Saturday, January 14, 2012

Exam payah!

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Penyayang

Terus terang,
hati ini merintih.
merintih didalaman.

2 Paper yang berlaku secara serentak pada hari yang sama.
mengugat rasa tawakal dalam diri ini.
benar.
hanya diri lebih mengetahui.

malam sebelum exam.
untuk kali pertama sepanjang exam.
berjaga kerana nak membaca exam.
dua-dua dalam arab.
dua-dua subjek agak killer.
kalau x baca, takkan tau.

ya.
begitulah ceritanya.
berjaga malam untuk exam.
bukanlah kebiasaan bagi diri ini.
saya akan tidur jam 12 dan paling lewat jam 1 untuk exam
dan bangun pada keesokan pagi jam 4/5.

malam tue saya berjaga sehingga jam 12.
terjaga jam 1.
baca buku.tidur semula.
terjaga jam 2.
seorang sahabat call tuk kejutkan saya.
tidur jam 4.
terjaga jam 4.30.
baca buku.
tidur jam 5.15.
bangun jam 6.
-terasa segar otak ini biarpun tidur kerana ketakutan menghadapi hari itu-

exam kali ni.
air mata menemani saya pada malam tue.
saya ingin berputus asa.
rasa lemah sangat.
menerima soalan spot disaat akhir.
terasa lagi beban didada.
"banyaknya saya tak baca lagi" jerit batin ini.

air mata menitis jua.
"kak liyana,boleh!"
sms dr mazyyah menambahkan kelajuan titisan air mata ini.
lantas, seorang sahabat di call.
ya, mengadu.
terasa tak mampu.
bertambah hebat titisan air mata.

kawalan emosi itu penting.
saya mengaku, 
beberapa exam sebelum ini yang juga agak mencabar.
saya mampu menahan tangisan kesedihan.
mampu menahan air mata.
kerana saya tak ingin menjadi seperti saya exam2 lepas.
 mudah menangis bila tak dapat jawab.
hingga lupa rasa tawakal~.

saya tahu.
kepedihan saya rasa berbexa dengan orang ramai.
beban yang saya rasa berbeza dengan apa yang mereka rasa.
sungguh,
saya tak mahu mengecewakan kedua ibubapa saya.
apatah lagi,
dalam keadaaan saya yang tak pulang ke rumah sewaktu cuti study week.
 beban itu terasa.
terutama dalam mengekalkan dekan.

dekan?.
saya tak yakin, saya mampu dekan sem ini.
saya tahu apa yang saya rasa.
tapi saya masih berdoa.
result yang keluar nanti,
masih wujud rasa syukur dalam diri ini.
dan ia takkan mengecewakan kedua ibubapa saya.
cukuplah sekadar itu.
saya tak nak lebih-lebih.

Psikologi exam keesokan selepas Sirah & Qiraat.
menguji saya lagi.
saya seperti baca tetapi tak baca.
kerana itu, 
saya terasa benci dengan diri sendiri secara tiba-tiba.

ya Allah..
lemahnya diri ini.

rintihan hati, mencari kasih Ilahi.
biarpun cuma secebis.

☞ Tatkala Tinta Bermain Kata, Moga Allah Redha ☜

No comments:

Post a Comment

Ulasan :")

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
ღ Hak Milik Nurliyana Adnan ღ