Tuesday, November 27, 2012

Kerana mulut badan binasa

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Penyayang


sebelum tue,
saya nak mengucapkan salam imtihan buat sahabat-sahabat saya yang bakal menduduki exam final tak lama lagi. Semoga berjaya dengan cemerlangnya. :)

Minggu ni start cuti study week.
maka, disinilah bermulanya cerita saya...

al-kisahnya bermula begini.
satu hari diwaktu hujan tengah turun..

Ain: Kak Yana,meh la kat sini. Berteduh bawah payung.Nanti demam plak.

Saya: xpelah.. kalau nak demam pun, time study week jua.

masyaAllah..
Allah makbulkan kata-kata saya..

Sudah menjadi kebiasaan, saya akan berdoa sewaktu hujan turun membasahi bumi.
Antara doa mustajab, sewaktu hujan turun.

"Kata-kata yang keluar daripada mulut pun satu doa"  Terngiang- ngiang kata-kata ini sewaktu Allah berikan ujian sedikit kesakitan kepada saya.

Malam tu, saya demam.Rumah tak da orang. Hanya saya seorang.Agak takut jua andai apa-apa berlaku memandangkan antibodi saya memang tak kuat.erm.

 Saya tak nak menyusahkan sahabat saya dgn memanggil mereka ke rumah saya diwaktu mereka tengah persiapkan diri untuk final exam.

Kepala dah mula berat. Seharian kipas  dibilik tidak dipasang kerana saya dah tak tahan sejuk. Hanya dipasang ketika sahabat datang melawat bilik.

Tup-tup.. badan dah rasa lain. Rasa dah tak mampu nak teruskan pembacaan. Saya mengambil inisiatif untuk tidur awal. Tuala dibasahkan untuk diletak diatas kepala.--> Sleep.

Terjaga.
Demam masih tak kebah.Jam menunjukkan jam 11 pm. Akhirnya, 2 biji panadol saya telan. Saya perlu pastikan demam saya kebah esok pagi.

Alhamdulillah..
Demam dah kebah.Cuma masih terasa aura-auranya. Lidah terasa pahit. Kipas still ber- off. but still, Alhamdulillah..

::Nikmat sihat & sakit.::
sesekali kita perlu berfikir akannya..
muhasabah bersama.

Pesanan buat diri: Berhatilah tika berkata-kata.

Saturday, November 24, 2012

Kerana aku benar menyayanginya

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Penyayang

Kerana aku benar menyayanginya.

satu perasaan yang tak mampu ditafsir dan tak mampu untuk diungkap.
Ia bersifat subjektif.

Tiba-tiba perasaan ini bergolak.
Ada sesuatu yang ingin dilontarkan tetapi tertutup rapat.
Jika diluah, pasti akan terluka.
Jika diluah, terpaksa mengakhirkannya.

Pilihan di atas tanganku.
Pilihan yang jelas lagi nyata.

Kerana aku terlalu menyayaginya.

Akhirnya memakan diri sendiri.

terlontar di sudut dilema,
aku tertanya-tanya,
lantas menagih rasa dariNya,
jawapan dariNya sudah ku terima.

tapi aku masih mempersoalkan,
salahku aku berperasaan sebegini?.


Wednesday, November 21, 2012

Balasan yang ku terima (Gadis Jordan yang ku rindui)

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Penyayang



Pastinya indah andai ukhwah kerana Allah..
Ya Allah..
Biar dimana dia berada..
Titipkan Keberkatan buatnya…
Hmm FB was deleted atas sebab-sebab tertentu..
Tadi dapat SMS dari Malaysia..
Hah?? Ukhti Liyana..
ya Allah..
Rindu kat dia..(maaf kak kerana lama tidak ku hubungi..maaf sangat)
terharu membaca bingkisan kata darinya yang dinukilkan di blog nya yang yang penuh tarbiyah..
Ya Allah kau pimpinlah dia menelusuri jalanMu dengan tenang..
Disini..ingin ku perkatakan duhai ukhti Liyana..
Diriku disini bukan seperti dulu..lemah rebah dihempap kedukaan..
Namun,
Pabila bingkisan ikhlas kata2 mu itu..
Membuatkan diriku tersedar dari lamunan yang panjang..
Disini..
Hilang diriku yang dahulu..
LOST!
Tapi bila baca luahan hati kakak..saya rasa saya perlu untuk bangkit semula..
jadi baik dari dahulu..
jadi kuat seperti dahulu..
jadi insan yang punyai impian nan satu..
DAMBAKAN CINTA NYA BERSAMAMU..
Syukran ya ukhti..
Ukhwah ku bersamamu insyaallah hingga kesyurga..
SAYANG SELALU keranaNya..

 Uhibbuki fillah aidon akak…
“Ya Allah,dalam menikmati kurniaanMU tak terucap lafaz terima kasiku,namun utk jadi yg terbaik masih jua blum ku mampu,dalam sujud cintaku tenang ku diulit rindu,terasa cemas utk hidup tnpa redhaMU….”
Tangisan ukhwah,
20April2011
bayt fatonah,urdun
                                                                                                                                                          

  •  Jiha, usah bersedih di bayt fatonah, Urdun. Akak akan setia menemani Jiha hingga ke akhir hayat akak. Akak bersedia menadah telinga mendengar butir-butir bicaramu tentang cinta Illahi.Jangan lemah semangat Jiha.Teruskan langkah.. Biar maju setapak tetapi jangan pernah memandang belakang.Tatkala kekhuatiran terbit dihatimu, percayalah dengan ayat-ayat cintaNya.InsyaAllah, itu tanda Allah kasih padamu. 
wallahu'alam.
Nota Hati:
Terima Kasih Ya Allah atas ukhwah yang nun indah ini...alhamdulillah.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
ღ Hak Milik Nurliyana Adnan ღ