Thursday, August 15, 2013

Perjalananku ke Tanah Haramain ep akhir :)

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Penyayang

Tengah mencari mood untuk menceritakan perjalananku ke Tanah Haramain episode akhir.
Nak ambil feel itu semula.

Makkah & Madinah,
suasana yang aman dan damai.

Tenang jiwa yang resah.
Tenang jiwa yang gelisah.
Hati berpaut pada Allah.

Hanya Dia!

Malam tu, saya bermimpi menjejakkan kaki ke sana lagi.
Malam selepas saya menghadiri konsert Palestine.
Bila dengar lagu syahdu yang dinyayikan oleh Saudara Muadz,
Dia pujuk kami untuk berselawat kepada Baginda,
mengingati sirah Baginda.

Air mata membasahi tanpa saya pinta.
Rindu bertamu semula.
Saat melafaz salam kepada Baginda.
Saat cuba mendekati Maqam Baginda.
Semuanya terukir nyata.
Kekal di minda.

Lambaian Kaabah memanggil.
Labbaikallah humma labbaik.
Aku sahut, aku sahut panggilanMu ya Allah.
 
Cerita ini terhenti disini.
Saya mengambil masa yang lama untuk menyambung semula entri ini.

15 Ogos 2013.
Saya menaip semula.

Sambung ayat yang terukir dulu.

seperti mimpi.
masih bermimpi.
Saya dah menjejakkan kaki ke sana.
tapi..
mimpi itu nyata.
Pasti!

Hamba rindu!

saya berhenti lagi.
Seperti ada yang datang menganggu.
Rasa perit bila mengingati.
kenapa?.
sebab hamba ini penuh dengan dosa dan noda.

Rasa tak layak!
Hinanya aku ya Allah....

berhenti lagi.

Barakallah :D

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Penyayang

Selamat Pengantin Baru.
Sahabat lama, Surianah Yahya & suami,
dengan mas kahwin,
surah ar-Rahman.

Sungguh,
sangat sweeeet :D

Su kelihatan malu.
macam hilang arah tuju.
Suami dia pun malu.

Indah,
bila Allah jaga mereka.
 
Tahniah Su & suami :)
 ni video majlis akad nikah dorang.
sila lah klik sini untuk lihat. --> majlis akad nikah

saya tak dapat menghadiri majlis perkahwinannya.
Time majlis perkahwinannya,
time tue juga majlis pertunangan sepupu saya.
Lagipun syawal kan?. :)

Maaf ye sahabat.

Saya terima satu berita yang membuatkan saya excited.
Dia & dia dah bertunang.
seriously?.
saya memang rasa dorg ni ada something.
tak sangka betul.

Dari sekolah digosipkan bersama.
Muka dua-dua pun macam serupa.
Tahniah sahabat!
nanti majlis jangan lupa jemput tau.
Even majlis tue kat Sabah.
 insyaAllah,
rasanya time korang kahwin,
saya dah abih belajar.
hehe

Saya tumpang gembira buat mereka yang bertunang, bakal berkahwin dan yang dah pun berkahwin.
:")

Girl tue dah berubah.
Perubahan dia amat ketara.
Moga Allah sentiasa jaga dia.

Betullah.
Jodoh tue memang rahsia Allah.
Takda sapa yang tau.

Ntah-ntah,
nanti kawin dengan rakan sekelas,
rakan sekerja,
anak kawan family,
dan macam-macam lagi.

Semuanya diluar jangkaan ^.^ 

saya?.
masih belum menerima.
Dia bukan calon untuk saya.

saya tak nak berkata ya.

Maaf Ma.

mungkin ada lagi yang terbaik untuk Yana.
Jangan risau.

Kalau di dunia takda,
Allah akan kurniakan yang lebih baik kelak.

Yakin!

^_^

Wednesday, August 14, 2013

Hari Raya di Ipoh :)

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Penyayang

Semalam 120813 beraya kat Ipoh.
Abg Fizi tak pernah p rumah Mak Tam.
Raya kali ini, kami tak jadi g Kedah.

oh, sedih :(

Rindu ngan suasana kedah.
Setahun dah tak p sana.

 saya lupa hendak ceritakan.
Kak Ina jiran saya datang beraya hari raya ketiga.
Dia bawa hajat.
Nak satukan abang sulung saya dengan adik dia.
Abang sulung agak lembap dalam melakukan sesuatu dan bercakap.
Adik kak Ina pun macam tue juga.
Masalahnya abang tak nak.
Abang pemalu orangnya.
nak bercakap dengan orang pun susah.
Tapi sekurang-kurangnya kalau abang berkahwin,
ada juga orang jaga abang nanti.

Jadi kami adik-beradik kena mulakan strategi untuk satukan abang.
Bagi abang berkenal-kenalan dulu.
Moga ini yang terbaik.

uhuk.
Mungkin tahun ini sesi cari jodoh kot.
yelah , semua kan dah besaq panjang.
huhu.

Mohon doakan yang terbaik buat kami yang belum bertemu jodoh ini. :)

Cerita kat Ipoh.

Lepas beraya kat umah Mak Tam,
kami beraya ke 3 buah rumah lagi.
Rumah Tok Sedare.
Rizqi plak tak reti dok diam.
abih suma dia nak punggah.

Kami g rumah kakak Pak Tam.
Seriously, rumah dia sangat besar.
Semuanya cermin.
Nice!

Suka bila naik atas.
Nampak pemandangan kg dari atas bumbung.


family :)

mama & Mak Tam

org len nek keta, kami jalan kaki. hehe

Cik Ana, Mama, Mak Tam.

:)
kakak & Ain.

:)

:)

Mak Tam, Cik Ana, Mama & kak Yati
kakak & abg fizi.

Pak Tam! :D

cantik pemandangan dari atas..

saya & Alin. adik sepupu..

Lepas beraya kat rumah kakak Pak Tam,
kami menuju rumah anak Tok Ngah Sarjiman.

Jauh gak perjalanan.
Sebab ikut jalan dalam.
Masuk sana, masuk sini.
nak elak traffic light.

Sampai rumah tue je,
jiwa saya terganggu.

Pertama sebab anak Tok Ngah serupa dengan orang yang saya kenal.
Kedua, sebab tajaannya pun sama dengan orang yang saya kenal.

Haaih.
Agak terkilan waktu tue.
Senyap je saya.

Anak Tok Ngah siap rakam suasana makcik pakcik sedare bercerita.
Saya langsung tak pandang anak tok Ngah.

masih terkedu.

dan jiwa saya terus memberontak.
nak balik rumah cepat-cepat.

saya masih lemah.

T_T 

begini kah caranya jika saya nak terima orang lain?.

Allah.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
ღ Hak Milik Nurliyana Adnan ღ