Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Penyayang
Saya suka tengok kartun atau erti kata lain
Saya bukannya nak cerita pasal anime Naruto ini.Terpulanglah kepada individu masing-masing bagaimana nak menilainya.Saya cuma nak ceritakan tentang kisah persahabatan antara Naruto & Sasuke.
Ceritanya bermula begini :-
Naruto & Sasuke adalah satu team. Naruto adalah saingan bagi Sasuke dan Sasuke adalah saingan bagi Naruto. Sejauh mana pun mereka saling membenci antara satu sama lain tetapi sewaktu pihak lawan menyerang, mereka akan bersatu untuk menentang. Even Sasuke sendiri pernah cedera disebabkan ingin menyelamatkan Naruto.
Sekarang ini, kisah mereka lebih menarik kerana Sasuke telah memutuskan hubungan antara dia dengan Naruto untuk mencapai sebuah kuasa. Namun, Naruto tetap ingin mempertahankan hubungan persahabatan antara dia dan Sasuke meskipun Sasuke semakin liar dan jahat. Naruto pernah berkata:
p/s: Hokage adalah ketua yang berkuasa bagi sesebuah Kampung.
Saya tertarik dengan anime ini sebab nak tahu penghujungnya. Dapatkah Naruto selamatkan Sasuke?. Masihkah Sasuke mengingati kisah persahabatan antara dia dengan Naruto?. Saya ternanti-nanti pengakhirannya.
Sahabat
Saya tertarik dengan kata-kata Imam al-Ghazali:
"Sahabat yang baik adalah ketika kita bersahabat dengan mereka,mengingatkan kita kepada ALLAH"
Pandang kiri, pandang kanan..
lihat sekeliling anda..
Siapakah sahabat kalian ketika ini?.
Adakah dia seorang yang mengingatkan kita kepada Allah?.
insyaAllah, sahabat kita ketika ini adalah sahabat yang mengingatkan kita untuk terus berada dijalanNYA.
Bila teringat kisah Sasuke & Naruto, saya terfikir tentang ukhwah saya bersama sahabat-sahabat saya yang lain. Pernahkah saya berkorban untuk mereka atau adakah sewaktu mereka meminta tolong, saya telah menolak mereka mentah-mentah?.
Jika saya bersahabat, saya tidak suka bila mana orang membahagi-bahagikan saya. Saya ada perasaan dan perasaan itu terlalu senang untuk terguris. Saya mudah terasa dan tersentuh. Jika saya tak menampakkannya, bermaksud saya belajar untuk memahami. Jika saya menampakkannya, means "sekeping hati saya telah terguris".
Saya dalam proses memahami.Saya belajar untuk memahami sesuatu situasi dan cuba mengelakkan situasi itu bertambah buruk lagi. Mungkin sebab itulah kadang-kadang saya lebih suka mendiamkan diri daripada memberi kata-kata atau jawapan. Saya belajar dari pengalaman saya sendiri. Makin kita jawab, makin kita beri jawapan.. suasana itu semakin buruk.Bukannya bertambah baik.huhu
Nota Hati:
Ayuh, kita belajar memahami antara satu sama lain.
Manjung,Perak

No comments:
Post a Comment
Ulasan :")