Khairiyatun Najihah,
seindah namanya...
begitulah orangnya jua.
Gadis Jordan yang ku kenali sewaktu di Pra Universiti banyak mengajar aku erti cinta pada yang Esa.
Seringkali ku cuba selami dasar hatinya, apabila berbicara berdua dengannya.
Alhamdulillah,ku akui gadis ini permata yang berharga.
panggilan tel yang ku terima pada satu hari sewaktu dia berada di Malaysia membuatku tersenyum bahagia.
Ada yang ingin menyunting dirinya.
insyaAllah, lelaki soleh buat perempuan yang solehah.
Jiha,
rindu tul akak dengan Jiha tau.
sukar nak ungkap rasa rindu ini.
kekuatan ukhwah kita biarpun hanya seketika
tetapi effect nya mendalam didalam diri akak.
benarlah,
sahabat yang baik adalah sahabat yang membawanya mengingati TuhanNya.
Jaga diri tika berada di negara orang.
andai berasa letih dengan pancaroba dunia,
segeralah bermunajat kepadaNya.
carilah jawapan...
walaupun ketika itu orang sekeliling dirimu mengejar dunia.
Khairiyatun Najihah & Nurliyana Adnan
:: Semoga jalinan ukhwah kita hingga ke pintu syurga::
![]() |
| Saya wat ni time rindu dia. & saya terus mms kat dia :) |

Masihkah ada rindu buatku? Huu
ReplyDelete