Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Penyayang
K & K?
hmm?
Kahwin & kewangan... maybe, ni perkara utama yang akan saya cakap dekat bakal suami saya. hoho. Jangan tanya dah ada ke.. belum.. cuma saya akan titik beratkan perkara ini. Saya berharap sangat lepas kahwin nanti, saya diizinkan bekerja & sambung belajar. Tapi yang utama tu bekerja la.. belajar tu second thing. Saya nak ada duit sendiri, ehh.. bukan tak nak duit en suami haha tapi sebab saya nak kena bagi juga kt mak ayah dan tolong adik-beradik yang susah nanti. Saya berpegang kata2 mama & papa, kalau dah kahwin, ada family sendiri.. jangan lupa tolong adik beradik yang susah. Terutama abang. huhu. So, hopefully si dia yang tak diketahui tu boleh memahami. Bukan apa, kadang-kadang duit suami bukan banyak pun lainlah kalau saya kahwin dengan anak orang kaya haha. Lagipun duit dia mesti nak bagi kt mak ayah dia lagi, tolong adik beradik dia juga.. Maybe ni asbab utama saya nak bekerja walaupun dah kahwin nanti ..erm, walaupun setakat kerja swasta ke ape ke...huhu.
Saya cuba utarakan perasaan saya waktu single ni dan berharap bila dah kahwin nanti, bila baca blog ni .. teringat pasal ni. Kita takda sapa2 melainkan family.. adik beradik.. mereka orang yang paling dekat dengan kita selain kawan, guru dll. So, yana mohon sentiasa ingat. Kena ada duit dalam simpanan supaya dapat membantu mama, papa, abang, kakak, sharil, ain. Kita xtau apa yang terjadi kelak. Yana... ingat tau! Bila baca ni, mohon tersedar dari mimpi yang tak pasti! Kewangan tu penting!
Moga Allah redha yana...