Melihat sem 3 ni.
ramai yang letak target tinggi-tinggi.
saya pun macam depa gak.
tapi target saya,
saya sendiri tak pasti.
pelikkan?.
Sem 2 saya dapat dekan.
saya tak tahu samaada saya dapat mengekalkannya atau pun tak.
saya betul-betul khuatir,risau dan sebagainya.
sebab saya terfikir tentang Papa & Mama.
huhu.
apatah lagi, sem ini saya langsung tak balik rumah cuti study week.
pasti mereka letak harapan yang sangat besar.
saya agak stress bila memikirkannya.
saya khuatir jika result saya merundum
Papa & Mama tak dapat terima.
erm.
adakah saya berfikiran negatif?
saya faham bagaimana pemikiran parents saya.
apatah lagi,ambil kos bahasa Arab yang mereka tak sukai ini.
so, what should i do?
saya mesti wat yang terbaik kan?.
mesti buktikan dapat result yang cemerlang kat parents saya.
kerana itu,
beban saya terasa berat.
apatah lagi,bila merasakan saya tak mampu membawa kos ini.
ya Allah............
saya tak letak papa target sem Final ini.
memang ada target.
tapi sekarang seperti hanya diatas kertas.
takda terukir didalam minda.
huhuhu.
saya harap,
saya mampu berjuang dengan ikhlas.
Allah lebih mengetahui tentang usaha saya.
Hanya Allah yang mampu menilaiNYA.
insya Allah, i will try my best
&
get the best result.
Jika result saya tak memihak kat saya,
ingatkan saya apabila saya lupa.
saya cari redho DIA
disaat saya bertawakal kepadaNya.
::Semoga dipermudahkan segala urusan::
No comments:
Post a Comment
Ulasan :")