Alhamdulillah.. alhamdulillah.. alhamdulilah..
Saya telah menerima surat daripada USIM yang mengatakan, saya layak bergraduasi.
:)
Salah satu hajat,doa dan impian saya telah tercapai.
Semoga atas hasil titik peluh susah senang ini dapat berkongsi rasa bersama keluarga tercinta.
Akhirnya,
takda kata mampu ku ucap atas rasa yang bermukim ini.
Sujud syukur atas nikmat yang diberikanNya.
13 November 2014.
Saya bertolak ke Usim untuk raptai konvo. Raptai bermula jam 9 pagi. Saya bertolak jam 7.30 pagi dari rumah kakak di Putrajaya. Saya sampai Usim dah dekat jam 9.15 sebabnya papa sesat nak cari jalan ke tol Nilai 2 kali huhu. Mazyyah kata, siapa yang berdebar ni? Saya ke ayah saya.. hoho. Dua dua kot :D
Konvo Usim kali ke-12 ini berlangsung di dewan besar Usim yang baru sahaja siap pada tahun ini. Kami orang pertama merasmikan majlis konvo didewan besar Usim ni tau! hehe. Waktu saya sampai kat ini, dewan dah penuh. Saya segan nak masuk. Saya minta Mazyyah dan Kinah jemput saya kat depan pintu dewan besar.
Raptai dah bermula. Saya nampak sahabat sahabat sekuliah dulu. Ceria ceria semuanya! :)
Selesai raptai, kami diberikan KFC sebagai lunch treat untuk kami semua. Alhamdulillah.
Saya, Mazyyah, Kinah, Hana, Ain dan Afifah makan kfc di stadium. Tempat dulu dulu yang saya dan kinah selalu lepak kadang kadang.
Saya jumpa Azmina dan Zaheidah kat sini! :D
Sempat ambil gambar buat kali terakhir sebelum kami berpisah oleh Laut China Selatan.
Sabah! huhu
Kinah & Afifah solat Zohor di rumah tumpangan Afifah dan saya join Mazyyah ke rumah no. 77, tempat dia menginap sewaktu ambil Master di Usim. Waktu nih saya jumpa Fiza. Sempat ambil gambar bersama dia juga. Ohya, hana plak tertinggal kat Usim sebab Pak Cik bas tak tunggu dia rupanya. hihi. Maaf Hana! So, dia tunggu kat sana jelah sementara kami bersiap dan menelefon teksi untuk mengambil kami dan dia dari Usim ke ktm Nilai.
Sebenarnya papa & mama ada lagi kat Nilai. Mereka pergi ke Nilai 3. Saya dah beritahu siap siap, saya nak berjalan jalan dengan kawan di The Mines. Nanti minta kakak ambil saya dekat Ktm Serdang je.
Saya, Hana, Mazyyah dan Kinah menghabiskan masa bersama di The Mines. Afifah dan Ain tak join kami. Kami makan petang di Seoul Garden sambil cari baju konvo untuk Hana tapi tak jumpa jumpa pun baju konvo Hana hoho. Kami sempat lagi menggunakan kad matrix buat kali terakhir untuk dapatkan harga murah. Ngeh ngeh ngeh. Best sangat bila dapat mengenang masa lalu sambil cerita perancangan masa hadapan bersama mereka. Kami makan macam- macam kat sini. Saya paling suka Udang dan daging la. Teringat Thailand waktu makan macam nih! :P Lepas makan, kami cari baju Hana plak. hihi. Balik rumah selepas siap siap Maghrib. Rasa sekejap je kat sini plak huhu. Xtau nak cerita macam mana sewaktu berada di sana. Boleh tengok gambar lah ya? Saya gembira sangat sebab dapat habiskan masa dan menikmati saat ini bersama mereka.
Terima kasih banyak banyak korg! (:
Sayang sangat!
![]() |
| Dewan konvo USIM |
![]() |
| Sewaktu majlis raptai berlangung |
![]() |
| Makan kfc :) |
![]() |
| Fiza & Yana (: |
![]() |
| Kami berempat di Seoul Garden, The Mines. |
![]() |
| seoul garden |
![]() |
| sementara tunggu Hana bayar, snap dulu! :D |
![]() |
| Hana sempat sibuk sekali hihi |
![]() |
| Kinah, gambar ni akak tak buang pun hehe :D |
:)



































No comments:
Post a Comment
Ulasan :")