Saya menjelajah ke ruangan blog lama saya.
Strive for mardhotillah
Banyak memori yang terukir disana.
Ada yang manis
&
ada juga yang pahit.
Terlalu banyak puitisnya.
menusuk ke hati bila membacanya semula.
Entri ni saya ambil dari sana.
Khas buat permata hatiku: Khairiyatun Najihah Norazmi.
p/s: Ana dengan Jiha (Sengaja dikaburkan)
~~Khairyatun Najihah Norazmi~~
Nama seorang muslimah yang cukup membuatkan air mata ana mengalir kerana merindukannya.Kerana merindukannya teramat sangat,ana mula melakar kata- kata untuknya di blog tercinta ini. Ya Allah, hambaMu ini begitu merinduinya.
Jiha,akak rindu Jiha!.
rasa ingin teriak... (dalam hati berdoa, moga teriakku ini didengarinya di Jordan.) tapi semua tue mustahilkan?.Entah kenapa hati ini tiba-tiba begitu merinduinya ketika ini.Sedangkan ana tengah study subjek Mass Com sebentar tadi.Ya Allah..Biarpun perkenalan hanya sebentar tapi ianya cukup membuatkan ana begitu merinduinya.Kenapa?.
Jiha,
apa khabar Jiha kat Jordan?. Bagaimana kehidupan Jiha kat sana?. Jiha masih ingat tak dengan akak?.. akak begitu merindui Jiha. Akak sayang Jiha lebih dari Jiha sayang akak.Bila la akak boleh dengar Jiha berbalas kata-kata sayang dengan akak lagi ye.huhu.Akak rindu ~~
Muslimah ini,
kata-katanya cukup menusuk hati.
Hatinya hanya mendamba cinta Illahi.
Sukar sekali cinta manusia menembusi dihatinya.
kerana itu,
ana begitu merinduinya..
rindu untuk bertemu insan sepertinya disini.
Perkenalan ana dengan dia hanya singkat.
Ana mula mendekatinya akhir tahun 2009,
biarpun dia seorang junior (Form 5)
tapi kata-katanya penuh dengan madah Illahi.
Tiada yang akan terluka tika bersamanya.
hanya tangisan merindukan kasih Allah
menganyam dihati setiap insani.
Jiha,
akak ukir kata-kata kat blog akak ni khas buat Jiha. Jika satu hari nanti Jiha membacanya, ketahuilah... akak rindukan ukhwah kita.Biar sebentar, tapi bermakna!.Jiha, teruskan usahamu dalam mentarbiyah manusia disekeliling.Gunalah ayat-ayat cinta Illahi untuk menyejukkan hati insan-insan yang berada disampingmu. Jika kembali ke Malaysia, jangan lupa menziarahi akak di Usim ye. Akak teringin mendengar madah pujangga Cinta Illahi yang menyentuh kalbu dari Jiha lagi.
Jiha,
jadilah bunga mekar di Jordan. Jangan sesekali biarkan api cinta manusia menghakis cintamu pada Illahi.Akak disini, mendoakan terbaik buat Jiha di sana.Allahu yubarik Fik. Uhibbuki Fillah Ukhti al- Mahbubah. Jiha, lirik lagu ukhwah "Salam Pertemuan" dibawah ini khas buat Jiha ye.~~
Menghiasi pertemuan
Indah persahabatan
Moga terus berkekalan
Setulus keikhlasan ku mohon kemaafan
Keterlanjuran lalu usah lagi dikenang
Syuku syawal ini masih lagi kita ditemukan
Setahun yang berlalu
Tak ku dengar perkhabaran
Ku bimbangi diriku
Tidak dalam ingatan
Betapa ku rindukan saat persahabatan
Dan ku menghargai talian persaudaraan
Syukur atas nikmat pemberianmu tuhan
Kan ku kenang masa yang berlalu
Kan tetap bersemadi di hati
Terima kasih untuk semuanya
Tiap kesempatan yang kita lalui
Bersama.....
Kawan yang ku kasih
Teman yang ku sayangi
Bahgia kini ku rasai
Ku damba kepadanya
Ku mohon restunya
Moga ukhwah di rahmati
Dalam perjalanan meniti hidup
Adakala tersalah tersilap bahasa
Itu lumrah manusia
Aku hanya insan yang lemah
Tak mungkin telah berseri dosa
Peliharalah ikatan ini
Sebaiknya....
Agar ukhwah ini kehujungnya...
Nota Hati:
Jiha,akak temui seorang kat sini macam Jiha tapi dia tetap tak macam Jiha.Akak rindukan Jiha & akak nak ngaku kalah, Jiha sayang akak lebih dari akak sayang Jiha.Akak tak nak lawan dah sapa lagi sayang sebab akak tau, kita saling menyayangi kerana Allah.Pertemuan Indah ini milikmu Ya Rabb.
"Ya Allah, sampaikan salam kerinduaanku ini buatnya~~"
Special for you:
♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥
…...…,•’``’•,•’``’•,
…...…’•,`’•,♥,•’`,•’
...……....`’•,,•’` ♥♪♫♥ ♥♪♫♥
Jiha,
Dari Hasan, dari Rasulullah s.a.w.
Baginda bersabda: "Umatku masuk syurga bukanlah kerana banyak solat dan puasa tetapi disebabkan selamatnya hati dan kemurahan jiwa dan kasih sayang kepada sesama muslim"
Uhibbukillah(◕‿◕✿)
♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥
with LOVE:
(Nurliyana binti Adnan)
Dan cerita dibawah ini juga berkenaan dengannya.
Khairiyatun Najihah,
seindah namanya...
begitulah orangnya jua.
Gadis Jordan yang ku kenali sewaktu di Pra Universiti banyak mengajar aku erti cinta pada yang Esa.
Seringkali ku cuba selami dasar hatinya, apabila berbicara berdua dengannya.
Alhamdulillah,ku akui gadis ini permata yang berharga.
panggilan tel yang ku terima pada satu hari sewaktu dia berada di Malaysia membuatku tersenyum bahagia.
Ada yang ingin menyunting dirinya.
insyaAllah, lelaki soleh buat perempuan yang solehah.
Jiha,
rindu tul akak dengan Jiha tau.
sukar nak ungkap rasa rindu ini.
kekuatan ukhwah kita biarpun hanya seketika
tetapi effect nya mendalam didalam diri akak.
benarlah,
sahabat yang baik adalah sahabat yang membawanya mengingati TuhanNya.
Jaga diri tika berada di negara orang.
andai berasa letih dengan pancaroba dunia,
segeralah bermunajat kepadaNya.
carilah jawapan...
walaupun ketika itu orang sekeliling dirimu mengejar dunia.
:: Semoga jalinan ukhwah kita hingga ke pintu syurga::
![]() |
| Saya wat ni time rindu dia. & saya terus mms kat dia :) |
Balasan dia
Pastinya indah andai ukhwah kerana Allah..
Ya Allah..
Biar dimana dia berada..
Titipkan Keberkatan buatnya…
Hmm FB was deleted atas sebab-sebab tertentu..
Tadi dapat SMS dari Malaysia..
Hah?? Ukhti Liyana..
ya Allah..
Rindu kat dia..(maaf kak kerana lama tidak ku hubungi..maaf sangat)
terharu membaca bingkisan kata darinya yang dinukilkan di blog nya yang yang penuh tarbiyah..
Ya Allah kau pimpinlah dia menelusuri jalanMu dengan tenang..
Disini..ingin ku perkatakan duhai ukhti Liyana..
Diriku disini bukan seperti dulu..lemah rebah dihempap kedukaan..
Namun,
Pabila bingkisan ikhlas kata2 mu itu..
Membuatkan diriku tersedar dari lamunan yang panjang..
Disini..
Hilang diriku yang dahulu..
LOST!
Tapi bila baca luahan hati kakak..saya rasa saya perlu untuk bangkit semula..
jadi baik dari dahulu..
jadi kuat seperti dahulu..
jadi insan yang punyai impian nan satu..
DAMBAKAN CINTA NYA BERSAMAMU..
Syukran ya ukhti..
Ukhwah ku bersamamu insyaallah hingga kesyurga..
SAYANG SELALU keranaNya..
Uhibbuki fillah aidon akak…
“Ya Allah,dalam menikmati kurniaanMU tak terucap lafaz terima kasiku,namun utk jadi yg terbaik masih jua blum ku mampu,dalam sujud cintaku tenang ku diulit rindu,terasa cemas utk hidup tnpa redhaMU….”
Tangisan ukhwah,
20April2011
bayt fatonah,urdun
- Jiha, usah bersedih di bayt fatonah, Urdun. Akak akan setia menemani Jiha hingga ke akhir hayat akak. Akak bersedia menadah telinga mendengar butir-butir bicaramu tentang cinta Illahi.Jangan lemah semangat Jiha.Teruskan langkah.. Biar maju setapak tetapi jangan pernah memandang belakang.Tatkala kekhuatiran terbit dihatimu, percayalah dengan ayat-ayat cintaNya.InsyaAllah, itu tanda Allah kasih padamu.
wallahu'alam.
Nota Hati:
Terima Kasih Ya Allah atas ukhwah yang nun indah ini...alhamdulillah.



No comments:
Post a Comment
Ulasan :")