Monday, January 02, 2012

Target Final Exam Sem 3

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Penyayang


Melihat sem 3 ni.
ramai yang letak target tinggi-tinggi.
saya pun macam depa gak.
tapi target saya,
saya sendiri tak pasti.
pelikkan?.


Sem 2 saya dapat dekan.
saya tak tahu samaada saya dapat mengekalkannya atau pun tak.
saya betul-betul khuatir,risau dan sebagainya.
sebab saya terfikir tentang Papa & Mama.
huhu.
apatah lagi, sem ini saya langsung tak balik rumah cuti study week.
pasti mereka letak harapan yang sangat besar.
saya agak stress bila memikirkannya.
saya khuatir jika result saya merundum
Papa & Mama tak dapat terima.
erm.
adakah saya berfikiran negatif?
saya faham bagaimana pemikiran parents saya.
apatah lagi,ambil kos bahasa Arab yang mereka tak sukai ini.

so, what should i do?
saya mesti wat yang terbaik kan?.
mesti buktikan dapat result yang cemerlang kat parents saya.
kerana itu, 
beban saya terasa berat.
apatah lagi,bila merasakan saya tak mampu membawa kos ini.

ya Allah............

saya tak letak papa target sem Final ini.
memang ada target.
tapi sekarang seperti hanya diatas kertas.
takda terukir didalam minda.
huhuhu.

saya harap,
saya mampu berjuang dengan ikhlas.
Allah lebih mengetahui tentang usaha saya.
Hanya Allah yang mampu menilaiNYA.
insya Allah, i will try my best
& 
get the best result.

Jika result saya tak memihak kat saya,
ingatkan saya apabila saya lupa.
saya cari redho DIA
disaat saya bertawakal kepadaNya.

::Semoga dipermudahkan segala urusan::


Peperangan minda & Kertas Kosong

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Penyayang


esok,peperangan dah nak bermula.
saya dah bersedia ke?.
Saya belajar, saya ngaku.
tapi saya rasa tak belajar papa bila exam semakin menghampiri.

ya Allah,
peringatkanlah hambaMu ini apa yang hambaMu ini lupa.

Selamat berjuang but teman seperjuangan.

Sunday, January 01, 2012

Dahagakan Majlis Ilmu

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Penyayang


saya dahagakan majlis ilmu.
lama tak dengar tazkirah.
lama x p usrah.
dalam waktu yang agak lama juga.
huhu.

bila fiza bawa saya g masjid nak dengar ceramah.
hati berbelah bagi.
antara nak p atau tak.
tapi iman bersuara.
"majlis ilmu"
hati ini dah dahagakan majlis ilmu.

erm.
rindu kat kump usrah.
rindu kat adik-adik usrah.
rindunya..
sgt rindu tiba-tiba.

kakak datang bagi makanan.
happy.
gembira.
terubat rindu kat rumah
T_T

rindunya ngan umah tau.
huhu.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
ღ Hak Milik Nurliyana Adnan ღ