Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Penyayang
![]() |
Sila klik sini
|
Doktor Muslimah identiti dirinya,
merawat pesakit amanah yang dipegangnya,
berbekalkan ilmu yang dipelajarinya,
"emergency calling" sedia disahutnya.
Bukan mudah bergelar doktor muslimah dalam dirinya,
seiring sejalan sebagai hambaNya,
tugas doktor mampu menjadi fitnah tanpa disedarinya,
andai tak mengetahui jalan rukhsahnya.
Menjadi doktor bukanlah semudah disangka,
perlu bijak membahagikan masa,
dimana waktu dia bertemu dengan PENCIPTAnya,
dan ketika menjalankan tugasan hariannya.
Doktor muslimah hendaklah menjadi solehah,
merawat pesakit dengan niat yang sebetulnya,
kerana itu, dia perlu bermujahadah,
tingkatkan ketaqwaan pada YANG ESA.
Anggun manis doktor muslimah dimata,
peribadinya digambarkan melalui akhlak sehariannya,
al-Quran sentiasa berada disisinya,
walaupun kesibukan menghantuinya.
Tugas sebagai doktor membuatkan dia lebih mendekati Tuhannya,
Kebesaran Allah mampu dilihatnya,
melalui fikir dan zikirnya,
tatkala memeriksa anggota tubuh badan pesakitnya.
(Surah at-Tin: ayat 4)
kesakitan yang dihadapi oleh pesakitnya,
turut dirasai oleh dirinya,
melihat kematian didepan matanya,
membuahkan zikir didalam hatinya,
Bagi yang ingin melamarnya,
biarlah yang beragama,
kerana itu pilihan utama,
bagi melengkapkan dirinya.
Nota Hati:
saya bukan bakal doktor/seorang doktor,
kursus yg dipelajari Lughah Arabiah & komunikasi,
ttpi titipan ini khas buat yang bakal/bergelar doktor,
Semoga title "Doktor Solehah" sentiasa mengiringi setiap insani.
|
26 Ramadhan 1432 H,
Ramadhan bakal berlalu pergi,
adakah hatiku akan menangisi?.
~~ Baiti Jannati ~~


No comments:
Post a Comment
Ulasan :")