Wednesday, December 12, 2012

Sang Guru& Murid

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Penyayang



segala isi hanya sebuah fantasi,
bila berdepankan realiti.

jawapan yang diberi diwaktu kesibukan,jawapan yang (-) sifatnya..
benar-benar meruntun hati seorang manusia,
jiwa yang selalunya kuat,
telah belajar untuk menerima pada awalnya,
kerana memahami jawapan yang bakal diberi berunsur (-),
tidaklah semudah yang difikirkan.
saat kata yang diterima adalah TIDAK,
saat itu, titisan air mata berharga tumpah seketika.
pedih jiwanya,
perit hatinya,
hanya Allah mengetahuiNya.

benarkah jawapan tersebut tak boleh dibetulkan lagi?.
persoalan yang diberi kepada diri ini.
sedangkan aku bukanlah seorang guru
dan seorang murid diantara mereka,
namun,
pertanyaan demi pertanyaan,
membuatkan aku cuba menjadi murid kedua,
menagih jawapan daripada sang guru.

jika aku dapat lafazkan apa yang tersirat disanubarinya,
mendoakan agar sang guru memahami hasrat anak muridnya,
namun~~
bukanlah semudah yang aku jangka,
jika guru tersebut tetap dengan jawapan yang diberikannya,
maka si murid perlulah berdiam bicara.
tak perlulah dipanjangkan dicerita,
tapi ku tertanya-tanya,
bagaimana hatinya yang mengharapkannya,
rela dalam paksa,
menerima takdir yang ditentukanNya.
kesedihankah yang bakal dilaluinya?.

sang guru,
memberi jawapan dalam tempoh masa yang agak lama,
aku tak boleh mempersoalkan masa yang diambilnya,
kerana sang guru perlukan rujukan yang tepat,
agar tak salah menjawab persoalan,
kerana ini menuntut sebuah pengertian.
namun sang guru haruslah mengerti,
penantian itu satu penyeksaan,
semakin lama detik yang ditunggu,
semakin tinggi hasrat anak muridnya.

dan aku terdiam seketika..
mengambil masa yang agak lama tika menjadi murid kedua,
cuba mengerti kedua-dua mereka,
mungkin jika ada sebuah pengertian,
mungkin jika ada sebuah fahaman,
pasti dapat melahirkan satu jawapan,
yang bisa difahamkan,
dan meletuskan sebuah kebahagiaan
biarpun jawapan berunsurkan penolakan.

si murid berkata kepadaku,
tak kisah jika ada kedua,ketiga atau keempat,
asalkan dia menjadi yang pertama,
dan bukan kedua,ketiga atau keempat,
~~~terkesima~
 aku hanya mampu termenung,
mendengar kata yang diungkap olehnya.
jika sang guru ingin mengutamakan kelompoknya,
dan berfikir si murid mungkin tidak memahaminya tugasannya.
bukankah sang guru boleh mengajarkannya?
agar si murid boleh belajar memahaminya.
segalannya pasti mungkin,
andai kedua-duanya bertindak memahami,
antara satu sama lain.

dan ingin ku ulangi dalam bicara ini,
fahamilah dan berbicaralah denganNya,
agar dipermudahkan sebuah urusan
dalam meneruskan sebuah perjalanan,
yang boleh melahirkan sebuah pengertian.

biar pahit akhirnya kedudukannya,
jika benar tiada harapan,
asalkan diterangi dengan sebuah penerangan,
antara sang guru dan muridnya,
insyaAllah.. 
Allah ada jawapan,
disetiap semua persoalan.

~~~~~~~~~~~~~~~~
aku cuba belajar memahami.
:: kedua-duanya.::


☞ Tatkala Tinta Bermain Kata, Moga Allah Redha ☜

No comments:

Post a Comment

Ulasan :")

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
ღ Hak Milik Nurliyana Adnan ღ