taip panjang plak tuh.sorry...

Saya tak nak ulas panjang cerita tue. Cuma saya nak kata, tak tahu bertanya. Janganlah sampai menyebabkan ayat dia tu menyebabkan ramai orang berfikiran len

Ya, kami salah tapi hakikatnya.. napa tak tanya?. Ya.salah kami juga sebab tak bertanya dan tak bagi tahu sebab terlupa tapi salahkah bertanya sebelum kt papa?.

Takda kaitan dengan saya pun tapi sebab ayat dia tu menyebabkan orang salah faham. huhu.

Kalau orang lain tak salah faham, i dont care. Eh, tiba2 teringat plak lagu kiut I Dont Care tuh. hehe.

comel la plak.^.^ p/s: hanya yg tau, tau lagu ape nie. hee~

Hah, mazyyah dah pujuk supaya saya tak meluah. Okelah, saya pun da hati perasaan gak. Tak naklah sakitkan hati orang.

Sat g saya highlight ayat yang tue.

Mazyyah kt, biar orang bagi racun.. kita bagi madu. Yup! Bulan Ramadhan nih yana :)

Sempat lagi update blog kan..sebab xda keje. Dr  g meeting. Btw, mood Dr pun tak baik ari nie. haiya..  harap-harap mood Dr pasni, bek-bek belaka.  Takut gak keje dgn Dr if Dr marah je.. huhu.

p/s: Maaf bagi yang terasa. Sekian, The End.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
ღ Hak Milik Nurliyana Adnan ღ