Tuesday, November 08, 2011

Pergilah dibawa angin.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Penyayang

lukisan by Rusydee artz

Semalam mama bertanya satu soalan yang terlalu sensitif bagiku.
dalam sekelip mata tanpa mama sedar, air mata ini dah menitis satu persatu.
Aku cuba mengawal emosi yang bermain seketika.

T_T
inginku luah tapi entah pada siapa.
manusia tak mungkin memahaminya
apa perasaan yang bermain didada,
ku luah jua pada yang UTAMA,
yang sentiasa dekat dijiwa.

Allahu Rabbi,
kentalkan iman didada,
teguhkan semangat dijiwa,
kukuhkan azam diminda,
semoga langkah mujahidah terus bersamanya.

Nota Hati:
carilah kekuatan biarpun dalam keletihan,
Allah ada sebagai peneman,
biarpun jiwa dalam kelesuan,
bangunlah berbicara dengan Tuhan.

Monday, November 07, 2011

Anugerah Dekan

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Penyayang

Semoga langkahan ini akan terus mencipta kejayaan.

Alhamdulillah~~
itu perkara pertama yang terkeluar setelah mendapat tahu saya tersenarai jua.
Nak mendapat anugerah dekan di USIM terlalu sukar kerana target pointer agak tinggi untuk dicapai.
Semuanya rezeki dari Allah, bukan untuk berbangga.

Namun, tika ini..

langkah ini tak terlalu kuat untuk meneruskan perjuangan,

apatah lagi bila mengenangkan diri ini terlalu lemah,

sedangkan sahabat-sahabat lain gah berdiri dengan sendirinya.

semakin hari semangat yang dibina semakin luntur.

dan keyakinan itu mulai pudar~~~

(⊙﹏⊙)
saya tak tahu berapa lama lagi saya mampu bertahan.
saya khuatir kecundang ditengah jalan.
sedangkan perjuangan saya baru sekerat jalan.

saya pasti boleh kerana umat Nabi Muhammad takkan berputus asa sebelum berjuang.
Ikhlaskan hati & ingat Mama & Papa..
Nurliyana Adnan pasti boleh mencari jalan penyelesaian.

Wednesday, September 14, 2011

Sambutan birthDay?.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Penyayang

Alhamdulillah,
sesi semester 3 bermula dengan baik.
Masih berukhwah bersama mereka.
Syukur kepada Allah atas nikmat yang diberikan.

Saya nak mengucapkan SANAH HELWAH buat sahabat saya, Ukhti Sakinah Khiri, 14 Sept 2011 bersamaan 15 Syawal 1432 H. Semoga Allah memberkati dirinya dan dirahmati Allah selalu. Allahu yubarik fik ukhti ^^.

Sambutan birthday?.
Na'am..
Tak sangka, sewaktu nak menyambut hari lahir ukhti Sakinah.. birthday saya sekali disambut. 

Firstly, "TERHARU". 
-> Saya memang nak menangis waktu tue. Apatah lagi, ditambah dengan kata-kata mereka semua. Cuma air mata ini tak ingin dititiskan takut tak berhenti-henti plak nanti. huhu.Kata-kata mereka yang cuba buat saya menangis memang masih tersemat dihati sebab perbuatan mereka amat mengharukan saya.(Tak tau nak cakap cmna tapi terima kasih ya sahabat-sahabat sekalian.)

Secondly, Syukran buat Ukhti Norhafizah kerana buat saya terharu dengan tindakannya. Syukran juga buat sahabat-sahabat saya yang lain kerana telah menyambut hari lahir saya sekali dengan Ukhti Sakinah walaupun hakikat sebenarnya besday saya dah lama berlalu. (9 Jun 1990)

GIANT

Saya pergi Giant,Nilai bersama 4 orang sahabat saya untuk membeli barang. Saya pelik sewaktu melihat Ukhti Fiza keluar ke Giant juga dan  waktu tue,hati saya berdetik "patutlah tak balas sms sebab dia nak p giant juga rupanya." Pelik juga apabila memikirkan dia pergi Giant dan kami tak bertembung langsung. Rupa-rupanya dia & seorang sahabat saya, Ukhti Hana pergi membeli kek. Nasib baik, saya tak keluar ke bahagian mereka.Kalau tak, mesti bocor rahsia mereka kan?.hehe.

Kami agak kelam-kabut sewaktu membeli barang sebab Ukhti Ain kata, dia nak ambik adik saya.So, saya pun tak jadi nak beli apa-apa dulu. Sebenarnya saya nak pergi Giant untuk membeli barang masakan dan hadiah buat Ukhti Sakinah tetapi hadiah untuk dia takda kat sana juga .  Sedih gak sikit sebab saya dah lama cari benda tue. Dari Perak ke Nilai, masih tak jumpa rupanya.. (P/s: Kinah, akak tunda hadiah dulu tau.huhu.Hadiah akak nak bagi biasa je cuma benda tue dah lama akak rancang. "Sewaktu Cuti 2 bulan tue lagi". Semalam tak sempat beli barang lain sebab nak sambut birthday kinah kan?. ^_^ tunda erk?.)

Sewaktu nak pergi ke pintu keluar, tiba- tiba ternampak Ukhti Fiza kat dalam KFC dan mereka semua nak masuk ke dalam  KFC sedangkan dalam fikiran saya, "aik, napa masuk sini?. Nanti adik ain tungu pula." Saya pula masih tunggu kat luar KFC sambil melihat kedai buku depan KFC. Saya dipanggil oleh Ukhti Ain untuk masuk ke dalam KFC.Saya pun menurut. Ukhti Fiza & Ukhti Hana ajak makan KFC. Ukhti Fiza belanja katanya. Kami pun menjamu makanan yang disediakan.

Hati saya berdetik, "Mereka nak menyambut birthday Ukhti Sakinah rasanya."
-Memandangkan  saya melihat plastik kek dan hadiah kat belakang kerusi mereka.-

Kek dikeluarkan. Saya pun menangkap gambar kek & mereka semua. Sebenarnya, saya dah start pelik sebab sewaktu saya tangkap gambar, Ukhti Fiza mukanya macam lain. Seperti, ada sesuatu yang nak dirahsiakan. Saya tangkap gambar kek dua kali. Terus- terang, saya tak perasan langsung kek itu ada tertera nama saya. Saya kata nak tengok kek, sama ada tulisan nama sakinah ke tak. Waktu tue, baru mereka bagi tahu sambutan birthday ini sekali dengan saya. 
"Tergamam".
 Tahniah buat mereka semua sebab telah berjaya membuat surprise birthday untuk saya dan Ukhti Sakinah pada masa yang sama.

Kalau saya lihat balik dalam hp, mesti saya perasankan?.
Syukran buat semua ^^

Hadiah dari Ukhti Fiza
Gabungan hadiah daripada sahabat-sahabat saya. 
With love,
Syukran buat semuanya.
~~ Semoga Allah memberkati kalian semua~~
Memori : 13 Sept 2011 bersamaan 14 Syawal 1432 h
:: Kolej Kediaman Sutera Indah, Nilai::

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
ღ Hak Milik Nurliyana Adnan ღ