Entri ini kesinambungan daripada entri Aku terima dengan pasrah/ redha?.
Sekian lama memendam rasa,
sekian lama aku berdoa,
semoga dipercepatkan urusannya,
akhirnya, Allah memakbulkannya.
Bermuhasabah.
:: Saya cuba menerokai kisah hati saya berbulan-bulan & bertahun- tahun yang lalu ::
Mungkin saya menemui jawapannya disana.
Saya cuba mengingati kenangan- kenangan lepas.
Ada yang manis & ada juga yang pahit.
saya tersenyum lantas mengenangkan kenangan manis itu.
Hati saya berbunga ceria seketika.
Sungguh, pertemuan yang Allah aturkan cukup indah.
saya tak menafikannya.
seketika....
melangkau ke arah kenangan pahit.
saya menangis tersedu-sedu.
Allah,
pahitnya ujian yang Engkau timpakan.
::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::
Allah dah percepatkan urusannya.
saya patut gembira.
baik untuk saya dan lagi baik untuk dia.
bukankah itu doa saya?.
^__^
saya mengerti dan mula memahami.
kisah ini bukanlah jalan cerita yang suram sahaja.
Ada gambaran ceria sedia menanti,
cuma,
saya kena bersabar dan terus bersabar.
dan buat sahabat-sahabatku yang mengetahui kisah ini,
mohon jangan salah kan dia.
saya khuatir,
ini semua hanya menjadi fitnah buat dia.
takda siapa-siapa yang salah dalam soal ini.
hanya hati cuba tuk tidak mengerti.
Allah.
peganglah hati hambaMu ini erat-erat.
Jangan lepaskan walaupun sedetik.
redhakanlah hambaMu ini dalam langkahan ini.
.. Aku redha ..


