Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Penyayang
saya tersentuh~
Sebuah SMS ditaip.
Alhamdulillah, seorang mujahid telah selamat dilahirkan.
Nama diberi Ahmad Mus'ab bin Ahmad Umair.
Doakan semoga Mus'ab bakal menjadi pejuang agama-Nya, sebagaimana Mus'ab bin Umair di zaman Rasulullah yang sanggup mengorbankan keindahan dunia demi cinta kepada Allah.
*****
Mus'ab, nanti sampai masanya kamu bacalah warkah ini ya.
Assalamu'alaikum WBT anakku, Ahmad Mus'ab bin Ahmad Umair. Semoga kamu akan menjadi pejuang Islam yang hebat. Pasti akan jadi. Akan Abi dan Ummi usahakan. Nama kamu seperti sahabat agung. Mus'ab bin Umair. Semoga dengan panggilan itu, menjadi sebuah doa agar kamu akan mencontohi kehebatan Mus'ab bin Umair.Mus'ab bin Umair, asalnya tidak mengenal Allah. Hidupnya penuh kemewahan dan keindahan dunia. Minyak wanginya sahaja amat mahal, sehingga lalu sahaja beliau di pasar, semua orang tahu akan kehadirannya, kerana hanya dialah yang memakai wangian itu. Keadaan dirinya yang mewah dan rupanya yang kacak menyebabkan Mus’ab menjadi kegilaan gadis di Makkah. Mereka sentiasa berangan-angan untuk menjadi isterinya.Namun apabila Islam mengetuk pintu hatinya, segala kesenangan dan kemewahan itu ditinggalkannya. Apabila keislamannya diketahui, ibu dan ayahnya telah mengurung dan menyeksa Mus’ab selama beberapa hari dengan harapan dia akan meninggalkan Islam. Bagaimanapun tindakan itu tidak sedikit pun melemahkan keyakinannya. Pujukan dan ancaman ibunya tidak berkesan. Mereka sudah habis ikhtiar lalu membebaskannya buat sementara.Tindakan ibunya tidak sedikit pun menimbulkan rasa takut pada Mus’ab, sebaliknya dia tidak jemu-jemu memujuk ibunya memeluk Islam kerana kasih pada ibunya. Mus’ab membuat pelbagai ikhtiar tetapi semua tindakannya hanya menambahkan lagi kemarahan dan kebencian ibunya.Pada suatu hari Mus’ab melihat ibunya dalam keadaan pucat lesi. Dia pun bertanyakan sebabnya. Kata ibunya, dia telah berniat di hadapan berhala bahawa dia tidak akan makan dan minum sehingga Mus’ab meninggalkan Islamnya.Anakku, kau tahu apa jawapn Mus'ab atas sumpah ibunya itu? Dengarlah jawapan Mus’ab kepada ibunya:“Andaikata ibu mempunyai seratus nyawa sekalipun, dan nyawa ibu keluar satu demi satu, nescaya saya tetap tidak akan meninggalkan Islam sama sekali.”Mus'ab anakku, teguhkanlah pendirianmu sepertinya!Mus'ab meninggalkan kemewahan, dan meneruskan kehidupan dengan menjual kayu api. Mus'ab tidak pernah terfikir untuk berganjak daripada keyakinannya. Sehingga adiknya, Ar-Rum yang sering diutus oleh ibunya untuk memujuknya kembali kepada agama nenek moyang mereka, turut mengikuti jejak langkah Mus'ab.Sewaktu ancaman dan seksaan kaum Quraisy ke atas kaum Muslim menjadi-jadi, Rasulullah telah mengarahkan supaya sebahagian sahabat berhijrah ke Habysah. Mus’ab turut bersama-sama rombongan tersebut. Sekembalinya dari Habsyah, keadaan beliau semakin berubah. Kurus kering dan berpakaian compang-camping lantaran penyiksaan Quraisy ke atasnya. Keadaan itu menimbulkan rasa sedih di dalam hati Rasulullah. Kata-kata Rasulullah mengenai Mus’ab sering disebut-sebut oleh sahabat:, “Segala puji bagi bagi Allah yang telah menukar dunia dengan penduduknya. Sesungguhnya dahulu saya melihat Mus’ab seorang pemuda yang hidup mewah ditengah-tengah ayah bondanya yang kaya raya. Kemudian dia meninggalkan itu semua kerana cinta kepada Allah dan Rasul-Nya”.Dan anakku, Mus'ab telah syahid di medan Uhud. ketika peperangan Uhud, Mus’ab ditugaskan memegang panji Islam. Peringkat kedua peperangan telah menyebabkan kekalahan di pihak tentera Muslimin. Tetapi Mus’ab tetap tidak berganjak dari tempatnya dan menyeru: Muhammad adalah Rasul, dan sebelumnya telah banyak diutuskan Rasul.Ketika itu, seorang tentera berkuda Quraisy, Ibn Qamiah menyerbu ke arah Mus’ab dan menetak tangan kanannya yang memegang bendera Islam. Mus’ab menyambut bendera itu dengan tangan kirinya sambil mengulang-ulang laungan tadi. Laungan itu menyebabkan Ibn Qamiah bertambah marah dan menetak tangan kirinya pula. Mus’ab terus menyambut dan memeluk bendera itu dengan kedua-dua lengannya yang kudung. Akhirnya Ibn Qamiah menikamnya dengan tombak. Maka gugurlah Mus’ab sebagai syuhada’ Uhud.Ar-Rum, Amir ibn Rabiah dan Suwaibit ibn Sad telah berusaha mendapatkan bendera tersebut daripada jatuh ke bumi. Ar- Rum telah berjaya merebutnya dan menyaksikan sendiri syahidnya Mus’ab. Ar-Rum tidak dapat lagi menahan kesedihan melihat kesyahidan abangnya. Tangisannya memenuhi sekitar bukit Uhud. Ketika hendak dikafankan, tidak ada kain yang mencukupi untuk menutup jenazahnya. Keadaan itu menyebabkan Rasulullah tidak dapat menahan kesedihan hingga bercucuran air mata baginda. Keadaannya digambarkan dengan kata-kata yang sangat masyhur:“Apabila ditarik kainnya ke atas, bahagian kakinya terbuka. Apabila ditarik kainnya ke bawah, kepalanya terbuka. Akhirnya, kain itu digunakan untuk menutup bahagian kepalanya dan kakinya ditutup dengan daun-daun kayu.”Anakku, Mus'ab telah ada sejarahnya. Kini tiba masanya engkau mencoret sejarahmu. Semoga Allah mengizinkan kita mengembalikan kegemilangan Islam, bersama-sama dengan ikhwah-ikhwah seperjuangan yang sama-sama bertungkus-lumus mengusahakannya.-Abu Mus'ab-umairzulkefli10:49am07022012Baiti Jannati
wallahu'alam.
No comments:
Post a Comment
Ulasan :")