"setiap bencana yang menimpa di bumi dan menimpa diri kamu sendiri, semuanya telah tertulis dalam kitab sebelum Kami mewujudkannya. sungguh yang demikian itu mudah bagi Allah."
(AlHadid: 22)
Kebahagian itu milik Allah, andai Allah menarik rasa bahagia yang baru engkau rasai.. mengertilah duhai hati, bahagia itu ujian dariNya. Bersyukurlah.. walaupun dirimu terasa pedih, pahit. Gagahilah untuk terus berdiri. Ada yang lebih baik menanti.
Engkau merasakan mendung kian berpanjangan, sedangkan engkau terlupa disebalik mendung itu.. masih ada cahaya matahari untuk menyinari. Percayalah, cuaca mendung itu takkan selamanya kan kita rasai kerana matahari masih cuba tuk menyinari.
Allahu Akhbar.
Saat lafaz sakinah mula terlafaz.
takda lagi tangis yang mengiringi,
takkan ada lagi kekecewaan yang bermukim.
sungguh,
hati ini milikmu ya Allah.
segala gundah, segala resah..
ku hamparkan hanya padaMu.
sejauh mana aku cuba merancang,
sejauh mana aku cuba mengelak.
ini takdirMU.
PerancanganMu Maha Hebat.
Saat lafaz sakinah mula mengelilinginya,
insyaAllah, biar hingga ke syurga.
dan aku akan terus berdoa....
Ya Allah.
ku mohon..
moga rasa ini terhenti disini.
apa yang dirasai,
tika ini mahupun telah ku lewati.
agar terhenti dsini.
cukuplah sekadar detik ini.
tak sanggup ku meneruskan lagi.
No comments:
Post a Comment
Ulasan :")