Friday, February 13, 2015

Perginya Seorang Ulama :'(

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Penyayang

120215 

Sewaktu menerima khabar ini, saya berada di Tesco teman mama dan papa membeli barang rumah. Saya dapat tahu khabar ini setelah membaca wasap yang dihantar oleh Muttaqin di group kelas. Allah. Rasa sebak ketika membacanya. Bagai tidak percaya secalit pun khabar itu. Saya segera membuka Facebook dan ternyata khabar itu benar. Allah, Engkau menjemput Tok Guru di saat aku masih mencuba mengenalinya. Sungguh, Engkau lebih menyayanginya.


Waktu mengkhabarkan kepada papa dan mama, ternyata ada getar di suaraku. Ya Allah, tidak sesekali aku menyangka pemergiannya sangat ku tangisi.

Ramai yang update tentang pemergian almarhum Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat. Sukar untuk dibicarakan. Sebak.

Saya mengenali Tok Guru lebih dekat sewaktu di USIM. Sahabat-sahabat saya sering menceritakan tentang akhlak dan peribadi Tok Guru. Ada sekali saya berdebat dengan Radhiah pasal politik dan melibatkan Tok Guru. Saya ragu ragu nak percaya apa yang Radhiah cerita memandangkan saya dibesarkan dengan politik di bawah UMNO. Selain daripada itu, saya langsung tak tahu apa apa.

Mujur saya ada kesedaran dalam diri. Saya cuba untuk lebih mengenali. Ternyata saya lupa, Tok Guru adalah seorang Ulama. Tak patut ada timbul rasa ragu kepada seorang ulama. Ternyata saya seorang manusia yang cetek pemikirannya.


Pada masa yang sama, saya juga menerima perkhabaran tentang pemergian Prof Musa Abu Hassan. Saya waktu ni blur. Prof pernah mengajar saya ke sebab nama beliau seakan tidak asing lagi. Benarlah! Prof pernah mengajar saya satu subjek komunikasi. Semoga arwah Prof Musa Abu Hassan ditempatkan dikalangan orang yang beriman.

Kedua-duanya terpilih oleh Allah untuk pergi meninggalkan kita pada malam Jumaat yang penuh barakah.

Tiada kata yang mampu saya ucapkan lagi. Marilah sama sama kita sedekahkan al-Fatihah buat Murabbi Ummah Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Prof Musa Abu Hassan.

Memetik kata-kata daripada Fb Ibrahim Hussin.

Wahai Ayahanda
Pemergianmu semestinya ditangisi
Jasa dan pengorbananmu akan tetap diingati
Sungguh kami berduka akan kehilanganmu di persinggahan ini
Namun, benih pedoman yang kau titipkan pasti kan subur dan dipelajari
Moga Allah mempertemukan kita disana nanti

"Ya Allah, ampunilah dosa Tok Guru dan kami semua serta rahmatilah beliau. Moga Tok Guru tenang di alam abadi"

Berehatlah.. tenanglah dikau di sana..

اللهم اغفرلهم وارحمهم وعافهم واعف عنهم


130215

Saya buka fb. Ramai yang update berkenaan almarhum Tok Guru. Allah. Sayu terasa. Sejak pagi lagi saya buka astro awani untuk mengetahui berita lanjut tentang pengebumian almarhum. Semua orang puji Tok Guru. Allahu Akhbar!.. begitu Allah angkat darjat Tok Guru setelah tiada. Media mula menceritakan tentang kebaikan yang ada pada Tok Guru. Orang luar pun ramai yang mengucapkan takziah. Malah,  pengumumuan ketiadaan almarhum turut diumumkan di masjid Nabawi. Subhanallah! Begitu Allah angkat darjat para Ulama. Semoga kita semua tergolong dalam golongan beriman. Ameen.

Laugan takbir bergema saat almarhum Tok Guru dibawa ke tempat pengebumian. Seluruh rakyat datang untuk memberikan penghormatan terakhir buat almarhum. Biarpun tak dapat menatap, mereka tetap berpusu-pusu datang. Subhanallah! Tak tergambar tentang akhlak terpuji almarhum Tok Guru.

Non muslim pun turut merasa kehilangan.

...............................................

Hilang bicara.

Semoga.. semoga.. semoga kita sentiasa memperbaiki akhlak kita. insyaAllah.












☞ Tatkala Tinta Bermain Kata, Moga Allah Redha ☜

No comments:

Post a Comment

Ulasan :")

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
ღ Hak Milik Nurliyana Adnan ღ