Monday, August 12, 2013

Majlis Pertunangan Zatul

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Penyayang

Nie baru balik dari rumah mak Uda.
Penat! Letih!
Tak tergambar kepenatan yang dirasai ini.

Tapi sempat plak update blog kan?.
Peace!
Sebab tak nak tido dulu.
nak update cerita terbaru sebelum update cerita lepas-lepas.

Majlis Pertunangan Zatul.
alhamdulillah, selesai juga akhirnya. 
masak sendiri kot ..  =)
adik-beradik mama memang pandai masak.
Jadi, tak leh nak kata apa la.
Lagi satu, kalau adik beradik mama berkumpul,
riuh semacam rumah tue jadinya.

Tak percaya?.
Jemputlah bertandang ke rumah ;)

Bila suma orang dah penat,
pinggan mangkuk tu janganlah lupa ya.
nanti tuan rumah penat sangat-sangat la plak bila kena kemas semuanya.
Saya pun menawarkan diri untuk mencuci pinggan yang agak berlambak tuh.
Tapi it's fun oke :D
Saya seronok sebab ada sambil cuci, sambil bercerita dengan sepupu saya tuh.


Sweet je tengok dia nih.
Terpaksa ber make-up lebih sebab nak jaga hati ramai orang.
kira oke lagi ni sebab still muka dia. ^.^
hehe.

Hantaran.. err, tak ingat la plak. 
Balas 9 kot..
Pihak lelaki 7.

hah, boleh la kira sendiri ye. :D
Selesai majlis suma tue, tak sah kalau tak terkena tempiasnya.
Cerita pasal kawin tak sudah-sudah.

Saya join Mak Tam dan Kak Min dalam bilik.
Baring-baring sambil bercerita.
Jarang saya nak berbual dengan Mak Tam.
Mak Tam kan duduk Ipoh..
Jumpa pun bila ada majlis makan-makan kat adik-beradik mama je.

Mak Tam buka cerita.
Yana dah ada sapa-sapa ka?.
Saya jawab, tak da.
Takkan budak U takda kot.
Tak berkenan, jawab saya.
Kawan tue ramai,
calon tue takda.
:)

Mak Tam suh berkawan la time kat U nie.
Nanti senang sikit.
Saya kata kat Mak Tam,
suh Mak Tam carikan saya seorang la.

Mak Tam balas, cari yang sama umo.
satu Universiti.
tiba-tiba Mak Tam sebut orang Sabah.

aik?.
 oke.tutup cerita.
benda lama.

kak Min sebut pasal abang Lufti.
saya cerita gak kat Zatul pasal mama cuba jodohkan saya dengan abang Lufti tuh.
Zatul kt, kalau hg oke boleh..
tapi hg kena ikut syarat ayah dia.
Kena ikut dia pi Johor.

Waktu tue dah naik pelik.
Kan memang tanggungjawab seorang isteri kena ikut suami?
hmmm..

Tak bermakna saya setuju.

Noktah.

Majlis selesai lebih kurang jam 2.30 pm macam tue.
 Lepas makan-makan, kemas barang..
makcik sedara suh kupas udang
Nak wat cucuq udang la plak..

Dorang kata,
kalau cucuq udang mama wat tak da sapa boleh lawan.
kalau sambal telur Mak Tam, mama pun tak boleh lawan.
kalau sambal belacan Mak long wat, takda sapa boleh lawan.

wah.
masing-masing ada kepakaran masing-masing.
Tue yang saya suka bab adik-beradik mama.
mulut makcik-makcik saya memang popet popet.
tapi itulah penyerinya! :")

dan saya suka betul bila dorang bercerita.
tak henti-henti.
hehe.

Lepas makan cucur udang time minum petang,
Mak Teh masak nasi goreng sambal belacan la plak.
Dasyat kan?.
Makan je plak keje kitaorg.

Btw, Pak Teh ada beli kan durian.
semestinya saya tak makan.
Nampak macam sedap tapi tak makan gak.
haaih,  npa la tba2 sy dah xleh makan durian?.


Back to the story,
apapun..
saya masih tak sedia.
masih tak cukup baik,
nanti kalau kawin..
saya jadi isteri derhaka plak.
naudzubillah..

dan saya tak nak benda macam tu berlaku.
saya masih blom cukup baik.
maaf.

:)

Friday, August 09, 2013

Bicara hati soal kawin yang tiada henti. Nokhtah.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Penyayang

Selamat Hari Raya Aidilfitri.
Maaf Zahir & Batin.

Syawal dah menjelma dan Ramadhan pergi jua.
Manjung dibasahi hujan seolah-olah bumi menangisi pemergian Ramadhan.
seperti tahun-tahun sebelumnya.
sayu.

Bila mengenangkan amalan yang dilakukan,
terasa sedikit..

 Saya ada cerita lain yang hendak disampaikan.
Saya pening.
Tak ada arah tujuan.

OFcoz sebab kawin.

Izzatul, cousin saya bakal bertunang ahad ni, raya ke-4.
Dia & calon suami, Lufti.. insyaAllah, akad nikah bulan 11 nie.
Kenduri pula bulan 12.

Dan sungguh,
saya terkena tempiasnya.
 Mama kata, saya dah boleh kawin tahun depan.

Hamba tak bersedia.
Bicara kawin dengan kawan-kawan selama ini,
saya tak ambil serius mana.

Tak bersedia.
itu yang membuatkan saya tak berani ambil serius.

Soal hati pula takda sebarang jaminan.
so, hanya ikut aturan.
ikut flow yang diberikan.

Tak berhak rasanya menjadi pendamping seseorang.
Lagi-lagi sekiranya "dia"  baik orangnya.

Mama bertanya kat adik, "samada saya dah ada pakwe atau belum".
adik berkata, "ramai kawan ade la"

Saya tak tahu pun cerita ini.
Baru semalam adik bercerita.

Then, sarapan pagi tadi..
mama perkenalkan saya dengan seseorang.
Abang Lufti tak kawin lagi.
Dah keje 2 tahun.
Dia pendiam orangnya.
Tak jenis berkawan.

Terkejut.
Nasib bek tak tersedak time makan.
Berlagak cool.
Padahal dah mengelabah.

Saya diam sahaja.
Tak nak memberi apa-apa jawapan.
Mama beriya-iya nak saya kawin.
Mama risau la tu..

Saya pun risau juga.
Cuma,
saya tahu diri saya tak bersedia.
Hati saya tak cukup kuat.

Bila fikir pasal kawin,
saya takut nak melangkah lebih jauh.
Dugaan itu lebih kuat.
Bagaimana jika si suami tak dapat menerima segala kelemahan saya?
Bagaimana jika perkahwinan ini membawa kepada perceraian?
Bagaimana jika saya di madukan?.

Macam-macam saya fikir sebab saya belum cukup kuat untuk menempuhinya.

Saya tak nak terus berkata tidak kali ini.
Kalau benar, mama nak satukan saya dengan abang Lufti.
dan takda bantahan daripada makcik-makcik sedara,
termasuk pihak dia sendiri,
dan sekiranya,
mereka memberi saya tempoh masa untuk beristikharoh,
menemui DIA,
dan apa sahaja jawapan kelak,
saya & mereka terima seadanya,
saya akan berfikir panjang kali ini.

 Saya bukan lagi budak-budak.

Saya tahu saya ada perasaan kat someone.
tapi semua tue bukan jaminan.
 Saya tak bermaksud serius bila saya berkata, saya akan tunggu dia.
Bagi saya, itu kata-kata saya yang tidak matang.
sekadar suka-suka 
dan hanya hiburan semata.

saya pernah serius sekali sahaja.
Selepas itu, dah tak pernah dah.
 Cerita lama, tak perlu ungkit bukan?.

Saya tak cukup baik.
banyak sekali kelemahan saya.
CINTAKAN DIA pun, saya selalu goyah.
apatah lagi dengan cinta manusia.

dan benar, 
saya belum bersedia.
Saya baru terdetik untuk mendidik diri semula sewaktu menaiki train balik ke kg.
Malam Akhir untuk bertarawih,
saya dah cukup sedih.

Meninggalkan Ramadhan dengan sedikit amalan,
seperti kosong amalan itu.
dan bila bicara kawin timbul,
saya menjadi kaku.

Saya tak bersedia.
Biarlah saya persiapkan diri sebaik-baiknya dulu.
saya baru nak mendidik diri semula.
nak menilai diri sendiri.

sebab saya tak baik orangnya.
so, saya tak nak rumahtangga yang saya bina tak melamar redha DIA.

tunggu.
Saya akan perbaiki diri.
Itu janji saya pada diri sendiri.

:)

Thursday, August 08, 2013

1 Syawal 1434 H

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Penyayang

Gambar sewaktu 1 Syawal 1434 H.

Bersama family tersayang ^-^

First time satu family baju raya colour sama.

sempat snap gmbr papa kt ruang tirai tue.. hehe

sedikit jamuan raya di balai polis Manjung.

Mama & Papa

my little sis.

bertiga :) kakak balik umah mentua..

salam-salam..

turn abang..

baby pun nak raya gak..

opps. jangan nangis.



:)

;)

mama tido la plak :D

salam antara kakak dan adik :D


mama & papa ^^

ampun maaf dipinta..


:)

seronok tgk abang-abang ku ni bersalam-salaman :D

:D

bagi abang duit raya, pertama kali..

haip.. patutnya dpt duit raya nih :D

my little sis :)


kami adik beradik..  kakak je takde.huhu :(

kami sekeluarga :)
 Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir & Batin,
dari kami se- FAMILY.

:)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
ღ Hak Milik Nurliyana Adnan ღ