Tuesday, July 12, 2011

Anugerah Dekan

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Penyayang


Anugerah Dekan yang saya terima bukanlah penanda saya orang pandai atau dah berjaya.
Anugerah Dekan bukanlah titik nokhtah saya untuk teruskan perjuangan
tapi ia sebagai titik permulaan perjuangan saya.
Orang lain tak mungkin memahami apa yang saya rasa.

Saya selalu merasa kegagalan itu sentiasa berada dihadapan saya biarpun saya telah berusaha. Saya khuatir tentang pengakhiran langkah diri sendiri setelah mendapat ijazah. Namun, itu bukan bermakna saya perlu terus menerus memikirkan keadaan itu tanpa berusaha mencipta kejayaan. Saya nak berjaya dan saya nak berjaya bersama-sama sahabat seperjuangan saya. Mereka adalah buah hati saya. Kejayaan mereka juga amat penting buat saya. Orang mungkin akan kata saya pelik tapi saya tak kisah kerana saya tahu, kerana merekalah saya boleh berjaya jua.

Saya mungkin nampak kebudakan tapi saya tahu pemikiran saya sentiasa mematangkan tindak tanduk saya. Saya bukan jenis belajar seperti orang lain.Saya boleh relax sewaktu orang lain belajar walaupun hakikat sebenar saya gelabah. Cuma, cara saya membawa diri untuk belajar... saya sendiri kurang memahaminya. Saya lebih suka mengikut mood. (kebarangkalian itu tinggi). Saya pernah menjadi mentor dalam tutor Bahasa Arab sewaktu STPM. Saya percaya rakan sekelas saya tak mungkin percaya terutama apabila melihatkan keadaan saya seperti tidak tahu apa-apa. Saya pun merasakan sedemikian rupa. Saya menjadi tutor BA dan dibawah saya ada 6 orang Mentee. Saya bertanggungjwab mengajar apa yang mereka tidak faham. Saya mengetahui, saya memang tak pandai BA dan saya tidak tahu bagaimana saya boleh terpilih sebagai tutor sedangkan saya teramatlah lemah dalam bidang ini.Saya masih ingat lagi, Ustaz Zul & Ustaz Nik pernah meminta saya memberi tips belajar dengan cemerlang BA didepan sahabat-sahabat saya yang lebih terer dari saya dan dihadapan lower 6. Sedangkan,saya merasakan .. saya lah paling lemah.

Motivasi saya memang cukup lemah ketika berhadapan dengan orang ramai. Saya cuba kawal tetapi tetap tidak boleh. Jika kesudahan begini,saya sendiri tak tahu bagaimana saya kelak. Nak bentang pun saya terasa seram sejuk.Nak perkenalkan diri pun, tangan saya dah kesejukan. Jantung mula berdegup kencang.What should i do?. anyone, can help me..huhu. Saya tahu,saya bukan jenis duduk diam.Saya jenis aktif orangnya. Semenjak sek Rendah lagi,saya jenis yang aktif.Namun,naik sek Menengah segalanya mengubah saya. Persepsi saya berubah. Malu untuk bercakap terlalu kuat. Nak beramah terlalu payah. Saat itu, saya mula menjadi penakut untuk bercakap dihadapan orang ramai. Saya tahu kenapa,tapi biarlah saya berdiam diri.

Menginjak ke alam Universiti dengan kos yang amat mencabar bagi saya.. motivasi yang lemah semakin lemah jadinya. Apatah lagi,apabila ibubpa saya tidak berapa menyukai saya mengambil bidang ini.Namun,hati saya kuat mengatakan memang inilah kos yang akan saya dapat jua. Ya, Ijazah Bahasa Arab & komunikasi merupakan kos pilihan saya. Namun, tanpa penyokongan ibubapa dan tanpa motivasi yang kukuh.. bagaimana harus saya melangkah?. Apatah lagi,saya sendiri mengetahui.. saya lemah dalam kos Bahasa Arab. Saya seperti tidak mengetahui apa-apa tentang Bahasa Arab sewaktu saya mempelajarinya di alam U. Saya perasan tentang kejanggalan itu. Namun,apa perlu saya kata.. saya memang lemah hakikat sebenarnya.

Maka, saya berusaha mencipta kejayaan dengan peperiksaan demi ibubapa saya. Saya yakin, satu-satunya perkara yang boleh menyakinkan mereka dengan kos yang saya ambil adalah mendapat PNGK yang tinggi.Jika ibubapa tidak redho, bagaimana pula dengan redho Allah?. Ustazah Siti dan Ustazah Raniah banyak membantu dan memberi motivasi yang tinggi buat saya. Tanpa mereka pasti saya pasti akan kebuntuan dalam jangka masa yang agak lama. Allah menitipkan mereka buat saya. Terima Kasih guru-guruku.

Alhamdulillah,secara perlahan ibubapa saya mampu menerima kos yang saya ambil diperingkat ijazah. Saya takkan berhenti berjuang kerana sentiasa memikirkan ibubapa saya.Kadang-kadang saya pandai merasa lemah apatah lagi tatkala saya memerlukan seseorang, dia tiada sebagai pengubat rasa. Allah jua tempat saya meminta, menagih rasa.Saya mula memahaminya." Manusia takkan berada disisi untuk mendengar rintihan kita tetapi Allah sentiasa bersedia mendengar setiap luahan kita dimana jua & ketika."

Alhamdulillah,
Allah memberi ubat kelegaan kepada saya.
Saya dapat mengembirakan hati ibubapa saya biarpun hanya seketika.

Detik ini,
saya berharap akan berulang kembali tetapi ditemani dengan teman seperjuangan yang saya kasihi.
All of  FPBU student.
insyaAllah.
Tahniah buat mereka yang menerima anugerah dekan ini. Jangan jadikan anugerah dekan ini sebagai titik terakhir tetapi jadikanlah ia titik permulaan mengejar sebuah kejayaan.

Buatmu Sahabat-sahabat yang lain,
ku harap satu hari nanti, kita akan berada disini.. bersama-sama.
insyaAllah.

Ain Ramlan, Saya,Sakinah,Hana & Mazyyah :)

Saya & Hana :)

Saya & Fatimah :)

sape nak nek pentas.?jemput2lah ye, :)

kitaorg lgi :)
Persembhan dri BBa 5. (The story of blind girl)
Nota Hati:
Semalam sempat bermimpi. Saya balik ke kolej tanpa menyiapkan ke semua kerja saya. Rasa serba salah bila bangun tido.
Now,saya perlu berusaha menyiapkan ke semua kerja saya dan menelaah buku kerana pulang cuti ni dah nak exam. Even, saya tak leh study kat rumah.sekurang-kurangnya.. saya cuba bukan?. :)

::Semoga kita semua mampu pulang ke jeti halaman dengan kejayaan digenggaman::
Amin Ya Rabbi

Thursday, June 09, 2011

Sanah Helwah, Yana !

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Penyayang

Sanah Helwah buat diri sendiri.
9 June 2011 menandakan umur saya dah masuk 21 tahun. Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Ilahi kerana Allah masih memberi peluang kepada saya untuk bernafas dimuka bumi ciptaanNya ini.

~~Semakin hari, semakin tua.~~
Itulah yang pasti akan berlaku dalam hidup kita. Kita tak boleh kata, semakin hari kita semakin muda.

Semua itu tak mungkin berlaku kerana masa takkan berulang ke belakang. Ia akan terus mara ke hadapan dan akan terus bergerak.Takkan sesekali masa itu menoleh ke arah kita.

Masa itu ibarat emas,jika kamu tidak memotongnya nescaya ia akan memotong kamu.(Peribahasa Arab)

Sambut?
Untuk kali pertama, hari lahir saya jatuh sewaktu saya berada di Universiti. Kalau kat sekolah, tentulah jatuh sewaktu cuti penggal persekolahan.

Untuk kali pertamanya, saya menyambut hari lahir saya di semenanjung setelah hampir 16 tahun saya berada kat Sabah dan 3 tahun kat Johor.

Saya mengucapkan terima kasih kepada sahabat-sahabat sekelas (Universiti) yang telah me"wish" saya. Tak dilupakan juga buat sahabat yang membelanja saya makan kek secret recipe, memberikan hadiah serta sebagainya. Bagi yang tak wish, saya sebenarnya "tak kisah". Dulu mungkin saya akan ambil hati kerana saya tak boleh kalau orang tak wish tapi sekarang saya dah tak kisah sebab saya belajar untuk memahami.

Ada yang berkata kat saya..
"Tak da orang sambut ke?"

"Perlukah??." Hati saya bermain kata-kata.

Saya dah menitiskan air mata sewaktu seorang sahabat cuba menyanyikan "lagu besday" kat saya. Terima kasih Kinah !. ^^,

Itu dah cukup buat saya kerana hati manusia tak pernah puas. Alhamdulillah... masih ada kesedaran dalam diri ini.

Ucapan Khas:
*Terima kasih buat Mama & Papa kerana membesarkan Yana daripada Yana tak tahu apa-apa sehingga Yana belajar untuk mengenal sesuatu.
* Terima Kasih buat Family kerana sentiasa berada disisi Yana.
* Terima Kasih buat sahabat seperjuangan di SMATS,SMKAKK & USIM.
* Thank You (^_^).
credit to --> Sakinah Khiri & Nur ain Ramlan

Credit to--> Nur Ain Ramlan
p/s: Hilang. Maaf ye ain                                          
Nota Hati:
Setengah hari di USIM, setengah hari dalam perjalanan ke Perak.

with love,
~~ Baiti Jannati~~
Manjung,Perak

Monday, May 16, 2011

Kisah Sahabat

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Penyayang

Uchiha Sasuke WallpaperSaya suka tengok kartun atau erti kata lain  anime. Orang kata,kalau tengok kartun nie takda faedah yang kita dapat. Namun,terbalik bagi saya.. Saya suka tengok cerita Naruto. Antara anime yang populor sekarang ini. Cerita pasal kuasa tapi bukan itu yang menarik hati saya. Saya bukannya selalu sangat tengok cerita naruto nie tapi saya mengetahui sedikit sebanyak jalan ceritanya memandangkan saya pernah tengok ep 1.

Saya bukannya nak cerita pasal anime Naruto ini.Terpulanglah kepada individu masing-masing bagaimana nak menilainya.Saya cuma nak ceritakan tentang kisah persahabatan antara Naruto & Sasuke.

Ceritanya bermula begini :-

Naruto & Sasuke adalah satu team. Naruto adalah saingan bagi Sasuke dan Sasuke adalah saingan bagi Naruto.  Sejauh mana pun mereka saling membenci antara satu sama lain tetapi sewaktu pihak lawan menyerang, mereka akan bersatu untuk menentang. Even Sasuke sendiri pernah cedera disebabkan ingin menyelamatkan Naruto.

Mampukah kita berkorban demi sahabat kita?
Sekarang ini, kisah mereka lebih menarik kerana Sasuke telah memutuskan hubungan antara dia dengan Naruto untuk mencapai sebuah kuasa. Namun, Naruto tetap ingin mempertahankan hubungan persahabatan antara dia dan Sasuke meskipun Sasuke semakin liar dan jahat. Naruto pernah berkata:

Bagaimana dia nak menjadi seorang Hokage sedangkan nak menyelamatkan seorang kawan pun dia tak dapat?
p/s: Hokage adalah ketua yang berkuasa bagi sesebuah Kampung.

Saya tertarik dengan anime ini sebab nak tahu penghujungnya. Dapatkah Naruto selamatkan Sasuke?. Masihkah Sasuke mengingati kisah persahabatan antara dia dengan Naruto?. Saya ternanti-nanti pengakhirannya.

Sahabat

Saya tertarik dengan kata-kata Imam al-Ghazali:

"Sahabat yang baik adalah ketika kita bersahabat dengan mereka,mengingatkan kita kepada ALLAH"

Pandang kiri, pandang kanan..
lihat sekeliling anda..

Siapakah sahabat kalian ketika ini?.
Adakah dia seorang yang mengingatkan kita kepada Allah?.

insyaAllah, sahabat kita ketika ini adalah sahabat yang mengingatkan kita untuk terus berada dijalanNYA.
Bila teringat kisah Sasuke & Naruto, saya terfikir tentang ukhwah saya bersama sahabat-sahabat saya yang lain. Pernahkah saya berkorban untuk mereka atau adakah sewaktu mereka meminta tolong, saya telah menolak mereka mentah-mentah?.

Saya bukanlah sahabat baik.
Saya pernah mengguris hati sahabat saya disebabkan tingkah laku saya sendiri. 

Jika saya bersahabat, saya tidak suka bila mana orang membahagi-bahagikan saya. Saya ada perasaan dan perasaan itu terlalu senang untuk terguris. Saya mudah terasa dan tersentuh. Jika saya tak menampakkannya, bermaksud saya belajar untuk memahami. Jika saya menampakkannya, means "sekeping hati saya telah terguris".

Saya dalam proses memahami.Saya belajar untuk memahami sesuatu situasi dan cuba mengelakkan situasi itu bertambah buruk lagi. Mungkin sebab itulah kadang-kadang saya lebih suka mendiamkan diri daripada memberi kata-kata atau jawapan. Saya belajar dari pengalaman saya sendiri. Makin kita jawab, makin kita beri jawapan.. suasana itu semakin buruk.Bukannya bertambah baik.huhu


Nota Hati:
Ayuh, kita belajar memahami antara satu sama lain.

with love,
~~Baiti Jannati~~
Manjung,Perak
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
ღ Hak Milik Nurliyana Adnan ღ