Sunday, October 14, 2012

Conteng sat... (keselamatan diri)

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Penyayang

Mencuri sedikit masa daripada perbicangan Nahu untuk menaip entri kali ini.

Soal keselamatan diri..

2 minggu ni asyik dengar tentang kecurian yang berlaku di Desa Anggerik.
Baru sahaja diberikan taklimat keselamatan, keesokannya da pula berlaku kecurian.huhu.
Semoga saya dan sahabat-sahabat saya tidak akan mengalaminya.

erm,
 bila fikir macam ini.. saya benar-benar takut dan  khuatir setiap malam. Kenapa?.

sebab saya tidur di bawah dan di luar seorang diri. Nak tak nak kena beranikan diri juga tetapi ada masa ketakutan tue tak dapat nak elak juga lah terutama bila melibatkan gangguan something.

Setiap malam kena pastikan pintu semua terkunci. Pagar-pagar terkunci rapat..
Pernah satu masa, semua pintu tak tertutup.. tingkap pun macam tue juga.

Allah, waktu tue tak tau nak salahkan sapa. Kena salahkan diri sendiri jugalah sbb tido awal dan tak memeriksa semua pintu dan tingkap. alhamdulillah, nasib bek tak da pape yg berlaku pada masa itu.

sekarang, saya kena lebih berhati-hati. Jangan biarkan perkara yang sama berulang kembali.

Setiap malam selalu doa, moga2 tidur ini tak lena sangat. Takut bila da papa, langsung tak sedar.

KENA fikirkan diri sendiri dan orang lain juga..

:: Sebelum melelapkan mata, tawakal kpd Allah diniatkan ::

Semoga dlindungi Allah tiap masa dan ketika.

~ mama & papa tak tau pun semua nie ~ Bila ditanya, mesti jawapan len yg diberikan. Menipukah?.huhu.
Tak menipu.. cuma mengolah ayat supaya mereka tak gusar.  Allah, ku mohon redhaMu atas niatku ini.
☞ Tatkala Tinta Bermain Kata, Moga Allah Redha ☜

No comments:

Post a Comment

Ulasan :")

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
ღ Hak Milik Nurliyana Adnan ღ