Tuesday, May 01, 2012

Aku redha

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Penyayang

Entri ini kesinambungan daripada entri Aku terima dengan pasrah/ redha?.

Sekian lama memendam rasa,
sekian lama aku berdoa,
semoga dipercepatkan urusannya,
akhirnya, Allah memakbulkannya.

Bermuhasabah.

:: Saya cuba menerokai kisah hati saya berbulan-bulan & bertahun- tahun yang lalu ::

Mungkin saya menemui jawapannya disana.

Saya cuba mengingati kenangan- kenangan lepas.

Ada yang manis & ada juga yang pahit.

saya tersenyum lantas mengenangkan kenangan manis itu.

Hati saya berbunga ceria seketika.

Sungguh, pertemuan yang Allah aturkan cukup indah.

saya tak menafikannya.

seketika....

melangkau ke arah kenangan pahit.

saya menangis tersedu-sedu.

Allah, 
pahitnya ujian yang Engkau timpakan.


::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::



Allah dah percepatkan urusannya.

saya patut gembira.

baik untuk saya dan lagi baik untuk dia.

bukankah itu doa saya?.

^__^

saya mengerti dan mula memahami.

kisah ini bukanlah jalan cerita yang suram sahaja.

Ada gambaran ceria sedia menanti,

cuma,

saya kena bersabar dan terus bersabar.

dan buat sahabat-sahabatku yang mengetahui kisah ini,

mohon jangan salah kan dia.

saya khuatir,
ini semua hanya menjadi fitnah buat dia.

takda siapa-siapa yang salah dalam soal ini.

hanya hati cuba tuk tidak mengerti.

Allah.
peganglah hati hambaMu ini erat-erat.
Jangan lepaskan walaupun sedetik.

redhakanlah hambaMu ini dalam langkahan ini.

.. Aku redha ..

Aku terima dengan pasrah atau redha?.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Penyayang

Baru bangun.
1.13 am.
terjaga.

Saya dengan sengaja or tak sengaja tak pergi perjumpaan Spark.
oh.. rasa serba salah sangat.
badan kurang enak.
panas dalam tak nak kuar lagi.
cuba tuk kuat.
padahal, kepala terasa kian berat.

update entri ni seketika sebelum menyambung pembacaan ma'ajim.
Ya Allah. semoga diberikan kesihatan badan untuk meneruskan langkahan ini. amin ya Rabb.

"kenapa bukan tajuk "aku terima nikahnya?." soal seorang sahabat dalam komennya kat entri Hatiku di Kinabalu.

Takkan nak terima orang yang kita tak leh terima kan?.huhu.

Aku terima dengan pasrah atau redha?.

Sejak akhir-akhir ini, emosi saya tak berapa stabil.
saya tahu puncanya disebabkan khabar yang saya terima beberapa hari yang lalu.
atau hakikatnya,
sejak saya terima khabar itu 3 minggu yang lepas.

kali pertama,
melalui sms sahabat.

"usah dikenang lagi" 
"yang pergi biarkan pergi"
"itu ujian dari Ilahi"
"ada yang lagi baik sedia menanti"

saya teringat kata-kata Adilah, sahabat saya.
"takkan sedih lagi sebab Allah dah tukarkan kesedihan itu dengan berita kegembiraan melalui pencapaian muet band 3"

"face your fears and wipe your tears"

Saya terima dengan pasrah dan cuba untuk redha dengan apa yang telah disuratkan takdir.
Saya insan biasa.
sejauh mana saya cuba berpura-pura kuat hakikatnya, saya sebenarnya lemah.

saya berhenti disini.
saya tak mampu meneruskannya.
rasa tak larat.

bersambung..

Monday, April 30, 2012

Hatiku di kinabalu

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Penyayang



Malam semalam, saya menonton cerita Hatiku di Kinabalu bersama Fiza & Mazyyah.

First, tajuk cerita ni agak mencuit hati sedikit. Sedikit ke banyak?..hmmm..
Saya agak kurang berminat dengan jalan ceritanya hakikat sebenarnya tapi tak pelah, just enjoy the story.

Saya menangis melihat cerita ini.
Belum lagi part sedih saya dah nangis teresak-esak. Tak leh nak berhenti plak tue. Kesannya agak mendalam gak kan?.huhu.

Malam tue saya tidur dengan berendamkan air mata.
Banyak yang saya fikirkan.
Saya bermuhasabah..

Ada kisah yang ingin saya ceritakan hasil daripada tangis saya ini.
insyaAllah.. entri akan datang.

Tajuknya: Aku terima dengan pasrah atau redha?.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
ღ Hak Milik Nurliyana Adnan ღ