Monday, September 03, 2012

NCS :)

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Penyayang

NCS
:: Nurliyana comel selalu ::  no. plat moto ::

alhamdulillah, akhirnya berpeluang memiliki kenderaan sendiri.

Nak dapat lesen L untuk moto bukan mudah tau?. Family saya sama sekali tidak memberi sokongan bila melibatkan motor tapi atas permintaan saya yang tak henti-henti, akhirnya berjaya jua memilikinya.

Ya, memang tak mudah semuanya.

Bagaimana dengan kereta?.

--> Saya dah ada motor. Rasanya lebih baik saya lepaskan kemahuan saya untuk memiliki kereta pula sewaktu masih belajar ini.

Saya tak tahu apa-apa tentang motor dan saya tak tahu juga cara untuk menunggangnya.Saya belajar motor dalam keadaan tergesa-gesa.Sepatutnya start cuti lagi saya dah ambil lesen motor L tapi memandangkan Family nak berikan kereta, saya tak nak mengambil lesen motor L. Bila semuanya tak berjalan dengan lancar, saya tekad nak mengambil lesen motor. Saya ingat lagi, papa bertegas untuk tidak mengajar saya menunggang motor walaupun mama dah mengizinkan. Selalunya mama yang bertegas tetapi kali ini giliran papa plak yang bertegas. Agak pening juga saya waktu ini. Antara kemahuan diri & larangan papa. Saya takut juga jika saya membawa motor ini, papa & mama tak redhakannya. Alhamdulillah, papa & mama mengizinkannya biarpun agak sukar pada awalnya.Macam duduk rumah sewa, ikutkan sebenarnya.. mama & papa memang tak suka saya tinggal di luar. Apatah lagi, bila memikirkan tentang keselamatan diri.  ^.^

Saya daftar lesen moto L 26/8. Dapat lesen moto L 29/8. 8/9 dah balik semula ke Nilai & ini bermakna, saya tak dapat nak ambil lesen moto P. Saya nak ambil test JPJ sewaktu cuti sem 5. Bagi mahir dulu..

Doa itu penting. :)
Jangan putus berdoa dipermudahkan urusan.

alhamdulillah, hari ini saya  menghantar barang-barang saya ke rumah sewa. Rumah sewa itu kosong sahaja. Kami kena menyediakan keperluan kami sendiri. Banyak juga keperluan di rumah sewa dibeli oleh mama & papa. Terima kasih (:

Saya sempat menyinggah ke kedai motor berhampiran dengan ktm Nilai. Alhamdulillah, mama & papa membelikan saya sebuah motor. Motor itu taklah sehebat mana & saya pun tak tahu sangat pasal motor ini. Asalkan ada motor untuk bergerak, cukuplah.. ^.^

Ada 3 pilihan, putih, biru & merah.

Saya pilih "merah" ! 


Saya mencari maklumat mengenai motor ini di internet. Banyak gak kelemahan motor ini yang saya dapati. Mudah-mudahan saya mampu menjaganya dengan baik.

Doakan keselamatan saya & sahabat-sahabat dijalan raya ya. :)

saya masih "penakut"! ^0^

☞ Tatkala Tinta Bermain Kata, Moga Allah Redha ☜

No comments:

Post a Comment

Ulasan :")

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
ღ Hak Milik Nurliyana Adnan ღ